Terus berdoa kepada Tuhan atau tidak?
Assalamualaikum semua
Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
FH selalu berdoa atau dalam ertikata lainnya meminta kepada Allah bila FH mahukan sesuatu. Apa yang FH sedar sejak akhir-akhir ini ialah, FH selalu bising dan katakan yang FH nak berkahwin dalam masa terdekat tapi sebenarnya perkara itu bukan datang dari hati kecil FH sendiri.
Selama ni kan.. FH selalu doa macam-macam dekat Allah. Alhamdulillah, jika FH doa betul-betul Allah memang tunaikan permintaan FH tu.Jadi bila sebut pasal perkataan K itu, FH jadi ragu-ragu untuk betul betul berdoa.
FH khuatir dan takut kalau nanti bila FH betul-betul kahwin, rupa-rupanya apa yang FH nak itu tak sesuai untuk FH.
Pernah kan dengar ungkapan..
Apa yang kita nak itu tak semestinya yang sesuai untuk kita.
Jadi FH ragu-ragu samada FH sesuai untuk berkahwin.
Iyalah kita sendiri lihat betapa banyaknya permasalahan rumah tangga sekarang. Kadang-kadang FH jadi paranoid dan kurang yakin yang ada individu di luar sana bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami FH.
Bukan itu saja, sesetengah kawan yang dalam perkahwinan yang bahagia pun ada juga yang pesan suruh nikmati hidup bujang dahulu dan bila tau FH umur 27 tahun, diorang cakap muda lagi. Relaks lah dulu.
FH ni seorang yang komplikated, selalu fikir macam-macam, kelam kabut, mudah simpati dan terus menangis bila tengok orang lain susah. Tak pandai mengemas rumah jadi cantik macam dalam majalah Interior Design tu semua. Jadi macam mana FH ni layak menjadi seorang suri kepada suami di dalam sebuah rumah tangga?
Jadi bila sampai ke saat nak berdoa kepada Allah supaya cepat kahwin, FH stop.
Sebab tak percaya yang lelaki yang sesuai dengan FH tu wujud. Orang yang nak kahwin dengan FH mesti sangat hebat sehingga FH rasa sebenarnya dia cukup gila sampai sanggup kahwin dengan FH.
Di sinilah FH silap kerana, FH terlupa sesuatu yang sangat penting.
Fitrah Allah dalam memperkenankan doa hamba ialah Allah akan mengurniakan sesuatu yang sangat bersesuaian dengan makhluk itu.
Kenapa lah FH boleh tak sedar benda ni selama ni??
FH baru je sedar benda ni dua hari lepas. Yang setiap perkara yang jadi pada kita ialah perkara yang baik bagi kita. Kerana perkara itu datang daripada Allah.
Kuasa mengkabulkan doa itu kan terletak kepada Allah. Bila Allah kabulkan permintaan kita, itu bererti ia adalah yang terbaik untuk kita. Walau apapun yang terjadi sekali dengan perkara itu selepas itu, itulah pakej yang datang sekali dengan dia.
Begitu juga kalau permintaan kita tidak dikabulkan. Itu bermakna kita sedang menjalani perkara yang sesuai dengan kita dan teruslah berusaha untuk mengubah dan juga diiringi dengan doa.
Bila cakap pasal usaha pula, FH dah jadi konfius dah.
Macam mana nak jadi wanita yang berusaha untuk berkahwin dan dalam masa yang sama tak nampak terdesak?
Kadang-kadang FH akan bergurau (walaupun memang bermaksud nak cakap macam tu) iaitu FH sambung belajar Master di IIUM dan mana tahu jumpa jodoh di situ.
Pastu orang tegur pula supaya jangan berniat serong.
Serong ke kalau macam tu?
FH pun tak tahu lah. Sekarang ni FH just teruskan doa sebab sebenarnya dah usaha daftar BaitulMuslim.com tapi takde orang berkenan dekat FH la pula. Jadi dah tutup akaun tu. Life must go on. Satu pintu tertutup, banyak pintu lain akan dibuka untuk kita. Insya Allah.
Kepada bakal suami FH, awak mesti akan rasa kelakar kalau baca blog saya ni. Atau awak jenis yang tak suka membaca? Lega lah FH kalau macam tu. Hahaha
Jumpa lagi nanti bila FH rajin tulis lagi.
Weekend ni FH sangat sibuk. Esok geng Ez Zahra Crib buat bachelorette party utk Izati yang akan kahwin next month. Lepas tu terlibat dengan seminar The Muslim DNA Al-Kauthar Course pula.
Bak kata para hijabista urban, May Allah Ease...
Wallahua'lam...

Insya-allah jika ada jodoh tak ke mana. Lagi satu kena belajar terima kekurangan dan kelebihan seseorang.
ReplyDeleteSalam kenal. Jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com