KL-Penang-KL-JB-KL (epi 1)


Alhamdulillah.. Berjaya jugak sampai di rumah yang serba berlubang dan indah ini. Heh.. Betullah orang cakap.. Nothing feels like home dan kali ini FH betul2 rasa macam tu.. Literally.

Start hari Isnin.. (2 Ogos 2010)
Yanti dan FH mula kan perjalanan kami ke Utara (Butterworth) demi 'kasih sayang' FH kpd Yanti untuk menemankan beliau ke sebuah interview di Kepala Batas.. Yanti punya la excited sebab x penah dapat tiket katil.. dan FH punya la excited sebab Yanti sudi meng'cover' harga tiket.. Huhu..

(Ini pic candid Yanti masa dia tgh usha passenger laen)
Memang syok giler tido atas katil KTM tu.. walaupun mula2 rasa was2 dengan mutu kebersihan cadar dan sarung bantal.. Tapi FH percaya staf KTM akan hantar itu semua ke laundry utk mengelakkan tersebarnya sebarang penyakit berjangkit.. (Harap2 nya lah)

Akhirnya tiba juga di Butterworth...
Alhamdulillah...
Tapi... mana kami nak stay di Butterworth ni sebelum pergi ke Kepala Batas?? Haa.. masa ni lah Allah takdirkan kami berjumpa dengan Makcik Mizun (Owner Salun Mizun kat Bangunan D'Mara Kepala Batas.. Promote skett.. heh) yang tersangat lah mulia hatinya kerana sudi menjemput kami ke rumahnya di Bumbung Lima
Okay... Inilah our 'main transport' ke KB (Kepala Batas)
Sebenarnya ada bas Rapid Penang tp Makcik Mizun cakap bas ni murah sket (RM2.20) dan dia akan lalu depan bus stop kegemaran beliau... Yanti dan FH pun ikut saja lah...
Jadi.. bila sampai di KB.. kami ambil keputusan utk makan nasi lemak di gerai milik A.Ramli (ala.. penyanyi lagu 'Dara Pujaan' tuh).. Urm.. Bagi FH.. Nasi lemak keluaran Gerai A. Ramli ni boleh la di kategorikan sebagai 2.5 dimensi..Aaa.. Kalo x tahu pe pengertian dimensi tu apa.. baca balik entri ni.. (###)
Abang baju merah ni lah anak L. Ramli. Sekarang dia take-over gerai Ayah dia.
Lepas breakfast... dan siap2 segala.. petang tu pukul 2 Makcik Mizun hantar kami ke ACMS sbb Yanti apply kerja jadi lecturer kat situ.. (Insya Allah dapat) And then bila balik ade pula sorang mamat ni yang berbaik hati menghantar kami ke Salun Mizun.. (Baik betul orang2 Utara ni!?).
Jadi mana pula Yanti dan FH nak pegi lepas tu?? Kami cadang nak pegi jalan2 kat Penang Island.. Siap dah tanya direction segala.. Tapi lepas fikir dengan semasak ranum buah Mangga nya... Kami decide utk balik KL malam Selasa (3 Ogos 2010) tu jugak. Sebab Yanti dah kangen bangat sama rumahnya di BK5.. Huhu..
Train gerak kul 11 pm.. Kami sampai Stesen Butterworth kul 10 pm. Jadi.. Posing dulu..! Sekali lagi FH membuat kesilapan dgn tudung yg terlalu ke depan. Hahaha... Ini lah Mak Cik Mizun yang rock... ada FB tu.. jangan memain.. Owe you sooo much Mak Cik Mizun!!!

Bye2 Butterworth.. Believe it or not??? Hanya kami berdua dalam coach ni dari Bagan (nama local kepada Butterworth. Mak Cik Mizun baru ajar.. Heee) hinggalah ke somewhere in Perak. Baru lah ada sorang girl Indian ni naek. Alhamdulillah kami berdua selamat tanpa gangguan.. (Erm.. pic di atas ialah Yanti yg tgh gabra nak tau dia dapat ke x kerja lecturer tu. Doa kan dia yer!)

Comments

  1. mcm best je sis g penang..teringin gk nek ktm utk g arak jauh..hehe

    ReplyDelete
  2. @Mknace...

    try la sekali.. pasti nak lagi.. huhu

    ReplyDelete
  3. @Cik S

    best... nak try jauh lagi.. try gi Kota Bharu.. 10 jam ++..

    terbaekk!!

    ReplyDelete
  4. butterword..huhu..p.pinang..tmpt dimana sy menuntut ilmu disini suatu ketika dahulu..ingt pula zaman muda2 dlu.huhu

    ReplyDelete
  5. waa.. zaman muda2?? skr dah tua kah?
    hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines