Seni Memakan
Ada seorang housemates aku nih.. Selalu cakap kat aku: "Akak suka tengok awak makan sebab cara awak makan tu nampak macam makanan tu sedap sangat". Dan aku pun terfikir dalam hati... "Really???" Aku masih belum perasan lagi perkara itu hinggalah ada seorang lagi kawan tegur yg kebanyakan profile picture di FaceBook aku adalah semasa makan... Gosh... Aku ni memang gila makan ke??? Aku pernah terdengar akak exco kat Maahad dulu pernah pesan.. Beliau kata kalau kita nak makan.. kita kena khusyu'.. Kemudian barulah kita dapat menikmati makanan tersebut. Memang betul kata-kata beliau. Jadi sejak itu aku memang makan dengan penuh nikmat. Kerana setiap kali kita makan, ia adalah rezeki dari Allah. Jadi kita perlu bersyukur dengan pemberian itu.. ^__^ Ni dekat Noodle Station @ Kota Bharu Enjoying Cendol @ Tasik Titiwangsa , Kuala Lumpur Kek Hari Lahir bersama my BFF (Best Friend Forever) @ Giant Batu Caves Have a coffee @ IKEA, Damansara