Matlamat yang jelas dalam hidup
Salam Readers!
Bagaimanakah Januari 2017 anda setakat ini?
Well, lagi 2 hari sudah masuk Februari pun. Jadi azam 2017 ada yang dah mula buat?
Menjengah ke 2017, FH memang akui sedikit gentar sebab rupanya banyak benda yang belum dicapai dalam hidup ini walaupun hampir genap usia 30 tahun.
Kemudian kaunselor FH bertanya,
Apa yang awak nak dalam hidup?
FH terpinga-pinga. FH tulis beberapa point tapi sudahnya kena reject.
Dia mengulang semula soalan dengan lebih jelas lagi.
"Tuliskan matlamat hidup awak dalam jangkamasa berikut:"
- 1 Tahun
- 5 Tahun
- 10 Tahun
Apa yang awak nak capai, dari sudut peribadi dalam jangka masa tersebut. Kemudian tuliskan seperti ia telah terjadi. Macam awak tulis diari.
Macam saya tengah berangan? Respon FH
"Ya, memang awak kena berangan."
Oh this is super tough. Fikir FH dalam hati.Bagaimana harus FH berangan sesuatu yang tidak konkrit?
Berkenaan jodoh
Berkenaan masa depan
I hate the future. Coz it is full of uncertainty. About this and that.
Tapi demi sesi terapi ini, FH memerah otak cuba berangan suatu topik yang paling FH tak suka.
Topik pencapaian peribadi.
Jika sesiapa tanya, perjalanan karier FH hingga sampai usia 50 tahun, FH boleh ceritakan dengan jelas sekali siapa yang FH nak jadi pada usia itu.
Seorang pensyarah, mungkin Professor Madya. Prof Dr Nurfarah Hanani Amir Hamzah.
Tapi ini sangat susah dari soalan Dr Zalilah masa di UPM. LOL.
I cannot day dream about a husband, or even the life I am not sure of.
So I delay the 'assignment' she gave me till the very last minute.
Sudahnya, saya hanya ada 3 perkara yang ditulis dalam karangan itu. Saya save file dengan tajuk
BERANGAN
Terus kena tegur dengan kaunselor sebab ia bernada negatif. Bagi dia, itu bukan berangan tapi ia adalah matlamat. Visi dan Misi yang jika kita selalu ulang, segala percaturan hidup kita akan terarah ke arah itu.
Macam bila kita nak masukkan syurga. Adakah kita benar-benar mahukannya? Adakah jalan hidup kita benar-benar seperti ahli syurga?
"Kalau ada rezeki, ada lah"
FH kena marah lagi. Kaunselor cakap lagi. Ia seperti kita meminta kepada seseorang, adakah kita berkata begitu. Tak sama sekali. Kita akan memberitahu yang kita mahukannya.
Samalah bila kita meminta kepada Allah.
Kita mesti yakin dengan permintaan kita. Permintaan kita juga harus jelas.
Kereta. Kereta jenis apa yang kita mahukan.
Anak. Mahu ada berapa orang anak.
Syurga. Syurga tingkat berapa yang kita ingin masuk.
Dan mengapa. Mengapa. Mengapa. Mengapa dan Mengapa.
Ditanya soalan itu sehingga 5 kali. Sehingga daripada 3 point yang FH mahukan itu, berkembang menjadi 10 point.
FH menjawab pertanyaan sehingga FH berasa yakin yang itulah yang FH mahukan.Tiada sebarang reaksi judgemental dari beliau. Semua sebab boleh diterima kerana hanya FH yang tahu kehidupan sendiri. Bukan orang lain.
Kenapa hanya 3 point? Itu juga ditanya beliau. Sebab dia tak bagi masukkan perihal kerjaya kerana obviously FH sangat jelas dalam hal itu. Jadi yang kita bincangkan dalam sesi 90 minit itu berkisar kepada 3 perkara yang FH inginkan:
-Suami
-Anak
-Mekah
FH mulai sedar sesuatu yang ada banyak kesilapan dalam cara FH memandang kehidupan. FH tak pernah berani meminta dengan jelas kepada Allah dari aspek peribadi. Semuanya secara general. Tidak spesifik dengan spesifikasi yang FH inginkan.
Bukankah kita meminta kepada Tuhan Yang Maha Agung? Yang bila berkata jadi, maka jadilah ia?
Di situ FH silap. Seolah-olah FH memperkecilkan kuasa Tuhan. Jadi FH memang kena tetapkan matlamat dalam hal peribadi. Dan jangan lagi guna perkataan yang tidak pasti. Sebaliknya, FH kena guna:
Kalau ada rezeki, permudahkanlah
Ameeeen.
Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...