Jalan-jalan yang 'melawan arus' di Malaysia.



Salam readers!



Bagaimanakah minggu anda?



Kali ini FH nak berkongsi tentang jalan yang bertentangan dengan hukum hakam jalanraya di Malaysia. Arah lalu lintas ialah sesuatu yang dipanggil 'Peraturan Lalu Lintas' yang wajib kita mahir untuk mengelakkan kemalangan.



Seperti kita sedia tahu sejak azali, sistem lalulintas kita di Malaysia ni, ikut sistem British.



Nama sistem ini ialah LEFT HAND TRAFFIC (LHT).



Sistem ini,  memberi kesan kepada kedudukan pemandu kereta, sebab itulah pemandu bagi kegunaan di negara kita, kedudukannya di sebelah kanan. Oleh itu, kita akan selalu melihat ke arah kanan, dan sangat bahaya jika kita berada di blind spot pemandu di sebelah kiri kenderaan.


Dalam negara ASEAN, 5 negara gunakan sistem RHT kecuali Vietnam, Filipina, Myanmar, Laos dan Kemboja. Manakala Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand ialah negara yang menggunakan sistem LHT.


Begitupun, FH setakat ni dapat kesan beberapa jalan yang atas sebab-sebab tersendiri, menggunakan sistem RHT. Jadi kalau tiba-tiba terjumpa jalan yang 'melawan arus' ni, jangan lah rasa pelik ya.



1. Jalan Station, Johor Bahru



Gambar daripada koleksi peribadi FH.

Perasan tak kedudukan kereta yang berada di sebelah kanan jalan, dan di sebalik pembahagi jalan tu, boleh nampak ada 2 kereta yang berada di sebelah kiri jalan?

Jalan Station ini pendek sahaja, ia di hujung Johor Bahru City Square sekiranya anda sedang melalui Bangunan JB Sentral. Ia terletak di antara Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Tun Abdul Razak di tengah-tengah bandar Johor Bahru.



Gambar dari Google Map


Di sebabkan Jalan Tun Abdul Razak yang sehala, dan menuju ke selatan, sementara Jalan Wong Ah Fook juga sehala dan menuju ke Utara, jadi bagi sesiapa nak buat U-Turn, mudah sahaja gunakan lah Jalan Station ini. Tapi kerana dia hanyalah jalan yang kecil, mudah sahaja kita tersasar dan terpaksalah buat u-turn jauh sedikit.




 2. Jalan Bunus, Kuala Lumpur


Gambar daripada Google Streetview


Cuba perhatikan arah mana kereta itu berjalan.Teksi berada di sebelah kanan jalan dan kereta hitam itu berada di sebelah kiri jalan. Dalam keadaan LHT, sepatutnya dalam gambar ini kita boleh melihat ruang hadapan teksi itu. 

Lokasi Jalan Bunus

Jalan Bunus terletak di sebelah Bangunan KWSP Jalan Raja Laut. Dari kecil FH rasa pelik dengan arah lalulintas jalan ini, sebabnya dulu Abah FH kerja di dalam bangunan KWSP ni, jadi kalau kami ke Jalan TAR, sehinggalah sekarang, pasti Abah akan cari parking di kawasan belakang bangunan KWSP ini je. Bagi yang tidak pasti, kat mana kedudukan dia, cuba perhatikan kedudukan Jalan Bunus di dalam peta berikut.
 

3.  Jalan Lompat Galah, Seksyen 13 Shah Alam


Gambar dari koleksi peribadi FH
Kalau kita pergi ke Seksyen 13 kan, kita masuk daripada jalan yang sebelah Giant 13 tu, lepas tu kita nak pergi ke Restoran favourite FH iaitu Hayaki. Ehh, tiba-tiba sebut terus rasa lapar teringat dekat Nasi Kukus Hayaki.

Haaa, maka nya kita akan membelok ke kanan, kemudian setelah itu kita akan ke kanan lagi sebab Hayaki tu di Hotel Acapella yang kedudukannya terletak di Jalan Lompat Galah ini. Boleh rujuk peta di bawah:


Yang ada huruf H itu ialah Restoran Hayaki.


Setakat ini, baru 3 jalan yang FH jumpa keadaannya begitu. Nanti bila FH jumpa lagi, entri ini akan dikemaskini ya.



Wassalam...






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy