5 Perkara Tipikal dalam drama-drama arahan Rashid Sibir

Semalam saya baru sahaja menonton cerita bertajuk "Mencari Syurga" arahan sutradara Rashid Sibir. Well.. beliau memang ada signature dalam setiap cerita-cerita dia. Sepanjang yang saya ingat, beliau sebelum ni amat gemar buat cerita komedi romantik.. Tajuk drama tu saya x berapa ingat tapi filem memang saya ingat.. tajuk filem dia.. Laila Isabella. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini mood beliau dah berubah sikit. Beliau lebih suka mengarahkan cerita-cerita yang menjurus ke arah keagamaan. Setiap kali Hari Raya.. or apa-apa sambutan hari kebesaran Islam.. selalunya Rashid Sibir akan menghadiahkan penonton dengan cerita-cerita beliau yang selalunya akan menginsafkan kita.

Jadi saya ada buat pengamatan sikit mengenai drama-drama beliau.. Listnya macam kat bawah ni...

1) Kisah-kisah penindasan dan berdasarkan kasih sayang yang tidak dibalas.
Macam kata pepatah.. Beri bunga di balas tuba.. Selalunya watak-watak antagonis dlm drama
beliau akan berperangai tidak sedar siri akan jasa baik watak protagonis kpd mereka. Jadi bermacam2 penghinaan dan seksaan akan mereka lontarkan kepada watak-watak baik ni.

2) Watak protagonis akan mati sebelum sempat watak antagonis minta maaf.
Si ayah atau si ibu atau si kakak yang punyalah baik macam malaikat mesti akan mati dalam keadaan yang menyedihkan. Jadi bila watak jahat dah mula insaf dan terasa nak minta maaf.. mesti tak sempat ataupn watak jahat tu jadi tak betul ke.. atau gila.. atau kena panah petir. Bagi saya memang tidak adil. Kerana kenapa kita hendak 'menghukum' kejahatan org jahat sehingga sebegitu rupa sehinggakan mereka tidak patut dan tidak sempat mendapat pengampunan daripada watak baik?

3) Paparan kehidupan yang sangat melebih2
Kadang-kadang saya confuse sendiri. Contohnya dalam cerita Mencari Syurga ni.. saya tak berapa nak faham.. Kak Long dia ada kedai makan sendiri.. Tapi kenapa hidupnya susah sangat. Takkan lah income kedai makan dia tak boleh tanggung makan minum dia. Kalau orang miskin.. memang miskin nya teramat miskin. Ini mungkin satu strategi untuk meruntun jiwa penonton agar berasa simpati dan empati terhadap watak-watak yang menyedihkan ni.

4) Dibarisi para pelakon yang hebat.
List pelakon yang slalunya ada dlm drama-drama beliau.. merupakan pelakon kelas A. Fauziah Nawi.. Norlia Ghani.. M. Rajoli.. Wan Maimunah.. Jalil Hamid.. Dan kenapa saya mengatakan mereka pelakon kelas A?? Kerana mereka antara pelakon terbaik yang ada di Malaysia. Mungkin tidak sepopular Fasha Sandha mahupun Erra Fazira tapi mereka berjaya menghidupkan watak yang diberikan kepada mereka. Dan anda semua pun tahu (jika anda pernah menonton drama-drama beliau) watak-watak mereka agak berat juga untuk dilakon kn. Buktinya.. Selepas menonton drama beliau.. Kebanyakan orang akan merasa insaf dgn perbuatn mereka yang mungkin ada kaitan serba sedikit dgn watak2 dlm cerita tersebut.

5) Orang kampung yang berfikiran kolot.
Perkara ni ada dalam beberapa drama yang saya tak ingat tajuk dia. Tapi kenapa masih wujud watak-watak orang kampung yang dungu yang percaya pada tahyul dan kata-kata orang yang pentingkan diri sendiri?? Jikalau pengarah bermaksud untuk berlatar belakangkan zaman 50-an.. saya boleh terima. Tapi bukankah orang kampung sekarang sudah maju dan anak-anak mereka kebanyakannya menerima pelajaran tinggi. Kenapa bila ada suatu perkara yang berlaku.. Mudah sangat mereka menerima suruhan daripada watak2 jahat ni?? Saya agak sedih.. Kerana jika dalam realiti.. Orang kampung tidak menerima nasihat dan teguran daripada imam masjid mereka sendiri.. Memang parah keadaannya. Jadi saya kerap bertanya kepada ibu saya. Masih wujud lagikah masyarakat yang sebegini kolot dan tahyul pd zaman ini? Ibu saya selalu mengingatkan bahawa bukan semua orang seperti kita. Jadi mungkin benar paparan dalam cerita Rashid Sibir..

Walau apa pun.. saya amat lega kerana pengarah seperti RS (Rashid Sibir) lah yang giat mengajak masyarakat untuk kembali ke jalan yang benar. Mungkin ini 1 jalan dakwah yang beliau pilih sendiri dalam menempuhi jalan menuju ke Ilahi.

Semoga sukses selalu!
Wallahua'lam..

Comments

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines