Thai Massage yang melegakan

Salam readers!

Hari ni FH nak cerita tentang satu kegemaran FH yang selalu FH buat bila ada kesempatan.

THAI REFLEXOLOGY MASSAGE

Dalam setahun sekurang-kurangnya FH akan pergi 3 kali. FH memang suka pergi berurut badan atau cuba urutan reflexology. FH pernah cuba Chinese Reflexology, Malay Reflexology sebab FH percaya kita perlukan rawatan macam ni sekali sekala sebagai maintenance organ dan saraf badan. 

Selepas beberapa kali cuba, FH paling serasi dengan Thai Massage. Sebab nya, FH tak berapa suka urutan satu badan. Satu sebab geli satu lagi sebab tak tahan sakit satu badan. Jadi FH fikir lagi baik urut refleksologi dekat kaki je sebab bila dah urut kaki, cover satu badan dah..


Jadi bagi yang tak selesa diurut satu badan tu, urut refleksologi kaki pun dah memadai. 


Dalam beberapa tahun ni, FH dah cuba beberapa tempat massage dan yang paling serasi dengan FH ialah Thai Odyssey. FH dah pernah cuba beberapa cawangan Thai Odyssey, setakat ni yang paling terbaik servis nya dan paling selesa ialah cawangan di Setia City Mall.


Cawangan di Setia City Mall ni paling mesra, bilik selesa dan masseuse (tukang urut wanita) yang cekap dan tak lokek urut lebih dari masa yang sepatutnya.

Dari segi harga, kebanyakan tempat lebih kurang sahaja charge nya.


Kadang-kadang kita boleh request untuk bilik yang asing tapi setakat ni FH baru 2 kali jumpa customer lelaki yang berurut juga. Dalam bilik urutan tu, masseuse akan baringkan kita dan tutup mata dengan bantal yang sejuk. Memang FH akan tidur kalau urutan tu bagus. Lepas tu mereka akan selimutkan kita dengan tuala bersih yang tebal.

Bilik rawatan memang selesa dan mereka akan pasang muzik yang berunsur terapi ala-ala Thai. Barulah boleh berangan ada kat Thailand sekejap. 


Kalau anda berminat nak urut, cuba lah urutan refleksologi Thai ni. FH sarankan anda pergi ke cawangan di Setia City Mall. Macam mana pun, pengalaman mungkin beza bagi sesetengah orang. Ada seorang kawan FH jenis yang suka berurut juga dan dia pernah cuba hampir kesemua jenis urutan yang ada di Asia. Bagi dia, Thai Massage yang paling terbaik di dunia.

Mungkin?

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines