Review: Sutera Bidadari by RAM
Assalamualaikum!
Sememangnya FH sgt disibukkan dgn urusan dunia sejak akhir2 ini.. tapi sempat jugak curi masa nak baca Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid aka RAM. 3 jam cukup untuk membaca dan menghayati novel ini, yer lah.. kalau sambung2 baca x feel pulak..
Novel: Sutera Bidadari
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Halaman: 547 ms
Novel ke 5 dalam Sunan Chronicles selepas Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, & Cinta Sufi
RAM hidangkan kita sekali lagi dengan kisah Laksamana Sunan yang bergelar Lelaki berduka dari Tanah Rencong juga bergelar Lelaki Bertanduk Dua kerana 2 urat di dahi kiri dan kanan nya.. Herm.. tak perlu rasanya di ulang2 gelaran ini sampai saya fikir, ya.. RAM, saya masih ingat apa gelaran utk Sunan.
Sutera Bidadari ibarat "Journey To The West" yang di ketuai Devout Man: Sunan, beserta peserta2 lain, Manusia; Panglima Awang Bagan, Catalina wanita Portugis aka Maryam, Sadik. Abdol Rahman. Makhluk Polips: Luna dan kemudian Indera dan Thariq.
Kali ini Sunan dah sembuh dari pertarungan yg lepas (sila baca semula Cinta Sufi utk rujukan) dan keluar dari gua tempat perawatan oleh Doktor Tuah. Baru lah logik adegan ini bila katanya gua ini tersembunyi..memang tak dapat bayangkan kalau RAM tulis Tuah dan Sunan mampu hidup di bawah air di bawah naungan kerajaan dasar tasik. Bila sembuh tu, Sunan dah terperangkap antara memberi jawapan cinta Maryam atau Luna, agak kelakar bila Sunan pun terkedu dalam soal cinta 3 segi. Lepas tu, mereka (Sunan, Maryam, Panglima Awang Bagan) 'pinjam' kapal Feringghi, dan stop kejap di Acheh utk jemput Sadik dan Abdol Rohman, keponakan Sadik yang yatim piatu. Sepanjang pelayaran ini, macam-macam benda yang jadi, termasuk lah pertembungan dengan makhluk jadian yang berniat jahat dan menculik Maryam. Dalam pada itu, Sunan juga, sejak awal lagi dilawati oleh Sang Dewi yang tak habis2 menyeru Sunan supaya datang ke tempatnya dan bertemu tapi tak bagitau apa sebab dia buat macam itu
Diselitkan juga adegan dari masa kini, Saifullah 'The Mystery Muslim Man" mengejar Elizabeth yang mencuri artifak berharga Catatan Maryam dan Keris Nanggroe milik Sunan yang diwariskan daripada tok gurunya Arwah Wali Sufi. Saifullah yakni penjaga amanah Maryam tersangat kaya dan tinggi ilmu persilatannya di temani Jutawan Kamal Abid dan Shahir yang berniat mendapatkan Keris Naggroe kerana Abid percaya keris berlok itu warisan Melayu yang patut dikembalikan ke tanah asalnya, Tanah Melayu. Mereka akhirnya bertembung dengan Drakul yang sebenarnya memerangkap Elizabeth si perawan yang yatim piatu dan berniat mengorbankannya sebagai persembahan buat menghidupkan Vlad The Impaler kembali ke muka bumi.
Kita juga berkenalan lebih erat dengan Raja Roman aka Tanghut yang menjadi kuda tunggangan Iblis aka Sang Petala untuk memerangi segala kebaikan dan dalam kes ini; Laksamana Sunan yang budiman. Raja Roman masih belum insaf sehinggalah ke akhir cerita. Diceritakan juga pertembungan awal antara Raja Roman dengan Makhluk Polips yang mengorbankan Munik suami Luna dan menjadi penyebab mengapa Makhluk Polips mengambil keputusan berhijrah ke Pergunungan Himalaya demi menghindari manusia yang penuh kejahatan. Raja Roman yang kematian isteri, Permaisuri Sutera akhirnya kalah dalam godaan Sang Petala yang durjana dan bertukar menjadi culprit di setiap sengketa di dunia rekaan RAM..
Fuhh... dah macam buat satu cerpen pulak nih bila nak cerita pasal sinopsis "Sutera Bidadari".
RAM sekali lagi membawa pembaca ke dunia fantasi yang bersulamkan sejarah di sekitar zaman kejatuhan Melaka dan di zaman Gelap Eropah. Peribadi Sunan yang berlandaskan Sunnah Rasulullah saw di tebalkan terutama di saat akhir hayat Raja Roman di mana Sunan memaafkan beliau dan menghormatinya sebagai makhluk Allah yang insaf. Bagi saya RAM bertindak lebih puitis kali ini bila beliau membentuk ayat2 dalam adegan zaman silam dengan beberapa perkataan Melayu Lama yang tidak saya fahami. Tapi kembali moden apabila bercerita tentang zaman kini. Pembinaan karakter lebih tegap dan kita lebih faham dengan mereka walaupun dengan banyak karakter yang berlainan.
Seperti biasa, RAM mengekalkan gaya thriller dan plot yang bergerak lancar. Setiap peristiwa ditandakan dengan Lokasi dan Tahun. Jadi kita tahu bila kah dan di manakah. Cuma kisah pengembaraan ini lebih dinikmati berbanding pengakhirannya.. cerita ditamatkan dengan pantas dan segalanya dirungkaikan dengan segera. RAM tidak berlengah dan memberitahu secara langsung siapakah Saifullah dan kaitannya dengan amanah Maryam juga kehadiran watak jemputan; Haryani ke pembukaan Muzium milik Abid Kamal.
Mulanya saya khuatir membeli novel ini kerana khuatir RAM sedikit 'draggy' seperti Cinta Sufi dan Hijab Sang Pencinta yang jika ditiadakan tidak akan mencacatkan keseluruhan kisah Sunan. Kesinambungan ini membuka satu jendela baru dalam pengembaraan Sunan bila RAM memilih untuk menceritakan rasional Raja Roman menjadi Taghut dan loneliness Sunan dan pengharapannya terhadap Ratna yang bertakhta utuh dalam hatinya.
Yang pastinya, Sunan belum mati lagi dalam kisah ini dan bukannya hidup selamanya kerana Saifullah sempat mengimbau sedikit kenangan dan merujuk Sunan sebagai Arwah Sunan. Bersedialah dengan kebarangkalian santapan baru dari RAM tentang bagaimana Sunan mendapatkan kembali isterinya Ratna yang terperangkap dalam tubuh Sang Dewi. Atau adakah Haryani bakal kembali semula ke zaman silam?
Saya masih setia kepada Dani dan mengharapkan Dani muncul kembali kerana banyak lagi yang dapat diterokai tentang waris Sunan dari sebelah abangnya Megat.
^__^
Bak kata adik saya Si Ratu Sunan (perasantan walhal RAM berkata beliau mirip Noriko), beliau lebih gemarkan Bagaikan Sang Puteri.
Wallahua'lam
yeah.ratu sunan is coming..hehehe.
ReplyDeleteyess.si noriko yg taat setia pd org tua dan memburu cinta!!
_cintanoriko_
correction!! bagaikan puteri je xde sang2 ni.igt sang petala ke??
hihihi.