Sang Pemerhati

Aku memerhati
Bagaimana manusia cuba berkasih
Cinta itu umpama sangkar jiwa
Didiami kerana hati telah diberi

Aku memerhati
Bosannya tingkah manusia biasa
Cinta menjadi mainan bibir dan jemari
Demi jeritan nafsu sanubari

Aku hanya pemerhati
Bisakah kekasih seagung dipuja?
Coretan naskhah zaman berzaman
Dewi hati galang gantinya nyawa

Aku hanya pemerhati
Binasa manusia dek anutan cinta
Cuma wali menang bergaya
Dan bercinta hanya dengan Tuhan nya



Farahanani Amhazali
10.00 pm
27 Rejab 1434

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines