Kaki Gebang

Tadi baru drive ke UPM. Makan2.. jalan2 sama Izzani. Buat saya teringatkan seorang member yang perangai nya memang tak pernah berubah.

Huhu?

Aku memang anti gila dgn Minah sorang ni. Sejak first year.. tak habis2 cerita pasal kisah dia yang tak fasih cakap BM sebab masa Darjah 3 baru pindah Malaysia. Sebelum ni duk kat US. Apakah?? Aku sendiri masa darjah 1 dan 2 pn x reti BM sebab karangan tak pernah dapat A. Jadi story member aku ni semakin hari makin tak relevan sebab lama2 jadi tak heran dah dgn kisah dia dan Bahasa Malaysia nya itu.

Oh.. Tidak lupa juga dengan kisah kehebatan dia yang dapat no 2 untuk Anugerah Nilam masa form 5. (FYI, masa tahun 2003 tu Nur Amalina Bakri yg dpt 17A1 tu menang tempat pertama so kira member aku ni mantap la sebab dia dpt 2nd place)

HAHA. Even kat university pn dia gebang yg dia x fasih BM. Jadi apa guna nya dia baca melambak2 buku demi ANugerah Nilam dan still tak dapat any benefit pn from it? Ouh.. Maybe dia baca buku BI sahaja kot.

Jadi aku kalo boleh takmo duk dekat dia sbb mesti ada je kes dia nak kata yang dia hebat.

Ada satu kali tu aku baru balik bilik lepas morning joging masa weekend. Dia tanya aku buat apa.. then aku terr bagi tau routine joging aku iaitu 3 round pusing padang bola. Esoknya dia pegi joging gak and bila balik bagitau dgn 'excited' nya yg dia baru abes jogging pusing 3 round satu fakulti and kolej! 

HAHA. (Aku tak percaya)

Aku selalu berpegang pada satu gurindam ni.. Gurindam rasanya..

~Siakap senohong, Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong, Lama-lama Mencuri~

There! I am damn right about that!

Sepanjang tempoh pengajian, berlaku series of kes kecurian di kalangan geng2 kami. Tapi tak pernah kami tahu sape culprit nye.

Memang laknat lah orang yang curi tu. Kalau kami ni jutawan takpe lah. 

Yang kelakar nya. Sahabat kami ni.. Setiap kali berlaku sebarang kecurian. Dia akan bagitahu yang duet dia  hilang..(Nak jugak!) Dan dalam beberapa kes, jumlah duit dia yang hilang tu.. sama dengan jumlah duet member kami yang kena curi. 

untuk menguatkan lagi suspicion kami. Setiap kali ada existence dia kat sesuatu tempat tu.. Mesti ada duet yg hilang. Pulak tu cam dia ada sensor je kat mana member kami sorok duet.

Dan paling kelakar.. Lepas kes kehilangan duet tu.. mesti dia tetibe bermurah hati beli kan kami macam2... kek la.. buah2an lah..

Aku sampai kata kat sorang member yg duet kena curi tu.. Ini buah rambutan ni.. ko yang belanja. Bukan dia.

HAHAHAHA

And then dia kawen.. dengan seorang lelaki. (Of course). Walaupn macam2 benda -ve yg kami dengar lebih darik benda +ve.. Kami harap dia berubah..

Harap2 dia berubah lah...

.........................
.........................

Tak jugak. Sebab sebulan lepas E71 aku kena curi dengan seorang 'lunatik'.. tiba2 je dia dakwa Nokia Express MUsic dia kena curik orang jugak. 

WAHAHAHAHA.


Ok. STOP mengumpat. Korang kalo dari kecik practice menipu.. Haa.. Tak mustahil kita boleh jadi pencuri jugak satu hari. Pencuri masa, pencuri solat, pencuri hati.. Errr... Keluar tajuk.

p/s: Kak Na.. Diam2 sudey.  Hohoho


Comments

  1. heheheh.. nk tergelak..
    kamu singgah UPM dan terjumpa DIE atau memang sudah buat temu janji?

    ReplyDelete
  2. haha..

    x jumpa pon..

    aku lalu depan Blok then tetibe teringat perkara itu.

    salah satu memori UPM.

    ReplyDelete
  3. yang pasti bukan ko la Faerhan...

    sbb ko duk kn k5. bkn k17.

    huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines