Pengalaman Bekam Darah dan Bekam Angin

Salam readers!

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Basically, memang semua yang mencurahkan ilmu (yang membawa kebaikan) seharusnya layak dipanggil guru. Semoga ilmu yang dicurahkan mendapat manfaat sehingga selepas kematian kalian.

Anyway, FH nak kongsi kan satu lagi perkara yang menjadi rutin hidup FH. Dalam setahun sebenarnya FH akan beberapa kali menjalani rawatan bekam untuk kesihatan tubuh badan. Jadi, tajuk entri kali ini ialah

PENGALAMAN BEKAM DARAH dan BEKAM ANGIN

Jika ditanya, antara banyak-banyak, urutan (semua jenis urutan), akupunktur, atau bekam, bagi FH yang paling berkesan ialah bekam darah. Nombor 1 dalam kategori rawatan non invasive yang mampu menghilangkan penyakit berkaitan. Mengikut pengalaman FH, bekam ini ada dua jenis. Bekam darah dan juga bekam angin.

1. BEKAM DARAH  (WET CUPPING)

Bekam darah samada guna teknik vakum ataupun lintah (pun FH dah pernah cuba buat juga. LOL), keduanya konsep hampir sama. Yang disedut keluar ialah darah. Tapi FH tak sesuai buat bekam lintah sebab allergic dengan lintah. Hari tu buat habis gatal kulit kaki.

http://www.alhijama.care/img/Wet%20cupping.jpg
Darah yang keluar selepas disedut.. Gambar dari Google.
Berdasarkan testimoni FH sendiri, bekam darah memang terus dapat hilangkan sakit yang FH rasa masa tu. Straight away lepas tamat rawatan, sakit kepala FH masa tu hilang. Kalau kita sakit kepala kita akan rasa kepala berat kan? Penglihatan pun cam lemah je. Lepas habis rawatan tu, rasa macam kepala hilang separuh. Ringan terus!  

Bekam atau cupping dalam Bahasa Inggeris juga bagus untuk rawatan Carpal Tunnel Syndrom (ada banyak journal yang telah mengesahkan perkara ini).

Gambar berikut menunjukkan titik bekam yang menjadi amalan Rasulullah saw:
 
http://www.ibundacerdas.com/wp-content/uploads/2013/09/Titik-bekam-dan-khasiatnya-586x336.jpg
Gambar dari Google
Ramai akan tanya, sakit tak bekam ni? Sebab dia cucuk dengan jarum. Sebenarnya rasa macam gigitan semut sahaja. Lagipun diorang guna jarum check glucose untuk pesakit Diabetes tu. Jadi tak sakit pun.

Kalau risau soal kebersihan, carilah pusat bekam yang betul-betul terlatih dan guna jarum individu dan tidak bercampur. Tak pasal-pasal dapat penyakit berjangkit pula. 

Perubatan tradisional cina juga buat bekam ni, dan ikut point meridian tubuh yang serupa:

http://www.shmtppp.com/images/procedures/traditionalchinesemedical/Theory_3.jpg
Gambar dari Google

Bekam ni, dia ambil darah kotor yang terkumpul di bawah lapisan kulit. Bukan yang dalam salur darah. Jadi tiada istilah kekurangan darah ke apa. Cuma, pastikan sejam lepas rawatan tu jangan makan dan jangan mandi. Selalunya juru bekam akan sapu minyak zaitun dekat bekas luka.

2. BEKAM ANGIN (DRY CUPPING)

Kalau bekam angin, tiada torehan dilakukan. Jadi hanya angin yang disedut keluar. Darah kotor tinggal kat bawah kulit. Ada sekali tu FH pergi buat bekam angin. Bayangkan orang yang buat tu, dia gerakkan sedutan silinder bekam tu ikut urat. Menjerit-jerit FH masa buat rawatan tu. Taubat tanak ulang dah pengalaman perit itu. Tapi ada juga yang tak gerakkan pun tiub tu. So dia sedut ikut point tu je. 

http://massage-paradise.com.au/wp-content/uploads/2013/12/getting-cupped.jpg 


FH memang highly recommend semua orang untuk cuba rawatan bekam. In fact, bekam tidak membatalkan puasa anda. Bekam ini telah diamalkan sejak zaman Mesir lagi dan direkodkan dalam buku perubatan tertua: Ebers Papyrus yang mana ia dilakukan untuk merawat demam, sakit, pening kepala, haid tidak teratur dan kurang selera makan. Wow! dan 3 ribu tahun lebih tu dan mereka dah lama amalkan rawatan ini.

http://g03.a.alicdn.com/kf/HTB1.CiqGXXXXXb7XXXXq6xXFXXXa/221163676/HTB1.CiqGXXXXXb7XXXXq6xXFXXXa.jpg
Peralatan bekam moden. Gambar dari Google
Pelbagai kajian saintifik juga dah mulai menyokong kebaikan bekam untuk merawat penyakit tertentu. Tapi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang yang berakal untuk mencari maklumat yang betul dan mendapatkan orang yang tepat dalam melaksanakan rawatan tersebut.

FH cukup kagum dengan usaha pihak USM yang melakukan kurus Bekam Klinikal. Jadi FH lebih yakin bila pergi ke pusat rawatan yang mempunyai sijil daripada USM.

 Selamat mencuba!

Comments

  1. Great info! Saudari FH boleh cadangkan pusat rawatan bekam angin sekitar KL/Sel?

    ReplyDelete
  2. Mana2 pun ok asalkan kawasannya bersih dan mereka mengamalkan kebersihan dan menjaga aurat anda. Tapi kalau nak cari boleh la Google

    BekamPro.. Ada beberapa cawangan sekitar KL dan Selangor

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines