Islam yang tersimpang. Allah. 1Malaysia Gagal.
Assalamualaikum.
Happy Thursday everybody!!
I'm gonna start doing this. 3 short scribes. 3 short posts. 3 paragraphs. Only 3.. Enjoy...
ISLAM YANG TERSIMPANG
Minggu lalu seorang sahabat 'bercerita' perihal seorang figura yang gemar mempersoalkan pegangan masyarakat Islam. Sejujurnya tidak pernah saya mengambil tahu tentang namanya sebelum ini. Siapa namanya tidak perlu di ceritakan.
Bukan seorang dua yang wujud di Malaysia, di setiap lapisan generasi, wujud insan-insan sebegini yang berfikir di luar kotak dan meragui ajaran guru-guru agama yang sekian lama tertanam dalam pemikiran umat Islam. Apakah yang silapnya? Silapnya bila sikap sesetengah ulama' yang tidak mampu berfikir selari dengan masyarakat terkini yang 'maju' menyebabkan umat terasa bagai Islam itu adalah tradisi bukannya prinsip. Lupa kah bagaimana seorang figura mengatakan janggut di simpan kerana tiada Gillette?
Sikap prihatin golongan tersebut terhadap iktikad umat Islam sangat di kagumi. Bagaimana mereka meneruskan fahaman mereka dan menyebarkan di khalayak juga sangat di hormati. Bukan sedikit umat yang direkrut minda ke dalam 'kem' mereka, bilangan yang pasti, Wallahua'lam. Oleh itu, kembali lah kepada ajaran Islam yang sebenar dan pastikan anda berguru dengan manusia yang tepat. Allah memang Maha Mengetahui.
ALLAH.
Fikrah manusia sepatutnya kembali kepada Tuhan. Bagaimana manusia meng-interpretasi kan kewujudannya, adalah berbeza sama sekali. Macam mana sekalipun, ada satu yang mutual antara semua yang mengakui kewujudan Nya, iaitu Allah adalah suatu kuasa yang mencipta alam dan memastikan segalanya berlangsung mengikut ketentuan Nya.
Aneh bila manusia yang menidakkan Tuhan Yang Satu. Lebih aneh lagi bila mengatakan seolah Tuhan itu tidak berdaya sehinggakan mereka mendakwa Tuhan perlu kan pembantu-pembantu atau Tuhan kecil untuk melaksanakan tugas NYa. Paling aneh sekali, bila mereka menyangka mereka mempercayai adanya Tuhan dan Hari Pembalasan, tetapi perilaku mereka seperti tidak merasa kewujudan Nya.
Paling kelakar, manusia seperti berebut2 tentang nama panggilan Nya. Siapa yang lebih layak, siapa yang berhak. Itu cerita lama.. Tuhan itu tetap ada di atas sana memerhatikan makhluk-makhluk Nya dengan teknologi Nya yang tersendiri.
1Malaysia Gagal.
Sepanjang minggu lalu disogokkan bermacam-macam berita 'kejayaan' PM Dato' Seri Najib Tun Razak selama memegang kerusi Perdana Menteri. Rasa nak muntah sahaja bila membaca fakta-fakta yang di fabikrasi oleh wartawan.
Bagi aku disebalik semua kempen kempen pilihanraya yg di anjurkan secara subliminal itu, PM tetap gagal membuatkan rakyat berjaya menjawab soalan ini;
APA ITU 1 MALAYSIA?
Sila tanya kembali kepada diri anda, dan cuba berikan jawapan. Saya sendiri tidak faham (mungkin saya teramat bodoh kerana tidak mampu memikirkan konsep ataupun fundamental di sebalik gagasan 1 Malaysia ) sehingga lah kini. Hampir semua jawapan yang saya terima dari pelbagai manusia, rata-ratanya terdiam dan mengubah topik lain! dan kalau ada jawapan pun, mereka berkata; "Ala... Itu kempen Najib. Macam kempen Pak Lah dulu, Negara Pertanian."
Apakah?
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...