Umi with her passion

Saya tengah working on satu entry lain.. Tapi isu petang tadi kat rumah lebih best untuk di siarkan. Hehe

Berita jam 1.30 ptg:

Sari berita penting.

Umi dengan semangatnya memasak untuk rakan-rakan usrahnya yang bakal ber-usrah di rumah.

Siapa rakan-rakan usrah nya itu?? (Soal Abah)

Tak lain tak bukan.. Jiran2 sebelah rumah juga. Huhuhu..

Sebenarnya ke-excited-an Umi untuk masak demi kawan-kawan beliau ni bermula 2 hari lepas. Abah siap tanya berapa ramai nak datang sebab nak prepare budget. Rupanya 4 orang je ke??? Laa.... (Sabo je lah)

Tapi sejak pagi.. Umi dan Abah keluar rumah sebab nak uruskan pemindahan sekolah adik saya Ayuni. Jadi rumah di amanahkan kepada Melle dan FH.

Sampai rumah kul 11.45 am, Umi sedikit kecewa sebab obviously kami berdua tak start kemas rumah lagi.

Oh Umi.. Jangan marah FH. Saket kepala FH tak hilang lagi sejak semalam. Dan tidur ku asyik terganggu dengan lalat yang datang mengacau.

Umi balik.. start2 siang ikan dan prepare lunch for Abah. Di samping itu mengusahakan Kari Ayam buat santapan bersama Roti Jala sbg hidangan Usrah. So dalam banyak2 choices of menu, Roti jala yang menang. Great!

Menu Abah tadi : Nasi Putih + Sayur Pucuk Manis + Ikan Goreng Fresh Beli kat Kuala Selangor + Sambal Tempoyak (Haa.. Ni FH buat. Nak jugak take credit.)

Buletin Terkini: Update kul 2.30 pm

Semua dah siap.. Sekarang tinggal kawan-kawan umi datang . Patutnya usrah start pukul 2.30 ptg tapi diorang datang lambat sebab nak habiskan sinetron Alisa kat Tv3 dulu. Apa kah??

3.10 pm

Usrah bermula. Di 'emcee' kan oleh Mak Cik Anim. Peserta ada 3 orang tak termasuk Umi.

3.41 pm

Sedang enak cuba meng khatam Armageddon:2012, FH dapat mesej ::: "Nan, panaskan karii"


4.00 pm

Geng-geng usrah da mula makan.. Okey Umi.. Dont be worry.. FH dah siapkan Air Teh O dan juga Air Roselle dan juga segala pinggan dan kelengkapan untuk Umi dan rakan-rakan bersantap.

4.30 pm

FH tak berganjak dari ruang tamu sebab makcik2 tu sambung usrah dengan gosip.. Update terbaru tentang isu2 hangat di Kampung Puah. FH likee!!

5.15 pm

Tamat segala aktiviti. Now sape kena basuh pinggan ni??? Sigh~

Cik Anim yang pakai tudung kuning. Nampak dinding yang belakang tivi? Itu FH yang cat. Yeay!

Dari observation FH, I can see that my mom is always passionate to fill people's tummy when they come over. So BEWARE when you be our guest.. Be prepared with your empty stomach. Otherwise, menyesal!

^__^

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines