Sunday, November 22, 2015

Kerjaya seorang Dietitian di Malaysia

Salam readers!

Bagaimanakah Ahad kalian? Minggu ni FH baru sahaja menjalani Program Transformasi Minda sebagai salah satu syarat pengesahan jawatan. Dalam 5 hari ni banyak juga la yang FH belajar peraturan sebagai seorang penjawat awam yang mendukung misi dan visi kerajaan dan secara lebih spesifiknya, UiTM.

Like... Seriously. FH seorang penjawat awam? This is serious.

OMG.

Sebenarnya kali ni FH nak cerita serba sedikit mengenai kerjaya Pegawai Dietetik yang FH dah ceburi selama 3 tahun ni. Sebelum tu FH kerja sebagai Nutritionist sekejap so tak boleh la nak kira sebagai pengalaman.

Well, masa tahun 2006, hampir 10 tahun lepas masa mula-mula FH ambil course ni di UPM, dalam 20 orang hanya seorang yang tahu apa itu Dietitian atau Dietetik. Muka berkerut, geleng kepala tanda tidak tahu apo bondo tu. Even doktor pun (especially seniors) masih tak dapat membezakan fungsi Dietitian dan Nutritionist.

Tapi Alhamdulillah sekarang ni bila sebut je kebanyakan respon nya begini

Oooo.. Dietitian

Bagi sudut kami yang dalam bidang ni, itu adalah satu kelegaan kerana akhirnya masyarakat dah mula sedar kewujudan kami. Tapi satu sudut lain pula, adakah itu bermakna makin ramai yang kena refer jumpa dietitian kerana penyakit mereka?

Errrkkk...

Mengikut kamus online:                       Dietitian : An expert on diet and nutrition

Ringkas sangat tu pengertian tapi it pretty much covers everything.

Di Malaysia, bidang ni agak muda. Less than 50 years kewujudannya dan Universiti Kebangsaan Malaysia ialah universiti tempatan pertama yang melahirkan graduan dalam bidang ni pada tahun 80-an.

In bermaksud, kalau yang belajar dalam bidang ini sebelum tahun 80-an, ialah dari universiti di luar negara. Singapura dan Brunei pula tidak menawarkan kursus Dietetik di universiti mereka, jadi Dietitian yang bertugas di hospital mereka ialah diimport daripada Malaysia dan beberapa negara lain. Menarik, kan?

Tipikal orang Malaysia bila tanya pasal belajar apa, soalan seterusnya akan tanya, nanti boleh kerja apa? Jadi mari FH cerita serba sedikit apakah prospek kerjaya seorang graduan Dietetik.

#1 Pegawai Dietetik Klinikal
Mengikut anggaran FH, di Malaysia ni paling ramai bekerja dalam bidang klinikal. Bidang klinikal bermaksud berkhidmat di hospital kerajaan ataupun swasta untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Sekurang-kurangnya, mesti ada satu Dietitian yang bertugas. Perkhidmatan in-patient ini contohnya, bed-side counseling, dan membuat perskripsi bagi oral nutrition supplement dan enteral feeding (pemberian makanan melalui tiub).

#2 Pegawai Dietetik di Klinik Out-Patient
Ada juga sesetengah graduan yang bekerja di klinik yang menawarkan khidmat rundingan kaunseling kepada pesakit mereka. Klinik yang dimaksudkan ialah Klinik Kesihatan ataupun klinik swasta. Di sini, disamping memberikan kaunseling mereka juga terlibat dengan program promosi kesihatan yang lain. Bagi sesetengah klinik kesihatan kerajaan, mereka juga perlu membuat lawatan rumah ke rumah bagi pesakit yang memerlukan pemantauan enteral feeding.

#3 Pegawai Dietetik Katering
Di setiap hospital mesti ada pihak pembekal makanan kan? Jadi setiap syarikat yang hendak membekalkan katering hendaklah mempunyai seorang Pegawai Dietetik yang bertindak sebagai penyelia dalam penyediaan makanan pesakit dari sudut portion, resepi dan sebagainya. Bagi FH, tugas dietitian katering ni memerlukan banyak kekuatan fizikal dan masa ni memang paling kurus lah. FH pernah kerja sebulan dan turun 5 kg! Haha.. Adakah FH patut kembali bekerja sebagai Catering Dietitian?

Bukan sahaja bagi pembekal makanan di hospital, tetapi ada juga syarikat katering lain seperti MAS Catering yang juga memerlukan Dietitian untuk menguruskan menu passanger dan sebagainya. Paling baru, Dietitian yang menyediakan menu khas untuk syarikat yang menyediakan makanan dan menu secara pakej selama sebulan. Bagi FH, sepatutnya Dietitian patut menjadi consultant kepada syarikat begitu supaya dapat memantau sejauh mana menu tersebut bersesuian dengan pelanggan.

#4 Pegawai Dietetik di Institut Sukan
Setiap sekolah sukan ataupun institut sukan seperti Institut Sukan Negara (ISN) juga menawarkan jawatan Pegawai Dietetik. Menurut fahaman FH, tugas mereka ialah merangka diet bagi atlit yang menjalani persediaan untuk sukan tertentu. Kadang-kadang ada juga yang ikut kontijen negara ke temasya ataupun kejohanan.

#5 Pegawai Dietetik dalam bidang research
Selain daripada mereka yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang dietetik ke peringkat Master dan PhD terdapat juga beberapa institusi seperti Institut Kesihatan Umum (IKU) yang menawarkan jawatan dalam bidang kajian samada tetap atau kontrak. Selain daripada itu juga boleh menjadi research assistant kepada pensyarah yang sedang menjalankan kajian dalam bidang dietetik.

#6 Pegawai Dietetik/ Clinical Instructor (CI)
Ini salah satu cabang baru bidang Dietetik di mana universiti diwajibkan menghantar pelajar yang sedang menjalani latihan klinikal di hospital diletakkan di bawah penyeliaan CI Universiti. Inilah kerja FH sekarang. Setiap tahun dari Februari-Jun FH akan menyelia student di hospital. Disebabkan FH masih single dan tiada komitmen, jadi FH sengaja pilih untuk ke Sarawak, JB, Kuantan dan tahun depan, ke Alor Setar untuk menyelia student. Yang seronoknya bila menjadi CI, kita dapat praktis kan kerjaya sebagai seorang Dietitian dan dalam masa yang sama, berkongsi ilmu dengan pelajar. Juga, dapat meronda satu Malaysia. Hehehehe.

Kerjaya yang FH sebutkan di atas ialah bagi jawatan yang dinamakan sebagai Pegawai Dietetik. Namun, harus kita ingat tak semestinya kita ni akan kerja dengan jawatan Pegawai Dietetik sahaja, kalau belum rezeki nak dapat kerja sebagai Dietitian, ada beberapa pilihan yang ramai juga dah kerja termasuklah FH sendiri.

#7 Nutritionist
Kerjaya nutritionist ni lebih luas di Malaysia. Antaranya di syarikat yang menjual produk kesihatan seperti GNC, Herbalife, Himalaya, produk fitness seperti Ergo Nutrition, produk jus kesihatan seperti La Juiceria, dan juga produk susu seperti Anlene dan Dutch Lady. Selain daripada itu, beberapa farmasi seperti Guardian, Watson, Wellness juga memerlukan pekerja yang berpengetahuan dalam bidang pemakanan bagi menjaga bahagian supplemen bagi meningkatkan jualan. Macam FH, dulu FH kerja di Aeon Wellness selama setahun setengah. Drawback nya bila kerja retail, kita kerja ikut shift. Jadi kita kena biasakan diri dengan jadual kerja yang bekerja pada hujung minggu dan public holiday.
Di sektor swasta, graduan dietetik boleh menjadi nutritionist, tapi untuk sektor kerajaan, graduan dietetik akan disalurkan permohonan ke jawatan pegawai dietetik.

#7 Nutrition Representative/Sales Representative
Bagi yang berminat dalam bidang marketing dan ada skill tertentu dalam jualan, adalah digalakkan menjadi Sales Rep kepada syarikat yang menjual produk kesihatan. FH respect mereka yang pilih kerjaya sebagai Nutrition Rep atau Sales Rep ni sebab mereka perlu ada keyakinan yang tinggi dalam meyakinkan pelanggan.

Sales rep ini tugasnya kepada memberi pengetahuan tentang produk samada kepada customer ataupun penjual.

#8 Dietitian Fitness
Ini satu bidang baru di mana seorang Dietitian terlibat dalam aktiviti kecergasan contohnya Jom Kurus 1 Malaysia dan Jom Fit macam beberapa orang sahabat FH yang menjadi Team Leader beberapa kawasan atau zon. Bagi FH perkara ini sangat bagus kerana siapa lagi yang patut berkongsi maklumat yang betul mengenai pemakanan kepada peserta melainkan orang yg ahli dalam bidangnya kan? Salah satu subjek yang diajar di universiti juga ialah Sport Nutrition jadi memang bidang kecergasan ni berkait rapan dengan diet. Memandangkan fitness sekarang ialah satu sahutan yang disambut dengan baik sekali oleh rakyat Malaysia, adik-adik boleh cuba ceburi bidang ini dan kumpul pengalaman. Mana tahu boleh hasilkan buku macam kawan FH si Keyo aka Khairul Azuan aka Khairul Dietitian tu. 


Sebagai penutup, satu perkara yang FH nak pesan kepada graduan dan bakal pelajar bidang Dietetik ni, walaupun bidang ini kelihatan kecil skopnya di Malaysia, peluang untuk bekerja adalah terpulang kepada bagaimana kita membawa diri kita dalam pasaran. Selain daripada menghadap buku dan facebook/instagram 24 jam, bergiat aktif dalam persatuan memang banyak membantu membentuk diri kita sebagai manusia yang tahu cara membawa diri dalam masyarakat. Sia-sia je belajar 4 tahun dekat universiti tapi cara jawab telefon pun tak reti. Satu lagi, belajar cara komunikasi yang betul dengan pensyarah, supaya tidak menggunakan ejaan yang pelik pelik dalam whatsapp. 

Akhir sekali, FH ada tonton Beyond Translation tadi di Astro, rancangan oleh Mizz Nina masa dia menemubual Fellow Islamic Studies, Oxford University, Dr Afifi Al-Akiti. Dr Afifi berkongsi mengenai 6 Pesanan Imam Syafie:

1) Take care of your quick mind
2) Have a zeal/passion for knowledge
3) Iftikar. Be humble
4) Go beyond your comfort zone
5) Have the teachers' inspiration
6) Have a long life

Sekian, Wassalam.


p/s: Adik-adik ada sebarang persoalan mengenai kerjaya Dietitian? Sila rujuk cara untuk hubungi FH di link disediakan. Thanks!

19 comments:

  1. Dr. Afifi al-Akiti ada pertalian dengan Fadli al-Akiti ke? Are they family related?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..

      Mengikut sumber yang diyakini, mereka adik beradik. :)

      Delete
  2. So weird - My name is also Farah Hanani and Im a hospital catering dietitian in Brunei. Stumbled across ur blog while looking for a related job in malaysia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Seriously! This is beyond weird. There can't be double FH in Dietetics. Lol.

      Are u looking for job in Malaysia? My friends circulate few vacancies in Malaysia. Which year u graduated and from where?

      Delete
  3. If work as a retailer first maybe 1 or 2 years...after that want to jump in to quality assurance QA food industries. U have any suggestion coz my friend is a fresh graduate nutritionist. She doesnt like selling products. Either theres a job for fresh graduates in QA that ne nice but seemly hard to find . Theres only retail. Is it possible working in retail then want to work as QA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. one of my good friend, she work as a QA exec even with Dietetics degree.

      You can try working in food related factory as QA. I once tried looking for job as QA exec in Ramly Burger, (i know, that sort of betraying the principles. But at that time, I just want to get a job so I went for it) u need to be convincing enough so they will hire you even though you are not a food tech graduates. You know, some basics in biochemistry and stuff.

      Its just how u sell yourself in the interview. They must believe that u can do the job. Training will come after. They always willing to train u on the machines and SOP.

      Delete
  4. Hye sis, nak tanya kiranya kalau nutritionist ni tak boleh kerja kat hospital kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nutritionist job scope nya lebih kepada komuniti. Jadi mungkin lebih ramai di Klinik Kesihatan dan kalau di hospital, lebih kepada Pegawai Penerangan.

      Delete
  5. Sis,saya baru dapat offer bachelor in dietetics dekat ukm. tapi untuk empat tahun akan datang saya risau peluang kerja tu makin kurang. would u like to give me some advice? sama ada nak further in dietetics atau tak? Sebab ada jugak dapat tawaran bachelor in environmental management dekat UM. Sangat dilema. Harap sis dapat bantu. Thank you in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yg whatsapp I kan? All the best in your choice!

      Delete
  6. I'd just got offer for bachelor in dietetics at UiTM , and i still doubt to accept the offer . agak risau if the chance utk dapat kerja tu tipis lps grad. vacancies dkt hospital pun tak banyak as they hanya ambil about 2 people untuk pegawai dietetic with U41 . memang job opportunities dkt malaysia ni sikit ke dlm bidang ni ? Saya agak risau klau2 lps grad saya fakde kerja. Plis bg pendapat awak FH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,
      that was also my dad's concern 10 years ago. What I see is this career is expanding rather than saturated. You can learn any courses, but if it wasn't your thing, you will not enjoy and get the gist of it. Dietetik ni luas. Yang saya senaraikan tu pn dah 8 jenis kerjaya berkaitan. Dalam apa kerja pun, yg penting bagaimana awak bawa diri. Good luck!

      Delete
  7. Sis nak tanya, cth la kn klau diploma dari bidang lain(bkn medic) try apply utk bachelor in dietetics ni rsenya dpt ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat.. Sebab students saya ada yg from Diploma Sains, Diploma Farmasi mohon dan dapat.

      Delete
  8. assalam.. boleh sy tanya soalan scr private message ke dgn awk, FH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sure. Boleh. Di atas ada link untuk : Contact FH

      Delete
  9. hii and salam kak fh. saya baru je jinak2 search pasal dietetik ni. and suddenly jadi tertarik. saya baru je umur 17 thn. nak amik spm lebih kurang lagi 2 mggu je 😂 hahaha. so kak saya nak tanya kalau saya nak get into this kerjaya, how i wanna approach it? nak follow up course apa dekat u or matrik nnt? result spm pulak kena gempak ke em. ha tu je kak saya nak tanya. harap kak FH reply 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Piqah,

      Masa matrik, kena ambil Sains Hayat, jadi masa SPM eloknya daripada Aliran Sains (Biologi, Kimia, Fizik). Pointer Matrik kena 3.0 ke atas.

      Harap dapat membantu. =)

      Delete
  10. Hai Kak FH! saya siswi dietetik Uitm part 1. Thanks for this post. sdg mencari motivasi untuk belajar and stumbled on your blog, haha. btw, i'm really interested in becoming a Sport RD. :D

    ReplyDelete

Setiap kata-kata yang lahir dari hati itu adalah milik anda.. dengan ilham daripada Allah untuk anda..