Cara FH Mengenali Diri Sendiri

Salam Readers!

Ini pagi 9 Arafah dan FH tak dapat tidur. Seriously. Jadi FH akhirnya ada mood nak tulis sesuatu selepas cuba tidur hampir 3 jam dan gagal. LOL.

Selama FH membesar dan cuba menjadi dewasa, persoalan ini selalu jadi topik yang berlegar dalam diri.

Adakah aku cukup matang?
Adakah aku kenal aku siapa?
Apa yang aku nak dalam hidup?

Bila pergi kursus motivasi ke, team building ke, mesti ada konflik dalaman bila trainer suruh tulis tentang diri sendiri.

Jadi dilemma tau sebab apa yang kita rasa diri kita tu, kadang-kadang tak sama dengan apa yang kita zahirkan kepada orang sekeliling.

Contohnya bila FH rasa yang FH ni pendiam. Tapi mesti kena gelak dengan kawan kawan sebab FH banyak cakap dengan diorang. Nampak tak dilemma yang dihadapi sekarang? Hehe. Diorang tak tau, dalam kepala FH ni lagi banyak perbualan berbanding yang FH borak dengan mereka.

Kenapa penting untuk kita kenal diri sendiri?

Kenapa bersungguh sungguh motivator suruh kita mengenalpasti potensi diri blablabla?

Bagi FH, mungkin motivator tu suruh sebab dia nak kita berusaha memajukan diri sendiri ke arah yang lebih baik. Bukan kah itu memang tugas dia?

Maka bersungguh lah FH buat ujian personality semua tu demi membantu FH dalam penyiasatan tentang diri sendiri. Banyak juga ujian personality ni, dari sudut warna la, sanguine la, INTP la, boleh google untuk maklumat lanjut. FH stop buat benda tu sebab bila difikirkan semula, ujian tu semua tidak menggambarkan diri FH yang sebenar.

Selalunya dia akan bagi satu situasi dan suruh kita respon apakah imaginasi dan tindakan kita. Dalam keadaan sebenar, mungkin apa yang FH buat dan apa yang FH fikir akan dibuat mungkin tak sama. Jadi personality test ni tak relevan dah bagi FH. Walaupun dulu memang sakan la buat setiap kali terjumpa dekat majalah atau any website.

Lepas tu FH cuba juga untuk tahu berapa tahap IQ. Iyerlah nak tau sebenarnya FH ni genius macam Einstein ke tidak. Hahaha. Tapi selalunya result nya biasa biasa sahaja. Yang FH tau, pekerjaan Engineer sesuai dengan FH (Walaupun realitinya, FH bekerja sebagai seorang Dietitian dan berangan menjadi wedding planner. HAHA)

Selepas beberapa kali eksperimen, FH dapati ada beberapa cara untuk kita mengenali diri sendiri. FH cuba senaraikan di bawah mana tahu boleh digunapakai oleh readers.

#1 Semasa konflik

Bila terjadi sesuatu konflik, apakah perkara pertama yang readers buat?

Tarik nafas panjang-panjang?
Istighfar?
Terus melenting dan menyumpah?
Terduduk dan losing all the sense?

Tak tau la kan kalau kawan-kawan setuju atau tidak. Tapi FH punya tindakan bergantung kepada situasi dan apa yang FH tengah buat masa tu. Contohnya kalau tiba tiba tengah drive dengan aman, pastu ada driver lain buat hal. Kalau masa tu FH memang tengah buka mulut bercakap dgn orang lain, laju je mulut ni membebel.

Tapi bila tengah sorang-sorang, takde la nak membebel je. Tangan pula yang laju nak hon.

Pastu kan, FH perasan sendiri yang diri agak tenang. Cuma muka nampak tegang la bila ada benda jadi. Tapi ada juga kawan cakap muka nampak kalut. Nak buat macam mana memang FH ni orang mudah je cakap sombong dan muka garang.

So dapat tak point yang body language tu takkan menipu? FH akui yang memang bukan seorang yang calm. So far tak pernah dapat feedback tu lagi. Rata-rata orang cakap FH ni mudah panic dan kalut. Tak tahu la nak cakap benda tu positif ke negative. Sebab bila adrenaline rush ni kan, selalunya benda tu macam tak dapat kawal.

Dari situ orang pun akan mudah judge kita sebagai seorang yang kurang matang. Mungkin strategi terbaik ialah dengan senyum untuk release hormone endorphine bagi mengawal sebarang emosi negative daripada terzahir. Lepas tu elakkan diri daripada berhadapan dengan orang yang akan sebut:

Sabar

Arghhh! Geram tau kalau kita sebenarnya tengah cuba bertenang. Lepas tu orang suruh kita sabar. Terus rasa macam nak sepak orang tu. Bagi FH orang tu yang tak reti nak sabar.

Kebanyakan masa, bila ada konflik, folus FH lebih kepada penyelesaian daripada memikirkan siapakah punca salah tu. Jadi mungkin nampak tegang la juga. I cant think while speaking. So kena stop bercakap sambil otak proses maklumat.


#2 Semasa sendirian

Bila sorang-sorang, FH lagi selesa sebenarnya nak jadi diri sendiri. Sebab tulah FH suka shopping sorang-sorang. Masa tu tiada orang akan cepat cepat cakap, Ehh tak cantiklah baju tu. Padahal kita baru je nak kagum dengan design tu. Bukan nya nak terus beli.

FH belum try lagi holiday sorang-sorang. Mungkin satu hari nanti FH akan cuba menikmati percutian sendirian hanya kerana rasa enough untuk melayan karenah manusia lain. Kalau nanti readers ternampak FH holiday sorang, jangan rasa kesian dan anggap FH ni lonely pula ya? Haha

Perihal sendirian ni, memang FH suka sangat. Sebabnya, hampir setiap tahun, FH suka je kalau celebrate birthday sorang-sorang. Weird. But true. Mungkin dah terbiasa tidak diraikan dan berharap orang ingat birthday kita. Selalunya juga FH akan turn off Birthday Notification di Facebook supaya hanya orang yang betul betul ingat birthday je wish. Tapi kalau tahun tu rasa kurang kasih sayang dan tetiba rasa nak disayangi, FH biar kan je la orang wish di timeline dan tak off notification. LOL.

Jadi ya, readers kena try ni. Especially yang tak pernah berenggang dengan pasangan tu. Cuba sekali sekala beri masa untuk diri sendiri. Hanya untuk kita self check siapakah kita pada saat itu.


#3 Bila tengah marah

Apa kita buat bila marah?

Nangis?
Diam?
Membebel?
Menjerit jerit?
Campak barang?
Ambil wudhuk?

Semua tu sebenarnya FH pernah buat. Haha. Jadi ya, boleh dikatakan personaliti FH ni agak tidak stabil ya. Hahaha

Tindakan tu bergantung kepada tahap marah masa tu sebenarnya. Pernah FH geram sangat sampai menangis. Bagi FH kalau dah marah sampai menangis tu, marah betul la tu. Kalau setakat membebel bebel, belum kira marah lagi tu. Baru tahap geram. FH memang adore orang yang first action je terus ambil wudhu. Dapat kita tahu betapa tawakkal nya dia kepada Allah.

Pernah tak dengar ungkapan yang orang paling kuat ialah yang mampu menahan marah daripada dizahirkan?

Hurm... Nampaknya FH ni belum cukup kuat lagi.


#4 Bila tengah happy

FH ni seorang yang terlalu kuat berfikir sampai kawan kawan cakap, complicated. Tapi memang la betul. So far tak pernah lagi la happy yang sampai tak ingat dunia. Mesti ada sedikit keraguan untuk let loose everything. FH ni memang la quite spontaneous. Tapi bukan orang yang sampai tak fikir apa nak jadi, jadi lah. Actually I am really thinking about the consequences of my action. Dulu mungkin tak fikir. Tapi sekarang, bila usia dah meningkat, ya. I need to be worry though I am suppose to feel happy.

Complicated. LOL.

#5 Bila kena komen/tegur

Ini berkaitan dengan ego. Nouman Ali Khan pernah cakap yang bila ada orang tegur kita dan kita rasa tak boleh terima, sebenarnya kita ada masalah ego. FH dapati ini ialah salah satu masalah terbesar yang dihadapi. Selalunya, rasa diri ini betul je. Lepas tu macam nak bersaing yang FH tahu semua benda.

Memang perlu latihan intensif dalam hal ini. Selepas beberapa tahun, rasanya bila audit diri, rasa macam perasaan nak menang sentiasa tu dah kurang dah sikit dalam 50% macam tu. Kalau tak dulu memang taknak mengalah. Teruk betul kan?

Kesimpulannya, kita memang kena sedar setiap tindakan kita tu sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran atau dalaman. Mungkin kita bersikap sangat teruk bila pertama kali hadapi perkara tu, tapi lepas muhasabah diri, kita cuba perbaiki diri pada masa akan datang.

Keazaman untuk jadi manusia yang lebih baik tu perlu wujud dalam setiap insan.

Bila ada keazaman, barulah ada tindakan yang sepatutnya ke arah itu. Bukankah umat Islam itu, hidup dia hari ini lebih baik berbanding semalam?

Tujuan kita kenal diri kita ni, sebenarnya untuk kita tahu apa yang kita nak dalam hidup. Contohnya matlamat kita dunia ataupun akhirat. Dalam masa 3, 5, 10, 20 tahun nanti, apa kita nak jadi?

Ini lah sedikit sebanyak coretan FH. Masih belum mengantuk lagi sebenarnya ni, Itulah mengada layan adik tengok cerita Zombie. Terus segar bugar mata ni. Taubat taknak tengok cerita seram dah. Adik adik FH ni pun pelik lah. Suka sangat seksa diri tengok cerita hantu dan adegan bunuh bunuh,


Wassalam....



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines