Bila pergi cari barang hantaran untuk diri sendiri...
Salam Readers!
Bagaimana bulan Ramadan anda?
Well, FH punya so far so good la.
Selepas 3 tahun tak dapat berpuasa dengan family banyak hari sebab tuntutan kerja yg membuatkan FH 3 minggu berada di luar Kuala Lumpur, akhirnya tahun ni FH dapat juga spend banyak masa di Kg Puah bersama Umi Abah dan Adik-adik. Tahun ni FH bertugas di Hospital Selayang yang cuma 16 km dari Kg Puah.
Hari tu sebelum bulan puasa, FH ada la pergi ke Nilai 3 cari barang-barang untuk buat hantaran. Keluarga kami takde dulang hantaran lagi jadi FH decide why not untuk majlis FH nanti, kita beli instead of pinjam macam masa Majlis adik2 FH tempohari.
Jadi kami pun ke sana. Punya lah semangat nak beli, awal pagi lagi dah keluar rumah. Mula-mula tu ambil Acik Shikin dulu kat Klang. Lepas tu baru ke sana. Dekat Nilai pula, Mak Yang dari Melaka jumpa kami di sana. Semua nak join ikut shopping barang hantaran dan goodies. Padahal sikit je barangnya. LOL.
Memang rasa lain kali ni. Selama bertahun-tahun, FH memang selalu pergi kedai barang-barang perkahwinan, untuk belikan barang untuk kawan-kawan, dan adik yang nak kahwin.
You know I love weddings right? Sebab tu FH tak pernah menolak ajakan bila orang ajak teman/ikut pergi cari barang-barang weddings.
Tapi memang berbeza bila kita nak cari barang untuk diri sendiri. Sebenarnya agak senang juga la bila FH dah tahu nak apa dan ada budget allocation siap-siap. Jadi bila tengok barang tu macam okey je. Ambil letak dalam troli terus taknak fikir panjang. Lagipun I dont know how to make hantaran so I leave it to Ummi and Acik Shikin to pick the flowers and accessories.
FH memang bukan jenis seni pun. Tak reti nak buat gubahan bunga supaya jadi cantik. Tapi suka je tengok bunga dalam pasu or bouquet. But.... guess what? MM nak buat hantaran dia sendiri. Like seriously, what a contra couple we are.
p/s:
Doakan FH ya semua... =)
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...