Posts

Showing posts from April, 2011

Pesta Book Epi One

Image
Hujan.. Gadis2.. Jejaka2.. Dan banyak-banyak Buku.. FH suka Pesta Buku. Walaupun Arfah cerita Pesta Buku di Cairo lebih meriah dan mengasyikkan, dan seorang Akhawat pernah cerita tentang Pesta Buku di Jakarta yang lebih extravaganza, FH tetap suka kan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.  Ia adalah satu satunya alasan untuk FH jejakkan kaki di PWTC. Jadi setiap pengalaman, FH cuba jadikan ia bermakna. Dan seperti tahun-tahun lepas, FH akan pergi ke Pesta Buku sekurang-kurangnya 2 kali. Erm.. Tadi petang baru je sempat pegi melawat. Hari ini hari ke-7 jadi wajah kebanyakan exhibitors dah mula nampak exhausted. Keadaan masih sama seperti PBAKL yg biasa. Orang muda lebih gemar ke Karangkraf, pelajar2 akan ke Utusan Pub, atau mana2 kedai yg jual buku rujukan/latihan, yang berusia akan mencari buku-buku agama, dan golongan Linguaphone akan mencari mangsa2 mereka.  Ouh.. Patut kah kita minta penganjur ban mereka ini dari mengacau mood2 kami di pesta ini? Sampai sekarang FH ...

Bijak kan Anak-anak..

Huh.. Kenapa tiba2 FH cakap pasal 'parenting' nih?? FH takde anak.. anak kucing lagi lah takde.. ........................ Waktu kecil dulu Abah selalu bawa saya pergi ATM. Kadang-kadang Abah akan bagi peluang dekat saya untuk tekan keyboard yg dekat ATM.. Walaupun masa tu saya tak faham kenapa Abah selalu panggil mesin yang ada skrin dan keyboard rata itu, sebagai "Kawan", yang penting saya rasa puas hati setiap kali saya berjaya selesaikan tugasan walaupun terpaksa berjingkit kaki sedikit. Abah juga selalu galakkan kami adik-beradik selesaikan sendiri urusan masing-masing. Walaupun kami perempuan, kami cuba juga sebab Abah selalu kata kami kena cuba buat sendiri. Itu hal kamu, kata Abah. Sekarang bila saya dah umur pertengahan 20 tahun, lama kelamaan baru saya nampak kelebihan menggalakkan anak-anak mencuba sesuatu yang baru. Di tempat bekerja saya di mana ramai pasangan suami isteri yang membawa anak-anak membeli belah, terdapat pelbagai ragam dan stail mend...

Tarbiyah Pak Guard

Saya selalu keluar masuk ULK (Universiti Lembah Kelang). Ramai orang heran kenapa. Jawapan nya senang je. Sebab saya banyak kawan-kawan rapat kat sekitar ULK.. Kadang-kadang kalau takde member pun.. saje je jalan-jalan kat tempat orang. Satu perkara yang saya notice bila datang kat tempat orang, dah tentu lah pintu masuk nya. Dan siapa lagi yang setia 'menanti' di pintu masuk kalau bukan Pegawai Keselamatan yang segak memakai uniform. Slow down kereta, angkat tangan dan senyum dan kadang-kala kena soal simple questions, itu Standard Operation Procedure (SOP) utk Abang2 Guard kita ni. Tapi lain Uni, lain cara approach nya. Kalau UIA, sesetengah kereta je dia pandang betul2.. nak angkat tangan or lambai tangan, jauh sekali. Abah pulak, asal nak masuk entrance UIA je, mula la sarung kopiah. Konon2 menyamar sebagai lecturer kata nya. LOL. Takde makna nya.. Pak Guard dia tak pandang pun kereta wira Abah.. Kalau UM, kadang-kadang dia ada berdiri kat tepi entrance, kadang-ka...

Hot FM 1900-2000hrs: Reflection for Us.

Aku sepatut nya tulis ni sejak tahun lepas. Dah lama niat tapi tak sempat.. I think as Malaysian we should really feel relieved. As a muslim, specifically. If some of us could notice, many changes happened around the Muslim atmosphere since past few decades. Islamic way of life have been introduced into the mainstream media unlike several years ago when  we could hardly see a woman wearing tudung aired on National TV. Of course, in the mid 80's when so-called Gelombang Dakwah had spread nation wide, students studied overseas coming back wearing tudung with embroidery that look alike tableclothes, the makciks and pakciks at kampung ask them back, "kenapa kamu pakai alas meja sebagai tudung". And even my ustazah told us that their ustazah, teaching Islamic classes during 60's and 70's didnt cover up their hair as the ustazah long-scarf nowadays! How shocking, for me. Now Islamic way of life had affect our lifestyles more than during our elders. Thanks to conti...

LIWAT, PELACUR, Lepas ni apa?

Terima kasih kepada media yg ajar aku istilah2 kat atas..  Masa darjah 5 buat pertama kali aku dgr perkataan LIWAT dan teros tahu apa kah itu LIWAT dan teknik-teknik nya juga peralatan yg diperlukan seperti tilam dan sbg nya. Aku juga baru tahu masa tu memang wujud orang macam tu kat Malaysia. Sebelum tu aku ingatkan kaum Nabi Luth tu da pupus dan tenggelam di sebalik kota Pompeii. dan tahun ni.. Terima kasih sekali lagi sebab dah pampangkan video rakaman seorang Pelacur dan client nya. Honestly, selama ni tak pernah tengok any video macam tu. Kalo dalam movie lain cerita la. Sbb ada script, director, lighting, with nice wardrobe. But any porn video, lagi2 kalo kes 'pendedahan' camni, sangat la gempak. Sangat ala2 realiti show.. Aku tak faham kenapa orang tak habis2 attack DSAI. I mean, seriously. You guys?? Takde orang lain dah ke kat Malaysia ni?? Kenapa selalu saja DSAI yang kena? Obviously , diorang ni da goyang la tu sebab takut makin ramai org sokong DSAI. Which is sa...