Bakat Menulis Ulasan

Salam Readers!

Bagaimanakah hidup anda sepanjang Januari - Ogos yang lepas? 

Hidup FH so far Alhamdulillah dipenuhi dengan momen momen indah dan pahit yang boleh dijadikan kenangan. Rasanya selama ni FH tak pernah tulis kesudahan dalam novel-novel yang FH ulas sempena pertandingan Ulas Buku ITBM kan? 

Jadi semua nak tahu tak apa kesudahan kepada kisah penyertaan FH dalam pertandingan tu? OK, FH akan cerita satu persatu.

1) Tahun 2012

Tajuk Novel: Perempuan Nan Bercinta
Penulis : Faisal Tehrani
Link Artikel Ulasan: http://farahanani.blogspot.com/2012/05/review-perempuan-nan-bercinta-by-faisal.html

FH masuk pertandingan ini dengan tanpa pengalaman, gaya bahasa pun ntah apa-apa. Jadi tak hairan lah bila tersenarai sebagai pemenang. Walaupun begitu, ulasan FH menjadi hits dalam blog ni bila buku ini diharamkan KDN. Sehingga hari ini, 6292 pembaca dah klik dan baca ulasan ini. Jadi ia jadi kejayaan peribadi buat FH bila dapat berkongsi rasa dan pendapat dengan para pembaca yang lain. Tapi ada juga yang tuduh FH sesat. Nak buat macam mana kan?

Kesudahan : Jadi medan perbincangan yang berat sebelah. LOL.

2) Tahun 2013

Tajuk Novel : Siddhartha
Penulis : Herman Hesse
Link Artikel Ulasan: http://farahanani.blogspot.com/2013/05/siddhartha-advencer-si-pencari.html


Buat julung kalinya, dengan mengulas novel ini, ulasan FH diterima sebagai 10 ulasan terbaik dan memenangi hadiah saguhati daripada ITBM iaitu Baucer Buku RM100. Sampai sekarang FH masih simpan baucer itu kerana itulah kenangan kerana tak sangka langsung boleh dapat top 10. Ada lagi di ofis FH, gambar masa ambil hadiah. Nanti ada masa FH letak gambar artikel yang tersiar dalam surat khabar apa ntah. Itupun terjumpa. Masa ambil hadiah tu, baru lah FH tahu yang bidang penulisan ni serius juga rupanya. FH kagum. Terima Kasih kepada sahabat FH, Ainunl Muaiyanah yang menyarankan novel ini.

Kesudahan :  Saguhati Top 10


3) Tahun 2014

Tajuk Novel : Rumus di Hatinya
Penulis : Yoko Ogawa
Link Artikel Ulasan : http://farahanani.blogspot.com/2014/05/rumus-di-hatinya-romantika-hakase.html
Kedudukan : Saguhati Top 10

Kali ketiga masuk penyertaan, FH tak menaruh harapan. Buat je apa termampu. Bagi FH novel ini sangat mudah difahami dan straight-forward. Jadi otak perlu fikir dua tiga kali macam mana nak cungkil kelebihan agar dapat menarik minat pembaca meneroka sendiri pengalaman membaca. Alhamdulillah, FH dapat lagi Top 10. Baucer RM100 juga tak dibelanjakan sehingga kini. Sentimental value okay..

Kesudahan : Saguhati Top 10

Baju tu FH belikan Abah dekat Jakarta. Cantik tak??? Tapi kenapa Abah pejam mata? HAHA. Gambar ini semasa majlis tahun 2014.

4) Tahun 2015

Tajuk Novel : Mawar Yang Hilang
Penulis : Serdar Ozkan
Link Artikel Ulasan: http://farahanani.blogspot.com/2015/05/ulasan-buku-mawar-yang-hilang-pesona.html

Kali keempat masuk penyertaan. Lagi lah takde semangat. Nak nak pula Pei Pan tak tolong tengokkan draf macam tahun-tahun yang lepas. Jadi FH minta students FH tengokkan dari segi gaya bahasa. Dapat juga la siapkan pada saat akhir. Alhamdulillah sekali lagi FH terpilih. Kali ni dapat Baucer RM300. Jadi FH naik pejabat Ainunl lepas tu minta dia scan kan baucer tu sebelum dibelanjakan. Cuma nampaknya macam lagi banyak buku Yusri (Anak saudara FH) daripada buku FH. LOL.

Kedudukan : Saguhati Top 10


Hurm...... Maksudnya memang FH ada bakat dan kemampuan lah kan dalam bidang penulisan ulasan buku ni? Bak kata Ainunl, bukan calang-calang juri dalam pertandingan ni. FH macam kecewa sikit. Eh, sebenarnya memang kecewa sebab dapat Top 10 sahaja. Bila lah dapat merasa dapat Top 3 pula? Mungkin kah FH patut berehat selama setahun? Lepas tu buat comeback dan terus menang? Hahaha.

Tak pasti lah macam mana tahun depan. Nak buat ulasan ni bukan mudah. Kena baca sekurang-kurangnya tiga kali setiap novel tu. Tujuan FH tulis ulasan juga bukan semata-mata nak masuk pertandingan. FH sengaja ulas dalam gaya bahasa yang mudah supaya dapat menarik minat pembaca yang bukan ahli sastera untuk baca buku-buku itu.

Tiada formula khusus yang FH amalkan. Cuma bagi FH, kalau buku genre sastera ni lagi mudah di ulas kerana pemahaman pembaca itu lebih luas tertakluk kepada konteks yang difahami pembaca. Tapi kalau buku genre lain, skop nya lebih tertumpu dan cerita lebih direct. Eh entah lah. 

FH ni bukan lah sastera sangat. 

Wassalam...



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines