Sewaktu saya berumur 17 tahun (When I was 17 years old)

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua lepas raya???

Hari ini baru FH sedar yang FH dah berusia 27 tahun. Kadang-kadang bila kita terleka melalui kehidupan seharian, kita tak perasan tentang masa yang berlalu pantas dan yg sebenarnya dah semakin meningkat dewasa. FH sekarang lebih dekat dengan umur 30 berbanding umur 20 tahun. Ini adalah sesuatu yg mengejutkan! LOL.

Bila FH fikir kembali.... 

Adakah FH sebenarnya ada perubahan? 

Jadi jalan terbaik ialah buat perbandingan antara FH semasa umur 17 tahun... dan 10 tahun selepas itu iaitu sekarang.

Pekerjaan Idaman

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Saya nak jadi arkitek/lawyer

Bila saya umur 27 tahun...
Saya seorang Pegawai Dietetik

Warna 

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Hijau Epal. Tiada toleransi terhadap warna lain.

Bila saya umur 27 tahun...
Masih Hijau Epal, ada tambahan warna lain seperti coklat, dusty pink.

Makanan 

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Ketam masak lemak cili api. 

Bila saya umur 27 tahun...
Semua yang halal FH suka makan  kecuali organ dalaman, kaki ayam, ekor lembu, lidah, otak, siput, dan honeydew

Muzik

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Alternative Rock. Cth: Linkin Park, Avril Lavigne

Bila saya umur 27 tahun...
Alternative Rock, Latin

Topik yang yang digemari (untuk perbualan)

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Sejarah, Pengetahuan Am, Isu Semasa

Bila saya umur 27 tahun...
Sejarah, Pengetahuan Am, Isu Semasa, Makanan

TV Show/Filem (Genre Kegemaran)

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Penyiasatan. Cth: CSI

Bila saya umur 27 tahun...
Penyiasatan: CSI, SVU
Komedi : Ancient Aliens. Serius kelakar cerita tu
Superhero: Semua filem Superhero dari Marvel atau DC. Spiderman, Batman dan yang tertakluk dalam MVU (Marvel Cinematic Universe)

Novel

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Thriller : Novel tulisan RAM
Jiwang : Masih layan novel jiwang lagipun ikut trend semasa kan... Semua baca novel jiwang

Bila saya umur 27 tahun...
Thriller : Novel RAM dan beberapa penulis Inggeris
Jiwang : Tak boleh tolerate langsung dah. Tak boleh terima. Hoho.
Fiksyen : Mengenai penyiasatan, dunia perisikan (Novel Bahasa Inggeris)
Falsafah : Masih cuba berjinak-jinak. Hasil ulasan FH tahun lepas dapat saguhati masa pertandingan ITBM.

Skill/Bakat

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Tidur dalam kelas tanpa jadi pening kepala. Hahaha.
Tak pandai anyam ketupat

Bila saya umur 27 tahun...
Ingat tempat dan jalan walaupun baru sekali pernah lalu situ (siang atau malam). Mahir baca peta dan boleh bayangkan sesuatu kawasan berdasarkan dalam peta asalkan pernah berada di situ.
Masih tak pandai anyam ketupat. Haha.

Kawan/Sahabat

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Kalau boleh nak kawan dengan semua orang dan nak semua orang suka kita

Bila saya umur 27 tahun...
Tak kisah kalau tak ada ramai kawan dalam realiti dan juga dalam media sosial asalkan semua adalah orang yang FH selesa dan menerima FH seadanya.

Kegemaran

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Masak. 

Bila saya umur 27 tahun...
Masak. FH kalau penat macam mana pun akan sanggup masak apa sahaja asalkan ada orang semangat nak makan.
Semua perkara berkaitan majlis perkahwinan akan membuatkan mata saya bulat dan seronok bercerita. I love wedding events! (Tengah taip ni pun rasa excited)
I love driving too.... Tak pernah penat kalau kena drive kereta. Jarang tidur kalau naik kereta kecuali terlalu kepenatan. (contoh masa lepas FH join Expo MAHA 3 hari 2 malam, dapat naik kereta ke Langkawi je terus tidur sepanjang malam) 

Kepercayaan terhadap Cinta

Sewaktu saya berumur 17 tahun...
Macam Fairy Tale, jumpa orang kita suka, terus kahwin

Bila saya umur 27 tahun...
Tak kenal, maka tak cinta. Dah kenal pun belum tentu cinta, dah cinta pun belum tentu kahwin, dah kahwin pun belum tentu happily forever after. FH masih single dan masih mencari.


Wow...

Lepas baca balik.. ada juga perkara yang berubah... Ada juga yang tak berubah. Cuba kita tengok dari segi fizikal pulak. 

Ini FH semasa umur 17 tahun. Cuba cari mana satu FH????

Ini gambar terbaru FH masa menghandiri Peaceful Rally: Save the Children of Gaza di Dataran Merdeka baru-baru ni.

You decide. 

Hehe.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines