Saya ingin...

[[Berikut adalah luahan hati semata2.. tiada kaitan dgn sesiapa samada yang hidup mahupun  di alam barzakh.. Jangan fikir bukan2 yer lepas baca.. Eheh..]]


Manusia ada macam2 keinginan di dalam hati mereka. Samada suatu keinginan itu bersifat objektif ataupn subjektif.. Modus operandi nye agak tipikal demi mendapatkan keinginan mereka. 


Saya juga punyai beribu keinginan.. Namun keinginan yang satu ini adalah antara yg paling kerap bermain dalam fikiran saya terutama sejak akhir2 ini..


Mengapa sejak akhir2 ini??? kerana ramai benar individu yang saya kenali sejak kecil telah melangsungkan perkahwinan mereka.. Ok.. ChOOppp! Perkahwinan?? Biar betul.. Berapa ye umur saya nak fikir pasal kahwin ni??? Erm.. 22.. lagi 3 bulan masuk aa 23 tahun.


Hurm.. Let me get this straight.. Saya belum pun lepas usia 25 tahun (umur paling ideal utk kahwin sbb Rasulullah pn kawen masa umur ni), jadi mengapa saya selalu fikir kannya??? Ohh tidak... Sebenarnya saya lebih fikirkan kemungkinan yang saya tidak akan berkahwin kerana khuatir tidak akan berjumpa dengan Pria Idaman saya.


Well.. Cuba sebut sikit ciri2 Pria Idaman kau tuh.. Hahaha.. perlu ke buat announcement kat sini?? Yang penting sekarang... Kenapa yer sebenarnya saya rasa saya perlu berkahwin..???


Pertama:
Sunnah.. Ok.. Blablabla.. Jawapan cliche.. Tapi as cliche as it is.. Itu lah basic nya. Jadi sekarang ni.. kalau kahwin.. dapat aa pahala sunnah.. kalau tak kahwin x dapat pahala.. So I choose to get Pahala.. So kena la kahwin nih.. Hurm..


Ke-2
Sebab saya perlukan seorang suami untuk membimbing saya. HEllo.. x cukup ke dgn ilmu agama kau selama ni yg ko belajar? Masih perlu suami juga ke? Kalau dapat suami yang baik pun tapi takde keinginan nak berubah.. Sama jer. Lagi pun berapa kerat je lelaki yang betul2 boleh jadi pembimbing sekarang ni??? 
Ooppss... No offense.. Saya tak rasa macam itu ok??? Saya percaya.. ada seseorang di luar sana.. a real person in real world i mean.. yang layak jadi pembimbing saya.. Just wait till the very day to come. Jadi dia akan membimbing saya dan anak2 kami (wahh.. dah fikir pasal anak ke..??) menuju ke Mardhatillah.. Insya Allah.


Ke-3
Sebab saya nak berkongsi segala kegembiraan (dan juga duka) saya di dunia ini dengan seorang lelaki bernama Suami. Well.. yer.. memang betul hidup single itu lebih senang kerana kita mampu capai apa2 yang kita mahu tanpa sebarang ikatan dan halangan.. (ini kerana ada sesetengah suami jadi batu penghalang kejayaan isternya). TAPI.. Saya rasa x ada makna nya kalau seorang wanita itu berjaya tanpa seorang Suami yg menjadi temannya.
'
Ok.. 3 sebab dah cukup. Yes.. Jadi sekarang saya kena yakin yang saya akan berkahwin. Tak boleh fikir -ve ok? Tak kisah lah cepat atau lambat.. Di Dunia atau di Syurga (InsyaAllah). Saya yakin dengan janji Allah.


Surah (42): 11
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.




Comments

  1. i understand this. totally.

    http://ginny-uninterrupted.blogspot.com/2009/05/first-hand-heart.html

    just to share with you. =)

    ReplyDelete
  2. u did.. literally crying.. ?

    me too.. sometimes.. haha..

    but still talking bout the age factor.. we're still below 30. so there's no reason we have to b afraid to be called as "Andalusia" or some thing.. hoho..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines