Tamu-tamu di Laundri

Umi saya mengusahakan sebuah Laundri atau lebih tepat lagi Dobi di Taman Melewar, Gombak. Sesiapa yang familiar dgn Markaz Pas Taman Melewar mesti senang nak cam letak duduk nya Dobi Melewar milik Umi.
Dah hampir 10 tahun Umi berniaga Dobi.. .
Bermula dengan Dobi yang tidak dikenali..  kami berjaya membina nama antara Dobi yang lama bertapak di kawasan Greenwood dan sekitar. Tapi secara jujurnya, kami akui kejayaan mendominasi customer Dobi tak bertahan lama.. Selepas 10 tahun kami mendapat banyak pesaing hebat dan mungkin Dobi Melewar bakal di tutup tidak lama lagi.

(....Sedih...)

Tapi itu bukan kisah dalam entri kali ni.. Saya nak share tentang customer2 kami yang macam-macam jenis dan fiil.. Hahaha...

1. Golongan Bujang

Boleh jadi lelaki atau wanita. Tapi selalu nya lelaki la.. (perempuan rajin sket basuh baju sendiri kot). Baju bau rokok.. Hujung seluar yg terbuka jahitan yg dilekatkan guna jarum peniti.. Seluar jeans lusuh yg dah bertahun2 tak di basuh.. Koyak rabak sana sini.. Semua tu contoh2 pakaian lelaki bujang yg selalu kami jumpa.. Boxer.. Undies.. pun dia hantar juga.. Hadoii.. Memang kelakar.. Tapi ada sekali tu kami dpt 1 customer perempuan yg still bujang even dah 40++.. Stiap kali dtg.. designer handbag yg dia pakai smua laen2.. Cuma mungkin dia sangat2 bz.. sbb smua pakaian dia (luar+dalam).. kami kena basuh!

2. Married Couple yg Busy

Bila 2-2 pasangan ada kerjaya gempak.. tak cukup masa nak iron baju.. jadi kami lah yg mereka cari.. Selalunya baju yg perempuan.. mmg cantik dan meletup2.. yang si suami pulak.. baju kemeja cantik2.. warna terang.. jalur2.. ataupn ada gak yg hantar uniform company..Couple2 ini jugak melambang kan gaya hidup orang sekarang ni.. Pesen yg suka membeli baju berjenama.... ade customer ni dtg nak Dry Clean baju anak dia yg baru umur setahun.. What??? Baju baby pun nak dry clean???  Tak tahu la berapa ratus harga baju budak tu.. (()_o)

3. Family

Selalu comforter@ToTo lah yg mereka hantar.. Jarang sekali hantar baju utk di basuh KECUALI bila mesin basuh rosak.. Ataupun bila musim hujan.. dan baju kt ampaian x dpt kering.. So mereka hantar utk kami keringkan guna dryer.. Baru ni dpt 1 customer yg ada anak kembar 3 umur setahun.. dan 2 lagi anak yg umur 6 tahun dan 4 tahun.. Dia hantar baju kat kami sbb mesin basuh rosak.. Ya Ampun... Kecik2 baju anak dia.. Geram sbb comel sgt baju2 tu.. Pulak tu masuk dryer susah nak kering.. Terpaksa la kami sidai baju2 kecik yg comel2 tu.. Hahaha..

4. Orang kaya duet berkepuk2 kat poket.

Maid ada.. Wife pun bukan nya kerja.. Tapi tetap hantar baju kat kami untuk di iron.. Seronok jugak dapat merasa pegang baju mahal2 yg handmade.. Jenama luar negara.. Smua yg x jumpa kat Sogo or Jusco.. Haa.. Tokoh2 politik juga ada yg jadi pelanggan tetap kami.. (terpaksa di rahsia kan di sini nama mereka). Sgt seronok bila dpt menjadi penyumbang kpd baju mereka yg kemas di pakai.. Ada gak tunggu kalo2 baju yg kami iron masuk newspaper or tivi.. tapi setakat ni belum perasan la pulak.. Hehehehe..

Begitu lah sedikit pembahagian customer2 kami..

Umi posing depan dobi...  ^__^

Comments

  1. Jeans adik saya baik lelaki & perempuan sama je - bertahun tak basuh! Klasik kata mereka.

    Saya tak selesa orang basuh/angkat pakaian saya. :D Mesti "seronok" tengok pakaian dalam orangkan? Hehe

    ReplyDelete
  2. wah.. seriously?? maksud nye sah nak di bawak solat ke x tu??

    hahaha...

    "selesa" sangat2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines