Dilema
Sejak dua - tiga hari ni berdesup-desup telinga aku mendengar orang bertanya bila turn aku nak kahwin. Terutama lepas adik ku baru sahaja di raikan dalam majlis pertunangan yg gilang gemilang 4 hari lepas. Aku terkedu dalam hati je. Orang cakap kat aku.. Kalau kau nak kahwin, kau usaha la sikit. Aku nak tanya balik kat orang tu.. Usaha macam mana tu agak2.. Rasa dah keluar rumah dalam keadaan comel dah.. Dah semenggah tak macam dulu dah masa baru-baru nak menginjak dewasa. Doa?? Insya Allah setiap hari aku doa dapat jodoh yang baik yang memahami aku.
Aku tak tahu dah nak rasa macam mana. Dua-dua bestfriend ku sudah pun berkahwin. Tapi diorang memang cun dan menjadi rebutan oleh itu memang patut kahwin awal. Aku ni bercinta pun tak pernah.. Tak tahu macam mana erti berkasih sayang dengan teman lelaki yang orang dok gembar gembur tu..
Serius.. aku stress. Orang selalu akan cerita kat aku masalah diorang..and I will give all the postiive answer to them. Orang kata.. aku ni pandai sangat sampai lelaki pun takut. Habis nak jadi bodoh baru orang nak kat aku ke? Sungguh aku tak tahu macam mana nak jadi bimbo supaya akhirnya ada lelaki nak kahwin dengan aku. Aku tak faham konsep cetek fikiran sebegitu. Aku hanya reti jadi diri sendiri yang vokal, suka ambil tahu banyak perkara, membaca, dan suka cerita dan kongsi apa yang aku tahu..
Kadang-kadang tu ada juga rasa negative terhadap diri sendiri. Mungkin aku ni tak secantik wanita lain. Mungkin aku ni begitu.. Mungkin aku ni begini.. Itu semua akan beraja di hati bila Syaitan mencucuk pemikiran. Orang marah aku balik dan bagi contoh-contoh yang wanita cantik pun bukan nya bahagia.
Adik aku marah..kata aku ni selalu sangat fikirkan pasal persepsi manusia. Kalau aku fikir kan persepsi manusia, aku tak akan jadi diri sendiri sampai sekarang. Aku cuma bosan dengan manusia yang tak puas. Kepada orang yang belum kahwin, di terjah tanya bila nak kahwin. Yang dah kahwin di asak bila nak dapat anak, Yang dapat anak.. di suruh nya tambah anak lagi. Sampai bila harus begitu?
Jadi mahu bagaimana lagi? Allah paling tahu pasal perasaan ku.. Tapi aku tak tahan lagi membuatkan aku rasa nak menulis di sini. Maaf atas masa yang dihabiskan untuk membaca monolog dalaman yang terkeluar ini...

Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...