Berani Mati

Garam kena haram


PENGHASILAN garam banyak terdapat di kawasan pantai yang kering.


RIBUAN restoran di sini bakal dikenakan hukuman denda AS$1,000 (RM3,310) setiap kali menggunakan garam dalam hidangan untuk pelanggan ekoran pengenalan rang undang-undang baru oleh seorang wakil rakyat, Felix Ortiz.
Langkah drastik itu ekoran 1.5 juta penduduk bandar raya itu menderita penyakit tekanan darah tinggi dan menyebabkan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg melancarkan kempen menggalakkan masyarakat kurang mengambil garam.
Namun, langkah itu dibantah ramai tukang masak yang membentuk kumpulan dikenali MakananKu, PilihanKu, dan mendakwa, hukuman tersebut sepatutnya disabitkan ke atas restoran makanan segera yang banyak meletakkan garam.
"Jika secubit garam pun haram, kami yakin ramai pelanggan tidak akan datang lagi, padahal selama ini pelanggan boleh meminta garam dikurangkan atas sebab kesihatan," kata seorang bintang programTop Chef, Tom Colicchio. - Agensi
Sumber: Kosmo!
Pendapat FH:::
 Bukan masyakarat Big Apple (New York) je yang ramai darah tinggi.. Masyarakat Malaysia juga menghadapi masalah yang sama. Cuma kita tak tahu apa jenis makanan yang tinggi garam selain daripada Garam itself  Banyak lagi makanan yang lain yang tinggi garam.. CONTOHNYA:: sos cili, sos tomato, makanan di awet (asam, jeruk dan segalanya), telur masin, ikan masin, keropok lekor.. dan semua makanan terproses.. Jadi berhati-hati lah dengan pengambilan garam anda.. 
Wallahualam... ^__^

Comments

  1. hehe..betul latu..pengguna la yang bersalah keatas makanan pilihannya.tapi macam aneh juga undang2 ni..maybe dh tahap terlampau serius sngt tu.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines