Posts

Showing posts from 2019

Perasaan Jadi Seorang Ibu

Image
Salam Readers! Tanggal 12 September 2019 yang lepas, secara rasminya, FH bergelar seorang Ibu! Tak dapat digambarkan bagaimana, sebab macam-macam dah jadi. Sejak disahkan pregnant masa awal tahun, Abah FH meninggal dunia di Madinah. Jadi somehow I cannot focus on my pregnancy. Alhamdulillah, masa mengandung, tak ada komplikasi, dan boleh kata tak ada alahan langsung. Cuma satu je, penyakit malas yang teramat sangat. Haha. Macam kata orang, kalau mengandung mudah, bersalin nya susah. Agaknya dah jadi satu doa, proses bersalin memang susah. Ujian oh ujian.. Proses Pra Bersalin Kami ke PPUM pada asalnya kerana perut FH tiba-tiba mengeras pada hari Ahad tu. Bila doktor buat VE, sudah ada bukaan 1 cm. Jadi FH admitted sahaja ke dalam wad. Sehinggalah hari Selasa di mana ia masih 1 cm. Doktor pun buat keputusan untuk induced dan beri masa 24 jam untuk ada bukaan. Pada pagi hari Rabu, telahpun ada bukaan sebanyak 3 cm. Jadi doktor terus masukkan FH ke dalam labour room d...

Salah Faham mengenai Depression

Image
Dah tahun 2019 ni, nampaknya ramai masih belum faham bahawa penyakit Depresi/Depresion itu adalah sejenis penyakit physiology. Dia sama je macam penyakit lain. Ada orang kena Diabetes, ada orang kena Gout, jadi tak boleh kata yang Depresi ni sebab lemah iman. Ada banyak faktor risiko macam mana orang boleh dapat Depression. Antaranya: Faktor Medikal  1) Genetik Ni macam biasa la, kalau dalam keluarga ada sejarah penyakit ni, boleh je kita dapat juga. Macam kalau mak kita ada Diabetes lepas tu masa kita pregnant, kita pula yang ada Gestational Diabetes. 2) Ketidakseimbangan Kimia dalam Otak Ni secara lahiriah, boleh pula neurotransmitter yang fungsi bawa signal dalam otak tu, tak seimbang. Jadinya, dapat la penyakit ni. 3) Masalah tidur Tidur kan dikaitkan dengan waktu rehat kita. Masa tu lah otak nak rehat dan reset balik badan kita untuk esok pula. Sel badan pun mengalami pemulihan masa kita tidur. Tapi bila tidur kita terganggu, bol...