Hidup Tanpa Tuhan
Salam Ramadhan.. Bagaimana dengan Ramadhan kalian? Sejauh mana kefahaman kita tentang wujudnya Tuhan yang menjadi Pencipta dan Pentadbir Alam yang tiada batasan ini? Niat apakah ibadah kita? Saya terfikir perkara ini selepas mendengar pesanan Imam Muda Asyraf lewat petang semalam mengenai manusia yang tidak betah tinggalkan ibadat Puasa tetapi sangat tegar meninggalkan solat. Jadi terlahir suatu pemikiran, apakah benar manusia tidak takutkan Tuhan? Jika kita tidak berpuasa, manusia boleh nampak kita makan, minum, merokok dan sebagainya. Tapi bila kita meninggalkan solat, sangat mudah kita sorokkan dari manusia kecuali yang paling dekat dengan kehidupan kita. Di manakah sifat Ihsan? Adakah bila kita berani meninggalkan Ibadat membawa konteks yang kita tidak percaya dengan kewujudan Tuhan? Persoalan mengenai keberadaan/kewujudan Tuhan sekian lama menjadi persoalan manusia sejak wujudnya peradaban Manusia. Saya kira Adam bernasib baik dilahirkan hampir d