Satu Perasaan yang Asing
Hello readers!
Apa khabar semuanya? Dua tiga bulan kebelakangan ini banyak perubahan yang dah berlaku dalam hidup FH. Ok sebenarnya takde la banyak sangat. Tapi, sesuatu yang major telah berlaku.
FH sedang bercinta.
Hahaha.
Berapa ramai masih guna perkataan itu lagi? Orang takut nak guna perkataan itu sebab bunyi nya macam serius betul.
Tapi ya... FH is in a relationship now with seorang lelaki yang benar-benar wujud. LOL.
A seriously committed relationship.
FH tak tahu lagi apa yang ada untuk kami di masa hadapan, tapi perancangan nya memang ke arah sesuatu yang kukuh.
Bila kita pernah kehilangan orang yang kita harapkan akan berada dalam masa hadapan kita, kita jadi tak peduli sangat dah pasal itu. FH bahagia dengan keadaan sekarang, dan berdoa ia kekal berhari hari, atau bertahun-tahun dengan keizinan Allah.
Apa yang paling FH impressed ialah, FH tak rasa macam terpaksa. Bukan macam bila kita takut nanti apa yang kita cakap atau buat akan menyakiti orang itu dan membuat dia pergi tinggalkan kita. FH bebas jadi diri sendiri. Yang spontan, yang kuat makan, yang kadang-kadang selekeh, yang kuat tidur.
Kehadiran dia dalam hidup FH juga tidak mengubah apa-apa. I mean, why should I feel incomplete without a so called soulmate? FH adalah satu jiwa yang telah Allah ciptakan mencapai suatu usia yang agak matang. Kemunculan dia, bertindak sebagai penyeri kepada hidup ini. Bukan melengkapkan apa yang kurang.
Anggaplah kehidupan FH sekarang ni macam sepinggan teak yang ada seketul daging tenderloin yang di gril medium rare. Ada sedikit lelehan warna merah yang orang takut itu adalah darah tu padahal ia adalah air daging. Tapi takkan lah makan steak tu kosong begitu sahaja. Maka chef pun meletakan sedikit daun parsley dan juga beberapa ketul baby tomato di dalam pinggan sebagai edible garnish.
Jadi yang manakah watak lelaki itu sekarang?
Dia ialah sos yang dimakan bersama steak itu. Kalau tiada pun sudah sedap, bila ditambah sos apalagi bertambah enak. Yang penting, sos itu perlu secukup rasanya.
OMG.
I just explained the man in my life using food term. LOL. Semoga dia bertabah dengan analogi ini.
Satu lagi yang FH perasan pasal diri ini ialah, betapa FH tak biasa langsung mempunyai satu perhubungan dengan orang lelaki. Selama ni I keep things simple. Only things that supposed to matter.
You know, to talk about little things, benda tu macam renyah kan? Dan tak produktif. Tapi bila ada orang nak dengar cerita kita pasal benda ntah apa apa tu, contohnya pasal tudung kita yang buat hal sampai ubah mood kita sepanjang pagi. Rupa-rupanya, seronok juga kita ni bercerita sampai boleh on the phone selama berjam jam. Kah kah kah.
.
.
Is FH totally in love?
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...