Kisah dari Ummi
Salam Readers!
Apa khabar semua? FH di sini baik-baik saja. Kali ini FH nak ada satu cerita daripada Ummi FH. Selamat membaca!
Ada satu hari tu, Ummi FH cerita tentang satu kisah yang FH rasa, pengajarannya sangat besar walaupun ceritanya biasa sahaja.
Ada seorang ni dia kerja di pasaraya/restoran besar, yang ada walk-in
freezer and chiller. Malam tu, dia kena masuk dalam freezer tu, sebab
nak simpan barang, kemudian entah macam mana, pintu peti ais tersebut
tertutup dengan sendirinya dan menyebabkan dia terperangkap.
Sebab dah agak lewat malam tu, jadi tak ada sesiapa yang perasan dia masih ada di situ. Dari dalam tu tak ada cara langsung nak hubungi orang di luar. Walaupun ada telefon bimbit pun, tiada line.
Walk in freezer ni, ada beberapa jenis design, sepatutnya ada ciri-ciri
keselamatan yang membolehkan orang di dalam buka pintu dari dalam. Tak
pasti pula, dalam kisah ini, freezer itu jenis yang bagaimana.
Dalam kesejukan dia berharap dan berdoa ada orang yang akan
selamatkannya. Walaupun seperti mustahil. Mungkin esok pagi orang akan
jumpa mayatnya sahaja. Dia teruskan juga mengetuk pintu agar orang di
luar mendengar.
Tiba-tiba saja tanpa dia sangka, pintu terbuka dari luar.
Alhamdulillah!
Rupanya pegawai keselamatan mencarinya dan apabila dia terdengar
ketukan dari dalam, sedarlah pakcik itu bahawa dia ada di dalam walk in
freezer tersebut.
Dalam penuh kesyukuran dia berterima kasih atas
bantuan pakcik keselamatan. Sambil tertanya-tanya bagaimana boleh
pakcik itu mencari dirinya.
Pakcik itu pun berkata:
"Setiap hari, bila lalu pintu keluar,
kamu mesti bagi salam dan tegur pakcik. Hari ini bila kamu tak lalu,
pakcik rasa tak sedap hati. Sebab tadi kamu ada datang kerja, tapi tak
ada pula keluar. Jadi pakcik cari kamu."
Bila fikir semula,
mungkin perbuatan memberi salam dan menegur orang di sekeliling kita itu
merupakan perkara paling remeh, terutamanya jika orang itu bukannya bos
kita, atau rakan sepejabat dengan kita.
Kita takkan sangka
dalam kita dilanda ujian, bantuan Allah itu boleh datang dalam pelbagai
rupa, dan menerusi siapa. Jadi teruslah berjalan di atas muka bumi ini
dengan sifat merendah diri tanpa rasa riak.
Allah Maha Tahu.
*Jalan cerita dan dialog tidak 100% sama dengan cerita asal.
Alhamdulillah...setelah membaca info blog Farahani ini...sangat2 membantu mempositifkan minda kak nor...thanks a lot..kak nor baru 16 hari menjalani..pembedahan fibroid dan syst pd rahim dan ovari.Doakan akak cepat sembuh ya.
ReplyDeleteInsya Allah.. Semoga cepat sembuh kak..
DeleteTerima kasih sudi baca blog saya... =)