Masa Lalu yang Terlepas Sudah...

Assalamualaikum wbt. 

Salam Maulidur Rasul kepada sahabat sekalian. Dan apakah lagu favourite FH semasa Maulud Nabi ini? Sudah tentunya Qasidah Ya Hanana oleh Habib Syech. Haaa.. kalau tak tahu atau tak pernah dengar atau nak dengar lagi Qasidah yg merdu itu kat entri lama.. >>>TEKAN SINI<<<

Masa sesi Usrah a.k.a Bulatan Gembira minggu lepas, FH belajar sesuatu tentang Sabar dan Pengurusan Masa. Surah Al Asr yang 3 ayat tu memberi makna  dalam kehidupan kita sekiranya kita menghayati nya dengan mendalam.


Tetiba masa browse image untuk Surah Al-Asr, FH terjumpa pulak terjemahan dalam Bahasa Iban. Daebak!

Credit to: http://muhtarsuhaili.wordpress.com

Sehari selepas Usrah, FH berpeluang mengikut Ibu Yus menjadi pengiring ala-ala tourist guide kepada beberapa sahabat dari Jakarta untuk shopping di Low Yat dan Sungai Wang. Masa tu memang FH belajar erti kesabaran dan prinsip menjawa waktu. Nak sabar dengan karenah manusia ni memang....Ya ALLAH! 
Tuhan je lah yang tahu.

Belum kira lagi betapa sukarnya menguruskan waktu dalam kesesakan manusia dan melayan kehendak manusia. Memang mencabar keimanan! Sudah nya dari percaturan nak bertolak jam 8 pagi ke Menara KL, hampir 10.30 pagi baru menjejakkan kaki di sana. Dan baru FH sedar, mendaki Bukit Nenas tu memang mencabar bagi orang yang kurang exercise macam saya. LOL.

Bila bercakap perihal waktu, banyak cerita sains fiksyen tentang Time Travelling. FH ingat lagi masa kecil dahulu tengok trilogi Back To The Future lakonan Michael J. Fox, The Time Traveller Wife, The Click dan yang terbaru mungkin The Looper. Malahan, Doraemon pun mempromosikan konsep songsang sebegini dengan idea yang Doraemon adalah robot dari masa hadapan Nobita. 

Sesungguhnya idea bahawa manusia boleh kembali ke masa lalu menggunakan teori fizik kuantum sangat-sangat tidak Islamik.

FH ada baca 1 blog ni (baca: www.blogammar.com) yang berhujah dalam menentang teori Time Travelling. Banyak bukti dalam Islam bahawa Masa yang lalu itu tidak dapat digapai kembali. 

#1 Firman Allah s.w.t

Sila rujuk kembali maksud Surah Al-Asr di atas. Di gambarkan manusia sangat rugi bila tidak beriman dan beramal soleh dengan masa yang telah diberikan kepada mereka. Kalau manusia boleh kembali ke zaman jahil semasa mereka tidak mengingati Allah, tidak lah rugi sangat rasa nya. Jadi Surah Al-Asr melambangkan penegasan dari Allah tentang konsep Masa yang tidak boleh digunakan sesuka hati.

#2 Hadith Rasulullah

 " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Sekiranya kita memang mampu kembali ke masa lepas, mengapa Rasul s.a.w menganjurkan kita merebut 5 masa yg dinyatakan? Apa yang FH faham, konteks REBUT dalam hadith ini lebih kepada menghargai dan menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya. Jadi, still, tak boleh buang masa suka hati. Gulp.

#3 Merentas masa menyalahi konsep taubat.

Sekali lagi. Umat Islam selalu dianjurkan bertaubat sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t:

“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.” (Surah An-Nur: 31)

Okey. Cuba bayangkan ye. Ada seorang penjenayah yang banyak melakukan kesalahan tapi dalam hati nya ada sedikit sinar keimanan. Bila dia dah puas kan nafsu dengan membunuh seseorang misalnya, dia pun pilih untuk balik ke waktu sebelum dia bunuh. Camtu macam pening je Malaikat nak catit dosa dia.. Mula-mula dah catit dosa, lepas tu dah patah balik masa silam, kena la padam balik. 

Jadi manusia pun semakin menjauhi Allah kerana segala kesalahan bebas di lakukan mengikut hawa nafsu dan boleh kembali ke masa lepas seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Kan??? 

Wallahua'lam..

p/s: Alaa... Esok kena kerja ke?? I love my job.. I love my job.. I love my job.. **Self Motivation** 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines