Harta Karun Lezato [Part 9]
Tidak berkunci rupanya. Mereka berdua pun masuk ke dalam bilik yang kesemua perabot dan hiasannya berwarna merah. Larra sedang menatap gambar perkahwinannya bersama Lezato 20 tahun dahulu.
“Mimi..” Rossa memanggil Larra. Mimi merupakan panggilan yang membawa maksud Puan bagi masyarakat Silhouette.
“Kami sangat bahagia. Lezato tidak pernah memarahi daku kerana daku tidak tahu memasak. Dia sangat pandai memasak Spagetti Carbunara. Mengapa dia dibunuh dengan kejam?” Larra mengusap gambar yang tertera gambar dia dan Lezato yang tersengih lebar.
“Kami percaya kejadian ini merupakan satu jenayah yang disengajakan..” Pemuda mula menyusun kata. Dia mengenyit mata kepada Rossa agar Rossa turut serta dalam permainanya. Rossa memahami maksudnya itu.
“Err.. Kami ingin bertanya.. Adakah apa-apa barang Mimi dan Mister Lezato yang telah hilang? Apa-apa yang sangat berharga hingga nyawa Mister Lezato menjadi korbannya?” Rossa menyambung kata.
Larra berfikir seketika. “Ada.. Kotak pusaka keluarga Lezato terbuka masa daku terjumpa mayat dia..” Rossa dan Pemuda berpandangan sesama mereka. “Apakah isi kotak itu Mimi? Barang berharga kah?” Rossa menyambung soalan.
“Iya. Sangat-sangat berharga. Keluarga Lezato berasal dari pergunungan Khan nun jauh di Kerajaan Selatan. Mereka mewariskan Lezato sesuatu yang sangat berharga yang menjadi bukti mereka tidak bersalah dalam suatu salah faham beratus-ratus tahun dahulu..” terang Larra. Kisah ini menjadi bertambah pelik. Rossa dan Pemuda diam untuk membiarkan Larra menghabiskan ceritanya.
“ Lezato mulanya menolak amanah penting ini tapi dia hanya dua beradik dan tiada sesiapa lagi yang dipercayai bapanya. Jadi sejak hari itu, benda itu tersimpan di dalam bilik kucing-kucingnya..” sambung Larra lagi.
“Apa yang terjadi jika orang lain mendapat benda itu?” soal Larra. Kali ini suaranya kedengaran simpati. Tidak lagi seperti anggota keselamatan yang tegas dalam berbicara.
Larra memandang mereka berdua. “Ia tidak patut jatuh ke tangan penjahat. Kuasa nya kalau di salah guna boleh menghancurkan dunia gelap dan dunia mentari..” kata-kata itu menakutkan Rossa. Dia tidak dapat membayangkan dunia mereka hancur dek kuasa benda yang dikatakan Larra itu dipergunakan orang jahat.
“Adakah Mimi menyimpan gambar benda itu?” Kali ini Pemuda yang bertanya soalan. “Tiada. Lezato tidak boleh menyimpan bukti bahawa dialah pewaris harta keluarganya. Tapi harta itu akan bersinar bila ia merasakannya di dalam bahaya. Kerana itu Lezato meletakkannya berhampiran kucing. Kerana kucing tidak akan berniat jahat terhadap benda itu..” terang Larra lagi.
“Apakah namanya?” soal Pemuda lagi. Cerita Larra menjadi sangat menarik di mata Pemuda. Rupa-rupanya misteri yang dia bayangkan lebih daripada hanya misteri pembunuhan.
“Apa dia?” Larra menyoal kembali. “Nama benda yang dikatakan Mimi itu..” Rossa menjelaskan. Larra menggeleng.
“Lezato tidak pernah menyebut namanya. Dia khuatir orang jahat tahu akan benda itu dan cuba mencurinya.. Tapi daku rasa Lezato hanya terlalu bodoh dan khuatir. Akhirnya dia juga mati untuk menjaga benda itu..” Larra menyambung tangisannya. Kali ini lebih kuat daripada tadi.
Pemuda memberi isyarat agar mereka beredar. Rossa mengangguk. “Baiklah Mimi.. Kami akan cuba menyiasat perkara ini. Terima kasih kerana memberi kerjasama..” mereka lekas-lekas beredar dari bilik dan rumah itu.
“Sarjan!”
Habislah nasib mereka berdua. Seorang anggota memanggil Pemuda. Pemuda teragak-agak untuk berpaling. Khuatir bahawa penyamaran mereka terbongkar.
hey there. thanks for following my blog. i usually come here, i just dont say much. =) hope you're doing good.
ReplyDeletebtw, you're invited.
http://scribbledmaxness.blogspot.com/
hello there..
ReplyDeletethanks for spending ur time on my blog..
it's such an honour for me..
^__^
long time not heard of you.. indeed.
hope you're doing just fine..
like me... (",)