Posts

Showing posts from 2017

Kisah dari Ummi

Salam Readers! Apa khabar semua? FH di sini baik-baik saja. Kali ini FH nak ada satu cerita daripada Ummi FH. Selamat membaca! Ada satu hari tu, Ummi FH cerita tentang satu kisah yang FH rasa, pengajarannya sangat besar walaupun ceritanya biasa sahaja. Ada seorang ni dia kerja di pasaraya/restoran besar, yang ada walk-in freezer and chiller. Malam tu, dia kena masuk dalam freezer tu, sebab nak simpan barang, kemudian entah macam mana, pintu peti ais tersebut tertutup dengan sendirinya dan menyebabkan dia terperangkap.  Sebab dah agak lewat malam tu, jadi tak ada sesiapa yang perasan dia masih ada di situ. Dari dalam tu tak ada cara langsung nak hubungi orang di luar. Walaupun ada telefon bimbit pun, tiada line. Walk in freezer ni, ada beberapa jenis design, sepatutnya ada ciri-ciri keselamatan yang membolehkan orang di dalam buka pintu dari dalam. Tak pasti pula, dalam kisah ini, freezer itu jenis yang bagaimana. Dalam kesejukan dia berharap dan ...

Satu Perasaan yang Asing

Image
Hello readers! Apa khabar semuanya? Dua tiga bulan kebelakangan ini banyak perubahan yang dah berlaku dalam hidup FH. Ok sebenarnya takde la banyak sangat. Tapi, sesuatu yang major telah berlaku. FH sedang bercinta. Hahaha. Berapa ramai masih guna perkataan itu lagi? Orang takut nak guna perkataan itu sebab bunyi nya macam serius betul. Tapi ya... FH is in a relationship now with seorang lelaki yang benar-benar wujud. LOL. A seriously committed relationship. FH tak tahu lagi apa yang ada untuk kami di masa hadapan, tapi perancangan nya memang ke arah sesuatu yang kukuh. Bila kita pernah kehilangan orang yang kita harapkan akan berada dalam masa hadapan kita, kita jadi tak peduli sangat dah pasal itu. FH bahagia dengan keadaan sekarang, dan berdoa ia kekal berhari hari, atau bertahun-tahun dengan keizinan Allah. Apa yang paling FH impressed ialah, FH tak rasa macam terpaksa. Bukan macam bila kita takut nanti apa yang kita cakap atau buat akan menyak...

Jalan-jalan yang 'melawan arus' di Malaysia.

Image
Salam readers! Bagaimanakah minggu anda? Kali ini FH nak berkongsi tentang jalan yang bertentangan dengan hukum hakam jalanraya di Malaysia. Arah lalu lintas ialah sesuatu yang dipanggil 'Peraturan Lalu Lintas' yang wajib kita mahir untuk mengelakkan kemalangan. Seperti kita sedia tahu sejak azali, sistem lalulintas kita di Malaysia ni, ikut sistem British. Nama sistem ini ialah LEFT HAND TRAFFIC (LHT). Sistem ini,  memberi kesan kepada kedudukan pemandu kereta, sebab itulah pemandu bagi kegunaan di negara kita, kedudukannya di sebelah kanan. Oleh itu, kita akan selalu melihat ke arah kanan, dan sangat bahaya jika kita berada di blind spot pemandu di sebelah kiri kenderaan. Dalam negara ASEAN, 5 negara gunakan sistem RHT kecuali Vietnam, Filipina, Myanmar, Laos dan Kemboja. Manakala Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand ialah negara yang menggunakan sistem LHT. Begitupun, FH setakat ni dapat ...