Review: Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid


RAYYAN FANTASI: Tajuk novel ke-20 RAM. Bila baca tajuk aku mula terfikir agaknya tema apa yg cuba RAM hidangkan pada kita kali ini. Selak punya selak. Aha! Dah dapat jawapan..

Selepas puas bermain dgn pembunuh upahan, makhluk ajaib, pendekar sakti, kesatria dan misitik. RAM cuba bereksperiment dgn tema sains fiksyen pula.

RAM memang sangat bagus dgn elemen sebegini. Heroic character dalam dunia yg dark, penuh kejahatan (samada di Bangi mahupun di Yukka'a) dan juga di saat makhluk perlukan perlindungan.

Aiddin di lambangkan sebagai super creature tanpa dia sedari. Ayahnya Ibrahim yg bermisteri menjadi tunjang utama novel ini. Tiada watak yg benar2 menonjol dan menarik perhatian kecuali Sanggora yg berjaya ditampilkan sebagai crook yg kejam. 

Okey.. pasal pembinaan watak, sayang sekali bila rasa jauh sgt dgn watak utama si Aiddin. Tak seperti dalamnya hati tersentuh dgn Laksamana Sunan sampai beratus2 org guna nick name Sunan. Nampak macam RAM hilang fokus. Sebab Ibrahim lebih mendominasi cerita berbanding Aiddin yg namanya jadi tajuk cerita.  Feena pula bagi aku sgt gedik. Dan betul ke dia cintakan Aiddin dari awal? Cinta Mika lebih meyakinkan aku.

Plotnya di susun begitu pantas. Jadinya kita tidak sempat mengenali karakter. Teknik flash back n forward buat aku rasa geram. Dan Yukka'a tidak diperkenalkan sehinggalah ke 1/3 yg terakhir.

Tagline "Apa yang terfikir...itu ada" bagi aku not-convincing enough. Kalau RAM berjaya meyakinkan aku kewujudan Yukka'a sebagaimana buat aku terdodoi dgn keberadaan Sunan, novel ini pasti menjadi lebih hebat.

Fantasi RAM sejauh beribu batu memang di luar kotak. Tapi avatar ciptaan nya bukanlah sesuatu yg baru berbanding kebanyakan cerita hollywood lain. Aku lebih gemarkan tempat kediaman makhluk Polips yg diperkenalkan dalam Cinta Sufi. Lebih janggal dan tidak tercapai akal ku. Hurm..

Ada yg mempersoalkan mengapa makhluk asing berbahasa Melayu. Aku tergelak. Adakah RAM seorang pakar linguistik utk membina satu bahasa khas utk makhluk Yukka'a? Sudah tentu tidak. Jadinya lebih senang RAM menjadikan mereka bercakap BM.

Sayang sekali. Teks asal novel ini mungkin lebih tebal dan lebih seronok di baca. Bila di komersialkan oleh Alaf 21, macam ni lah jadinya..

Wallahua'lam..

Comments

  1. aku naaaaaaaaaaaaak.._ratusunan_

    ReplyDelete
  2. Saya sudah boikot novel RAM selepas kecewa dengan 9 Nyawa. Hilang sudah taring RAM nampaknya.

    Tuan rumah, selamat tahun 2011.

    ReplyDelete
  3. Pei Pan

    pembaca makin bijak.. jadi penulis kena berpuluh kali lebih bijak daripada pembaca

    ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines