Pesta Book Epi One
Hujan.. Gadis2.. Jejaka2.. Dan banyak-banyak Buku..
FH suka Pesta Buku. Walaupun Arfah cerita Pesta Buku di Cairo lebih meriah dan mengasyikkan, dan seorang Akhawat pernah cerita tentang Pesta Buku di Jakarta yang lebih extravaganza, FH tetap suka kan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ia adalah satu satunya alasan untuk FH jejakkan kaki di PWTC. Jadi setiap pengalaman, FH cuba jadikan ia bermakna. Dan seperti tahun-tahun lepas, FH akan pergi ke Pesta Buku sekurang-kurangnya 2 kali.
Erm..
Tadi petang baru je sempat pegi melawat. Hari ini hari ke-7 jadi wajah kebanyakan exhibitors dah mula nampak exhausted. Keadaan masih sama seperti PBAKL yg biasa. Orang muda lebih gemar ke Karangkraf, pelajar2 akan ke Utusan Pub, atau mana2 kedai yg jual buku rujukan/latihan, yang berusia akan mencari buku-buku agama, dan golongan Linguaphone akan mencari mangsa2 mereka.
Ouh.. Patut kah kita minta penganjur ban mereka ini dari mengacau mood2 kami di pesta ini?
Sampai sekarang FH tak nampak apa kaitan Linguaphone dengan buku. Ok.. Tak mahu cakap pasal mereka.
Banyak syarikat penerbitan baru.. Kalau first time masuk pesta, memang orang rasa aneh dan susah nak tertarik. Macam tahun lepas, mungkin mereka dah biasa jadi exhibitors tapi FH tak familiar dengan Kedai Buku Banggol. Jadi FH perhatikan tak ramai yg masuk dlm booth mereka. Tapi tahun ni, Alhamdulillah. Nampak macam pengunjung dah mula kenali mereka.
FH selalu cari benda-benda baru dan kreatif dari pihak penerbit. Kalau panggil penulis tu dah biasa dah, dah kira acara wajib. Artis? Aduh.. apa direct connection mereka dengan buku kecuali menjadi cover majalah?
Tapi kat satu booth yg dekat Tangga ke Tingkat 4, memang kreatif!!
Tapi kat satu booth yg dekat Tangga ke Tingkat 4, memang kreatif!!
Apa mesej kamu kepada Rasulullah??????
Tulis, dan kamu akan dapat sticker dari mereka! =)
p/s: FH wrote:: I wish you were here, XOXO.
Dan bila saya dah mula berniat nak menuju ke surau sambil tunggu waktu Maghrib. FH terjumpa dengan seorang insan yang penuh innovative..
-Mr Han-
Okey.. Dia ni pemalu sket. Jadi tak reti pose sangat. Dah macam kayu dah ni gaya nya.. HOho.
Kalau sesiapa pernah tengok kat TV3 tahun lepas ada siarkan satu rancangan Invention ala2 America's Inventors. Dekat show tu lah FH cam si Mamat Kreatif ni. Masa tu beliau present sebuah bag luggage yang kompak dengan macam-macam gajet. Walaupun idea dia memang cool, sayangnya tak berjaya ke peringkat seterusnya sebab dia takde keyakinan utk cakap depan audience. Eiitt.. Ni dia mengaku sendiri. Bukan FH yg buat-buat cerita tau.
Memang melopong lah bila dapat jumpa Hamba Allah ni.. Nampak tak dekat tali beg tu? Sebenarnya tak sure sangat apa tu.. rasanya macam torch light. Dan dekat handphone dia? Ada remote control untuk mp3 yg di built-in dekat beg galas dia.
Cool kan mamat ni??
Sangat seronok bila dia tunjuk inventions yang lain. Amazing person with such gift. Allah memang Maha Hebat!
Jadi dalam fikiran ni dah ada dah beberapa tajuk buku yang macam rasa nak beli esok. Okey Pesta Buku... Tunggu FH tau...
^__^
Ada beli Sutera Bidadari - RAM? Banyak beli buku cik?
ReplyDeleteTak beli.. Sbb khuatir akan mengecewakan..
ReplyDeleteJadi beli beberapa buku yg sukar di jumpai di rak kedai biasa...
^__^