Posts

Showing posts from 2018

My Wedding, 3 November 2018

Image
Salam Readers! Life has been super busy for the past few months! I just want to tell you that I am married! Yes.... finally! I am married to MM which I think can handle me as his wife. Well, hopefully. I write this myself. Not bad, huh? FH sendiri masih rasa tak percaya yang diri ini dah berkahwin. LOL. Wajah penuh debaran semasa akad nikah. Makan Beradab Eh sweet ke? Tahu tak kek tu susah nak potong? So readers, which I have neglected for few months (or years?), pray for my happiness okay? Thanks!

Bila pergi cari barang hantaran untuk diri sendiri...

Salam Readers! Bagaimana bulan Ramadan anda? Well, FH punya so far so good la.  Selepas 3 tahun tak dapat berpuasa dengan family banyak hari sebab tuntutan kerja yg membuatkan FH 3 minggu berada di luar Kuala Lumpur, akhirnya tahun ni FH dapat juga spend banyak masa di Kg Puah bersama Umi Abah dan Adik-adik. Tahun ni FH bertugas di Hospital Selayang yang cuma 16 km dari Kg Puah.  Hari tu sebelum bulan puasa, FH ada la pergi ke Nilai 3 cari barang-barang untuk buat hantaran. Keluarga kami takde dulang hantaran lagi jadi FH decide why not untuk majlis FH nanti, kita beli instead of pinjam macam masa Majlis adik2 FH tempohari. Jadi kami pun ke sana. Punya lah semangat nak beli, awal pagi lagi dah keluar rumah. Mula-mula tu ambil Acik Shikin dulu kat Klang. Lepas tu baru ke sana. Dekat Nilai pula, Mak Yang dari Melaka jumpa kami di sana. Semua nak join ikut shopping barang hantaran dan goodies. Padahal sikit je barangnya. LOL. Memang rasa lain kali ni. Se...

Nurani Tanah Melayu: Simfoni Jiwa Tanah Melayu

Image
Nurani Tanah Melayu: Simfoni Jiwa Tanah Melayu Alfred Russel Wallace (A.R Wallace), seorang ahli sains British, semasa membentangkan hasil kajiannya setelah berkelana selama 8 tahun di gugusan Kepulauan Melayu telah menyebut beberapa ciri-ciri orang Melayu dalam syarahannya di hadapan ahli Literary and Philosophical Society , di Newcastle pada tahun 1867. Ciri-ciri fizikal orang Melayu dinyatakan berkulit sawo matang, bertubuh kecil dan tegap, berkulit licin tidak berbulu, dan rata alis keningnya. Pakaiannya berkain hanya sekeping kain sarung baik lelaki dan juga perempuan, semuanya tidak beralas kaki. Makanan ruji orang Melayu ialah nasi. Bersenjatakan parang dan juga keris apabila berhadapan dengan ancaman. Perwatakan orang Melayu digambarkan sebagai orang yang tidak gemar mempamerkan perasaan. Perasaan yang dipendam kadangkala boleh meletuskan kejadian amuk apabila keadaan mendesak.   Begitu berkias dalam tutur kata namun gemar berbicara tentang kisah semangat h...

Happy 31st Birthday to FH!

Image
Salam readers! OMG I'm so caught up with job and other life chores, sampai I forgot I haven't write anything for my birthday! Well.. Tahun ni FH dah genap umur 31 tahun. Like seriously, umur apakah ini? Dulu masa FH umur 21 tahun, FH tengok orang yang berusia 31 tahun dengan satu pandangan yang kagum. Seorang wanita yang telah jelas kehidupannya dimana. Samada seorang wanita yang bekerjaya ataupun seorang ibu yang ada beberapa orang anak. Tapi FH pada usia 31 tahun ni.... HAHAHAHAHA. Kenapa macam sama je dengan FH yang umur 21 tahun?  Kadang-kadang FH terlupa yang FH dah 30 tahun lebih, lepas tu FH pun pandang la wanita yang umur 31 tahun seperti FH rasa pada 10 tahun lepas. Kagum betul dengan pencapaian hidup mereka. Is that a good thing or not?  Of course I CANNOT COMPARE MY LIFE with others. I shouldn't. I mean, FH ni, hanyalah watak seorang pekerja picisan yang tidak lah memberi impak pada organisasi dan juga belum punya anak yang comel-comel yang p...

Coretan Gadis Bujang

Seorang sahabat bertanya, kenapa rasa sedih bila diri masih bujang. Walhal, dugaan orang berkahwin itu juga banyak, tidak semestinya sentiasa bahagia. Saya cuba selidik apakah perasaan itu adalah sedih. Atau ia bukan sedih, cuma sejenis kesepian. Sepi bukan kerana tiada kawan, kerana kawan itu ramai. Mahu buat aktiviti apa-apa, roger sahaja, pasti ada yang menyahut. Sepi itu, timbul apabila kita mulai tiada persamaan dengan orang sekeliling. Apabila orang bicara tentang anak ... , kita hilang bicara. Apabila orang bicara tentang suami, kita senyap kelu. Apabila orang bicara tentang balik raya rumah mentua, kita tersipu. Di kenduri kahwin, di upacara gathering, di jamuan jabatan, di media sosial, kita jadi tidak tahu bagaimana hendak berbual dan berbicara dengan orang sebelah. Manusia adalah makhluk sosial. Terjalin atas satu dasar manusiawi dan akan lebih harmoni dengan adanya persamaan. Lama kelamaan persamaan saya dengan orang sekeliling semakin kabur. Yang muda dari...