[Senarai] Jenis-jenis status dan tweet di FB/Twitter

Assalamualaikum .. !

Macam mana Isnin pertama 2013 anda??? Still feeling Monday Blues sampai ramai yang online dan rela menghadap FB dan membalas tweet dari menyiapkan kerja yg tertangguh dari tahun lepas???

Kali ini FH bawakan senarai pertama dalam tahun 2013 ini untuk tatapan anda... Enjoice!

Jenis-jenis status di FB/Twitter

#1 Berdoa kepada Allah.

Contoh:

"Ya Allah, tolong selamatkan suami saya yg kena bedah apendiks sekarang nih"

"Off to Perlis. Semoga Allah memberkati perjalanan kami. Insya Allah.. #Ameen"

Heran saya... Kan doa tu antara kita dengan Allah..tapi kenapa nak sebarkan kepada umum?

#2 Monolog dalaman terkeluar.

Contoh:

"Hari ni first time buat kek coklat batik. Yippieee!"

"Betulke keputusan ni?? Chaiyokk!!"

"Wahai diri ini, bersabar lah dengan dugaan yang melanda..."

"Seronoknyaaaaaaaaaaaa.. Yuna menang malam ni!! #ajl27 #yunamusic"

Bila baca status-status macam ni kan.. FH confuse. Sebenarnya dia nak bagitau orang atau tak sengaja ter taip monolog dalaman dalam hati dia?

#3 Bikin gempak untuk tarik perhatian.

Contoh:

"Alhamdulillah....Akhirnya"

lepas tu mula lah beratus-ratus org komen tanya balik apa cerita yg berlaku.. Heh..

atau..

"____________________ change relationship status from ___________ to ____________"

kalau betul memang kahwin tak pe juga... Kadang-kadang tu setakat clash couple je pun..

#4 Confuse antara Facebook dan Twitter

Contohnya kalau dia buat status ni kat FB tapi nya status nya berbunyi sebegini:

"Happy New Year #2013 #everybody! #2012 #2013 #newyear"

Komen FH: Oh come on! Semua nak hashtag pe hal?

"I love my besties.... @(Nama orang) @(Nama orang) @(Nama orang)...

Ni maksudnya dia tak tahu yg FB tak perlu letak simbol @ kalau nak mention nama orang macam Twitter.. Ahaksss..

#5 Kesalahan bahasa yang serius

Contoh:

"Aq maw kaw taw yunk aq ta ske kaw!!"

"Blew lerh ktew nak jumpew kwn yunk seswaii dengan ktew"

Just one comment from me: Euwwwwwwwwwww!

#6 Tuju kat seorang tapi buat macam public statement

"Kau bukan lah orang yang layak jadi bos"

"Aku tidak marah.. kau tersilap besar pasal ku"

Nampak sangat nak tuju kat seseorang tapi kenapa tak terus tulis kat timeline dia je??? Heeee...

#7 Diari

"Hari ini saya duduk rumah..kemas bilik..kemas dapur...kemas garaj..kemas ruang tamu..kemas bilik lagi.. kemas dapur balik.. kemas garaj semula... bla bla bla bla bla..."

"Saya baru bangun tido..tapi encik suami dah pergi kerja dah... bangun2 je breakfast dah siap atas meja.. Saya saaaaaaaaaaaaaayang suami saya.. :D :D :D"

Haishhhh... Kenapa nak detail sangat pasal kehidupan peribadi???? Beli diari dan tulis lah dalam tu puas-puas... Lol..

..................................................................................................

7 saja lah yang berjaya FH kumpul setakat ni.. kalau ada lagi nanti FH tambah lagi di lain masa...  Hehe

Daaaaa....

Comments

  1. so apa status yg ssuai tls kt FB??i'm wondering..

    ReplyDelete
  2. terpulang la nak tulis status apa2 pun... ^__^

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines