Review: Awang Vampiro by Nizam Zakaria


First of all, Terima kasih kepada Pei Pan sbb introduce novel ini kepada saya..!!  (>___<)

Saya selalu tercari-cari novel melayu yang penuh teori konspirasi seperti Da Vincci Code dan Angels and Demons oleh Dan Brown kerana saya selalu berharap saya akan temui anak Melayu yang berfikiran kompleks dalam membina plot-plot yang sarat dgn nilai sejarah (biarpun hanya teori) dan juga komplot2 rahsia yg konon nya akan menghancurkan dunia.

Wowww!!!
Itu yang terkeluar bila dah habis baca karya ini. Penulisnya benar2 mengkagumkan saya. Bagaimana beliau 'bermain' dengan unsur sejarah dan memanipulasikan fakta yang seakan-akan benar membuatkan saya semakin teruja untuk menghabiskan bacaan dan melihat sejauh mana beliau meng'hipnotis' pembaca dgn plot2nya yang kompleks.

Saya rasa bagai di cabar oleh penulis untuk memahami babak demi babak dan plot-plot nya yang di atur sedemikian rupa. Berpatah ke belakang, mendahului masa dan kemudian kembali ke zaman kini yang totally dah berubah dek sejarah yang telah di alih suratannya.

Kalau nak baca buku ini, saya sarankan anda baca sedikit terlebih dahulu tentang sejarah Melaka,, Tamadun Rome, Puteri Gunung Ledang, keturunan Vampire (atau dalam novel ini di gelar Vampiro), peta Europe dan Mesir, Tamadun Mesir, Louvre di Paris, perang dunia ke II, kepulauan Melayu dan tonton dahulu beberapa cerita sains fiksyen mengenai masa hadapan dan dunia yg dlm keadaan apokalips.

Jadi, mudahlah sikit nak imagine perjalanan Awang Vampiro dalam dunia mistik dan pelariannya merentasi sempadan masa dan zaman.  ^___^

Anda akan diperkenalkan dengan Awang @ Henry the Black yang telah mengikuti pengembaraan Fernao mengelilingi dunia dan di sajikan dengan babak2 yang penuh dengan darah dan penyeksaan. Penulis juga tidak lupa menyelitkan beberapa watak terkenal di Nusantara spt Puteri Gunung Ledang dan Puteri Gelanggi dan secara bersahaja mengaitkan event-event penting dalam sejarah dengan sebuah kultus mistik bernama Daevas yang menjadi watak penting dalam Sejarah Peradaban Manusia.

Penulis juga memperkenalkan Damak yang menjadi bayang-bayang kepada kekejaman Awang terhadap manusia. Damak muncul sebagai perwira tatkala Awang bertarung hebat dengan Ahriman. Cinta 3 segi antara Damak-Hanim-Awang menjadi jalinan cerita yang menarik tatkala kita menyaksikan hubungan erat antara Damak dan Awang namun penulis memilih untuk tidak menyimpulkan kesudahan mereka bertiga di penghujung cerita.

Pembaca di sajikan dengan konsep imaginatif semaksimum mungkin dalam melayari pengembaraan Awang yang menjangkaui ratusan tahun bermula Melaka di jajah Portugis hinggalah ke tahun 2111 di saat dia menemui Rashid yang tersadai di dunia Apokalips. Tak dilupakan, Aliya , vampiro orakel yang menjadi nadi kepada penyudahan cerita akan menambat pembaca dengan kebijaksanaannya dan gaya cute yang bersahaja.

Baiklah..

Untuk sesiapa yang gemarkan novel yang penuh teori dan fiksyen yang melampau2... (yang menjadi favourite saya..)

Silalah beli novel ini..   Thumbs up!!!

Bintang: 8/10

(Credit to the novel's author, Nizam Zakaria. Aspiring Singapore born writer who keep mesmerizing Malaysian audience with terrific art. To Nizam.. we want more!!! we need more people like you!!)

Comments

  1. Orang cakap, orang Melayu memang suka baca tentang konspirasi. Benarkah?

    ReplyDelete
  2. Orang yang cakap tu orang Melayu ke bukan???

    Bagi saya yang anak Jawa+Minang ni.. memanglah suka.. tapi xde la nak percaya.. Selagi tak ada bukti..

    ^___^

    ReplyDelete
  3. Yang cakap tu orang Melayu seorang ustaz yang kaji tentang konspirasi Yahudi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines