Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines

[Disclaimer: Artikel ini telah dikemaskini mengikut maklumat terbaru syarikat penerbangan]

Salam readers!

Hari ni dah 15 Ramadhan..Macam mana dengan puasa anda?

Dah beli tiket balik kampung ke belum? Tak kira lah naik kenderaan apa pun, pastikan semua barang yang berniat nak dibawa balik berjaya dibawa balik. Kalau tak haru je pagi raya takde baju raya nak pakai.

Kali ni FH nak cerita pasal pengalaman Excess Baggage masa FH naik MAS Airlines dari Kuching (KCH) ke KL (KUL) hari tu.

Basically, ada 4 jenis BAGGAGE kalau kita ni menaiki pesawat MAS.

1) CABIN BAGGAGE 

Cabin Baggage ni maksudnya beg yang kita boleh bawa masuk sekali dengan kita dalam flight. Ada sesetengah orang gelarkan Hand Carry Luggage. Boleh rujuk gambar kat bawah ni untuk polisi Cabin Baggage setiap penerbangan MAS.


  • First Class/Business Class passengers – 2 buah setiap penumpang
  • Economy Class passengers – 1 buah setiap penumpang
  • Setiap bagasi mestilah tidak melebihi 7 kg 
Penumpang yang membawa bayi dibenarkan membawa tambahan 5kg beg bayi dan juga stroller yang boleh dilipat.
Dimensi
Setiap buah bagasi mestilah tidak melebihi saiz berikut.
DimensiPanjangTinggiTebalJumlah
All aircraft types (B737, B777, A330 and A380)36 cm
(14 inches)
56 cm
(22 inches)
23 cm
(9 inches)
115 cm
(45 inches)
Atau cuba muatkan dalam ini, kalau muat, maksudnya boleh bawa masuk dalam flight. Saiz ni penting sebab hand carry luggage kita kan kena simpan dekat ruang penyimpanan atas, kalau tak muat, memang tak boleh nak simpan dekat situ. Cuba bayangkan kalau beratnya lebih daripada 7kg, jadi sebelum pentingkan diri dan nak jimat duit, dahulukan keselamatan para penumpang lain juga.


Kalau beg tu, lebih besar dari saiz di atas mesti dimasukkan sebagai 'Check-In Baggage'. Tapi ikut juga ketegasan penjaga gate tu. Kadang-kadang FH tengok ada juga yang terlepas. Ikut rezeki juga lah kan..


2) CHECKED BAGGAGGE a.k.a FREE BAGGAGE ALLOWANCE

Seperti yang sedia maklum, bila kita naik MAS setiap passenger dapat FREE untuk 'checked baggage weight' macam dalam jadual kat bawah ni. Jadi tak perlulah risau kena beli separate kilo untuk beg yang hendak dibawa.


Sistem Berat
CabinWeight
First Class2 beg dengan jumlah berat 50 kg (110 lbs.       Tidak melebihi 158 cm (62 inci)
Business Class2 beg dengan jumlah berat 40 kg (110 lbs).  
Tidak melebihi 158 cm (62 inci)
Economy Class2 beg dengan jumlah berat 30 kg (110 lbs)
Tidak melebihi 158 cm (62 inci)
Passenger with Infants
(Setiap kelas penerbangan)
Satu beg tidak melebihi 115 cm (45 inci) boleh di bawa sebagai Cabin Baggage

Satu kerusi sorong (push chair) atau stroller atau bakul bayi

Jumlah berat maksimum ialah 10kg (22 lbs),
*** Panduan di atas adalah untuk penerbangan selepas 28 May 2014
*** Bagi penumpang yang melaksanakan umrah/haji, terdapat 'special allowance' bagi 10kg/10 liter Air Zam Zam
*** Satu beg tak boleh lebih daripada 32 kg, nanti MAS suruh repack balik jadikan beberapa beg.
*** Kalau beg tu lebih daripada dua buah, walaupun masih tak cukup berat yang dapat FREE tu, pihak MAS akan kira sebagai Excess Baggage.

3) EXCESS BAGGAGE


Apa benda Excess Baggage tu?
Excess Baggage ni maksudnya beg kita lebih daripada jumlah FREE yang MAS dah bagi. Bermula 1 November 2017, ikut jadual di bawah.


EXCESS BAGGAGE CHARGES


Caj akan dikenakan ikut zon


Zone
  Country/ Destination
Rate/kg(USD)
1
  Malaysia (Peninsular, Sabah & Sarawak), Vietnam, Singapore, Indonesia (KNO)
8
2
  Cambodia, Thailand, Brunei, Myanmar, Philippines, Hong Kong, Taiwan, Indonesia (Jakarta, Denpasar, Surabaya)
13
3
China, India, Sri Lanka, Bangladesh & Nepal
24
4
 Republic of Korea, Japan & Australia
40
5
  New Zealand, Saudi Arabia, United Kingdom
55



Harga berikut pula kalau kita terbang dari satu zon ke satu zon yang lain. 
Semua ialah harga bagi setiap kilogram dalam nilai US Dollar



From/To
  Zone 1
Zone 2
Zone 3
Zone 4
Zone 5
Zone 1
8
13
24
40
55
Zone 2
13
26
37
53
68
Zone 3
24
37
48
64
79
Zone 4
40
53
64
80
95
Zone 5
55
68
79
95
110
 
 
Dalam erti kata lain, setiap kg lebih berat bagasi kita tu, MAS akan caj ikut jadual di atas, bolehlah buat pembayaran di Excess Baggage Counter. Kaunter ni selalu nya duk hujung sekali dekat check in counter lanes tu.

4) OVERSIZE BAGGAGE
Contoh OVERSIZED BAGGAGE ialah seperti:
1) Alatan muzik                    2) Alatan sukan             3) Alatan penggambaran (shooting)
Pihak MAS menasihatkan untuk hantar guna MASKargo kecuali kita dapat pack dia betul-betul kemas dan masih mengikut berat seperti dalam peraturan FREE baggage tu.


5) PREPAID BAGGAGE
Rupa-rupanya MAS pun ada kenalkan konsep Pre-Paid Baggage juga macam Air Asia buat. Ini bagi beg-beg yang terlebih daripada Free Baggage Allocation mereka. Lagipun harga yang dikenakan murah sikit daripada kita bayar kat atas tu. Walaupun begitu, dia guna US Dollar jugak. Haiiih...

Zone
Country
Rate (USD)

Prepaid Baggage Kg
Prepaid Baggage USD


1
Malaysia (all points), Vietnam, Singapore, Indonesia (KNO)
5
32

10
64

15
96

20
128

25
160

30
192

2
Cambodia, Thailand, Brunei, Myanmar, Philippines, Hong Kong, Taiwan, Indonesia (DPS, CGK, SUB), China
5
52

10
104

15
156

20
208

25
260

30
312

3
India, Sri Lanka,Bangladesh, Nepal
5
96

10
192

15
288

20
384

25
480

30
576

4
Republic of Korea, Japan, Australia
5
160

10
320

15
480

20
640

25
800

30
960

5
Saudi Arabia, New Zealand, United Kingdom
5
220

10
440

15
660

20
880

25
1,100

30
1,320





Air Asia pula macam mana?

Kalau untuk AirAsia pula, kalau nak tambah luggage sebelum 4 jam waktu flight, kita masih boleh dapat harga yang sama dengan online booking. 

Rujuk jadual ni untuk tahu harga bagi penerbangan Domestik; 
Checked Baggage (Pre-book)
Domestic (up to 15kg)RM 26.50
Domestic (up to 20kg)RM 31.80
Domestic (up to 25kg)RM 42.40
Domestic (up to 30kg)RM 63.60
Domestic (up to 40kg)RM 116.60
Checked Baggage (Airport counter)
Domestic (up to 15kg)RM 79.50

Excess Baggage : RM37.1 per kg
Gate Baggage     : RM106
***** Ini kalau kita tak ada beli Pre-Book Baggage and last minit baru nak check in. 
Ingat kalau sebelum 4 jam waktu flight berlepas, kita masih boleh beli berdasarkan harga pre-book. Kalau nak beli online, dalam masa 24 jam dah tak boleh beli dah guna credit card ke, debit card ke, kena pergi kaunter terus.

Tapi kalau last minute (kurang dari 4 jam waktu penerbangan), bawah 15kg, terus kira harga RM79.50. 

Untuk maklumat lebih lanjut, agar tidak serabut, boleh rujuk lagi kat website 

    

 
Harap-harap dapat membantu lah ye..

Enjoy your travel!



A traveler without observation is a bird without wings.  - Moslih Eddin Saadi

Comments

  1. Utk elakkan dari kena caj excess baggage, timbang dulu barang sebelum ke airport. Kalau pakai penimbang berat badan kat rumah tu, mungkin akan rosak mesin tu.

    Boleh beli alat penimbang mudah alih di Qoo10.my atau mana2 online marketplace. Search "luggage scale" dan sort ikut "Low to High" utk senarai ikut harga terendah ke tertinggi.

    ReplyDelete
  2. kalao bawa madu 30 botol
    boleh tidak ya.. ada 30 kg gk kira kira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurasiah Jamil,

      Nak ke negara mana tu? Ada sesetengah negara buat peraturan ketat untuk di bawa masuk. Untuk bawa masuk checked baggage, kena make sure packing botol-botol tu boleh tahan lasak dan tak mudah pecah.

      Delete
  3. saya akan flight ke kuching drpd kl dan ad lebih 10kg. agak2 brp ringgit saya kena bayar ye? dh try guna calculator tu ttpi x bbrp faham. harap sangat dapat bantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Afif Adeena,

      Mengikut pemahaman saya, total beg beratnya 40kg ke? Jadi

      1) Kena pastikan untuk jumlah tu hanyalah dua beg atau dua kotak atau satu beg dan satu kotak
      2) 30 kilo pertama akan diberi percuma oleh pihak MAS Airlines. Untuk baki 10kg tu, dia akan kira harganya ikut blok saya nyatakan. 3 kilo pertama RM72 dan seterusnya.

      Cara isi kalkulator tu, hanya isi total kilo nanti dia akan kira siap2 jumlah yang free dan beritahu berapa kena bayar jumlah lebihan. Harap dapat membantu... :)

      Delete
  4. salam. sy akan balik kl dari adelaide lgi 2 mggu. skrg duk packing2 tp barang2 telebih. let say sy check in 1 lugage and 1 kotak, and utk bawak naik cabin 1 backpack 7g and handbag, bleh ke sy sumbat berat2 dlm handbag sy? sbb dia akan timbang yg backpack tu je kan? or kalau let say xmuat nk sumbat dlm handbag, sy bawak je brang yg berat tu (coklat and jem) dlm beg plastik. dia akan cas or cmne?sbb dah xleh nk sumbat dlm check in lugage, dua2 beg n kotak tu dah full.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afiqah naik flight apa ye?

      Untuk Check In Baggage:
      Ada limit saiz kotak/beg tu. Berat pula, ikut berapa yg awak beli atau yg dapat free.

      Untuk Cabin Baggage,
      7 kg kan untuk beg. contoh awak pakai backpack yg seberat 7kg, nanti dia mungkin timbang kalau nampak berat sgt. tapi jgn pula sampai 3 beg. Backpack, Handbag dan ada pulak beg plastik. maximum 2 beg je. So penuhkan backpack lagi better.

      Delete
    2. Backpack tu dah 7kg. Bru ni beli handbaga beso skali.igt nk sumbat coklat and jam tu dlm handbag je. Tpi kalau diorg cek diorg akan suruh buang ke coklat n jem tu eh. Kalau dri malaysia aritu diorg x cek pon. Mmg mase dtg ke adelaide aritu bawak naik backpack 7kg, and hangbag full..hand bag tu sblm naik timbang 7kg gk. Tpi saiz dia x lah sebeso saiz handbag bru beli ni..hahahahaha

      Delete
    3. Hehe

      Depends la jugak ketegasan yg jaga gate tu nanti. Hopefully takde kena buang apa2

      Delete
  5. lgi 1 taw x kalau declare kotak tu as fragile dia akan cas x?or xyah declare? actually dlm kotak tu ade air fryer bru beli. so dia dah ade polisterin dh dlm tu.. agak2 kalau x declare diorg cmpk2 gk ke kotak tu? hoho.. agak2 rosak x air fryer tu kalau kne cmpk? hahahaahha..help me....:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau declare as fragile, takde charge. Dia akan tampal sticker fragile. Rasanya should be ok air fryer sebab kotak kek lapis sarawak pun survive. Better awak declare daripada tak declare.. :)

      Delete
  6. macam mana nak beli laggage eh? sy cari tak jumpa. :(

    ReplyDelete
  7. Salam FH,

    Saya bersama 4 lagi rakan akan ke Melbourne Sabtu ini menaiki pesawat AAX. Tiket kami dibeli berasingan dan 2 orang dari kami mempunyai checked baggage masing 20kg seorang. Adakah kami boleh berkongsi checked baggage yang ada? berapa buahkah beg yang dibenarkan oleh AAX? kerana pengalaman saya bersama pesawat KLM dan Royal Jordanian menghadkan jumlah beg yang didaftar masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,

      Takde masalah untuk share luggage. Ini petikan daripada Website Air Asia:

      Note: Checked baggage weight can only be shared with passengers in the same BOOKING NUMBER. Each single item has to weigh less than 32kg and is subject to occupational health and safety requirements.

      Harap dapat membantu :)

      Delete
  8. salam nk tanya , kalau sy ada 1 family 8 org , Mas pnye entitlement dpt free check in bag kan ? mksdnya kesemua 8 org dpt free (30kg economy) = total 240kg / ataupon total 30kg untk 8 org ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Mohd.

      Setiap orang 30kg. So total 240kg. Tapi kena ingat yang setiap nama tak boleh lebih dua beg dengan jumlah berat tu. So maksimum 16 beg sahaja.

      Delete
  9. Assalam..akak...kalau ke timur tengah...sy amik economy cls..30 kg kargo...hand carry 7kg...pastu sy nk bwk beg galas...kne timbang tak?...had berat dye brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Nik

      Kena check dengan airlines tu berapa limit dia.

      Delete
    2. Salam..saya nk tanya..klu nk tambah kilo bagasi berapa caj ye? Flight MAS..economy class..

      Delete
    3. Salam Encik Bahrom,

      Contoh kalau Flight encik ke Zon 1, setiap 3Kg ialah RM36. Jadi kalau 5 kilo, dia dah jadi RM72.

      Kalau kurang pasti, cuba beritahu detail Flight ke mana dan berapa kilo nak tambah tu. Saya cuba kirakan.

      Delete
  10. Assalam FH... Klu naik MAS, suami isteri, ade dpt 30kg per pax baggage kan.. MAS boleh ke combine kan jd total 60kg utk baggage tu..?? Sori la masih x faham..

    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya..naik flight MAS.. economy class dari KL ke Miri.. free 30 kg la kan... just nk tau, saya nk tambah kilo bagasi. Jadi berapa caj setiap 1kg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Ok boleh rujuk jadual di atas.

      Contoh dari KUL (Kuala Lumpur: Zon 1) ke MYY(Miri: Zon 2).

      Jadi setiap 3Kg ialah RM72 belum termasuk GST.

      Jadi kalau extra 1-3 Kg, tambah 72++
      Kalau extra 4-6 Kg, tambah RM144++

      Dan seterusnya.

      Delete
    2. Salam.

      Ok boleh rujuk jadual di atas.

      Contoh dari KUL (Kuala Lumpur: Zon 1) ke MYY(Miri: Zon 2).

      Jadi setiap 3Kg ialah RM72 belum termasuk GST.

      Jadi kalau extra 1-3 Kg, tambah 72++
      Kalau extra 4-6 Kg, tambah RM144++

      Dan seterusnya.

      Delete
  12. Hi..sa ada beg 15kg jadi perlu bayar caj lebih ya

    ReplyDelete
  13. Hello sis saya nak bertanyak KL to miri zone2 contoh sebelum hari saya berlepas dalam masa 2hari kalau saya nak beli lagi bagasi berapa kos dia ada kah sama dalam jadual di atas saya berlepas 7/2/2016 jadi saya nak beli 2sebelum berlepas.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis naik MAS ye, tak silap saya kena proceed ke kaunter Extra Luggage untuk bayar jumlah kg yang lebih masa check-in. Tak perlu beli sebelum.

      Delete
    2. Eh sorry. Silap baca nama. Hai Steve! ^__^

      Delete
  14. assalam. sy nak tnya kalau bwk kotak oversized panjang dia 132cm. lepas tak masuk kargo? sy naik mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amir,

      Ini maklumat yang saya baca dalam web MAS:

      Cabin Weight in Total/ Dimension (length+width+height)

      First Class
      2 pieces weighing 50 kg (110 lbs) / Not exceeding 158 cm (62 inch)

      Business Class
      2 pieces weighing 40 kg (88 lbs) / Not exceeding 158 cm (62 inch)

      Economy Class
      2 pieces weighing 30 kg (66 lbs) / Not exceeding 158 cm (62 inch)

      Jadi ikutkan lepas tu kalau panjang dia 132cm. Untuk maklumat lanjut boleh pergi kaunter MAS ye. Harap dapat membantu.

      Delete
  15. Aslmkm kak...utk tiket warrant government pakai Air Asia..sorg dpt free brapa kg eyh?

    ReplyDelete
  16. Salam.nak tanya sekarang rule nya mcm ney owh?ada update terbaru?still 2 bags for 30kg?kalau lebih beg and nak add-on bags mcm mana? Mohon info. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,

      Rules masih sama. Hanya 2 beg dibenarkan. 2 barang yang dibalut bersama tidak akan dikira sebagai 1 piece.

      Setahu saya MAS tidak ada pilihan untuk add-on bag macam Air Asia. Setiap excess berat akan dikira ikut blok setiap 3 kilo tu.

      Delete
  17. assalammulaikum cik...just nk tanya kalau nak bawa tv flat screen dr kl ke kk..menaiki MAS or Airasia..mcm mana yer. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      TV tu bahan fragile, jadi paling penting kena bubble wrap dia dan declare as FRAGILE masa drop di kaunter.

      Untuk Penerbangan MAS, Boleh daftar kan sebagai Checked Baggage ataupun kalau saiz dia berlebihan,sebagai Oversize Baggage. Kalau tak menepati syarat MAS, mungkin kena daftar sebagai MasKargo dengan harga lain.

      Untuk Penerbangan Air Asia, kena masuk sebagai checked Baggage.

      Tapi saya sendiri masih ragu-ragu kadar keselamatan dia walaupun pernah orang bawa pinggan mangkuk vintage/arcopal dari Langkawi, bubble wrap dan tak pecah.

      Delete
  18. Salam, nak tnya klau saya nk ke egypt naik mas.
    Limit luggage 30kg, tapi klau lebih kna byar brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Ada calculation di website MAS. Paling elok call orang MAS sebab ada syarat lain kalau penerbangan antarabangsa.

      Delete
  19. salam sis nak tanya,

    saya nak ke indonesia minggu ni guna airasia,untuk ke sana hanya guna cabin buggage..so,saya nak tanya untk cabin buggage tu dia akn strictly check the size or bole lepas kalo lebih 1-2 inci..

    dan soalan lain,selain luggage boleh ke bawa beg bimbit (mcm karipap)as cabin buggage and kalo boleh berapa ukurannya ya?

    tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di airport, macam saya tunjuk di atas, ada bekas untuk isi samada saiz beg kita besar sangat or tidak. Selalunya depa check secara rambang sahaja. Kalau nampak besar sangat baru suruh ukur guna tu. Beg-beg lain, bergantung juga. kalau sampai 4 beg kecil, pun tak boleh juga. maksimum juga.

      Delete
  20. Tumpang tnya. Beg saya ukuran 55x40x23cm. Utk airasia, ukuran dibenarkan 55x36x23cm. Utk malindo dibenarkan 55x35x25cm. Selalunya dpt lepas masuk dlm cabin tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya, dia lepaskan kalau beza beberapa cm tu. Melainkan dia terlalu besar.

      Delete
  21. Salam sis,sy nak tanya..saya naik MAS dari London Heathrow ke KUL.. 2 baggage dan satu backpack 7kg, Jika terlebih berat dalam 40kg berapa perlu saya bayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Ikutkan, yg saya faham, setiap lebihan berat akan dikenakan charge USD55 sekilo.

      Excess baggage ni maksudnya: kan kita beli tiket tu dah sekali berat beg yg dia allocate. Tapi lebihan daripada tu baru dia charge harga USD55 ni.

      Elok check consult dengan airport counter dahulu macam mana. Saya pun tak berapa pasti situasi cik ni.

      Delete
  22. Hai,tumpang tanya,kalau nak bawa tv lcd 32 inci pergi balik ke sarawak apa yang kita perlu buat & syarat2?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. The maximum size allowed for television (TV) must be less than 62in (158 cm) and weigh less than 32 kg (70 lbs.)

      Tapi dia akan kira sebagai baggage kita juga tau... Jadi contohnya kalau kita ada 20kg, kemudian tv tu 15 kilo, beg kita tinggal 5 kilo je...

      Delete
  23. Salam nak tanya .. MAS ada x kita boleh beli tmbh luggage 5/10/15 kg mcm AIR ASIA tu . N harga bgi setiap kilo tu berape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.

      Ada tapi sangat MAHAL. Dia guna US Dollar... Boleh refer yang ini....

      https://mhcare.malaysiaairlines.com/faq/s/article/Prepaid-Baggage-How-does-the-Prepaid-Baggage-fee-structure-looks-like?language=en_US

      Delete
  24. salam
    sis..please bagi pandangan saya betul2 pening tak tahu courier apa yang patut pilih.saya dari Melbourne ke KUL..masalah saya sekarang macam mana nak bana balık personal belongings yang berat dia hampir 150kg-200kg..saya rasa kalau pilih air mahal sangat2..rasa nak pilih melalui ship/cargo tapi saya tak tahu macam mana.apa prosedür dia.saya tak kesah sekiranya ia mengambil masa selama sebulan nutuk sampai ke destinasi saya Malaysia + saya nak door to door mean dari cargo nanti diorang juga menguruskan parcels saya sampán ke rumah..sis saya tak tahu la macam mana nak hanta baran balik Malaysia dari australia dalam jumlah yang banyak/berat hampir 200kg.. :'(help

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Nor

      Kalau lebih daripada 100kg tu, memang better guna ship. Saya ada jumpa link ni. Mana tahu dapat bantu sis ke..

      http://www.sevenseasworldwide.com/en-au/students/shipping/australia-to-malaysia

      Semoga dipermudahkan urusan ya!

      Delete
  25. As salam...sy akan naik MAS dan bawa bbrp kotak barang..ada had x brapa kotak boleh bawa kalau naik MAS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Ermizz

      Sefaham saya, dihadkan kepada 2 kotak/beg

      Delete
  26. nak tanya nii.. klau bawa patung besar. . masuk kan dalm kotak rasanya boleh. ke masuk dalam cargo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya asalkan saiz beg tu tak melebihi yg dibenarkan. Hehe.

      Delete
  27. kalau bwa kotak besar dalam tu ada patung besar bolh tak. . masuk dalan cargo.. agak agak lepas tak?

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum. macam mana ya nak check in bag flight MAS. sbb dari johor ke kul then kul ke aor.
    beg yang nk drop tu..kena print tag tu pada kaunter MAS ke atau bole print di self check in tu ke mcmna?

    ReplyDelete
  29. Salam
    Kalau sy nak tambah 40kg,macam mame ye?belum check in lagi..esok pukul 5petang flight
    Mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.

      Maaf.. sbb terlewat.. Asalkan 4 jam sebelum departure boleh dapat harga yg pre-book. Cuma bila masa check in baru nak tambah beg baru harga ikut pricing excess baggage.

      Delete
  30. Hello, sa ni first time naik kapal.. Baru baru ni, sa ad tmpah 20kg utk bagasi... Sa nak tanya sbp sa ad 2 bag bagasi, cara nak tahu berat bagasi ni macam mana ya, total 2 bag bagasi ni dikira tidak melebihi 20 kg, atu setiap bag bagasi ni di kira 20kg? Mohon diberi info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Maaf saya terlewat reply. Kalau naik MAS memang tak boleh lebih 2 bagasi walaupun belum lebih daripada berat 20kg.

      Delete
    2. As salam kalau untuk barangan suka mcm brg badmiton blh bawak naik mcm biasa ke ... Mcm bwk by hand

      Delete
  31. macamana saya nak beli bagasi. saya naik MAS. puas cari dalam manage booking tu..tapi takde pulak untuk tambah bagasi..please help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lewat. Saya tak pasti sebab dah lama tak naik MAS

      Delete
  32. Saya nak tanyak saya naik air Asia cabin ada 7kg dia bagasi saya ambl 30kg dan saya ada 2 bag 1koper dan 1 bag tanagan . 1koper 20kg 1bag tangan 10 boleh x dan x kena biaya lagi kan

    ReplyDelete
  33. hello nk tanya kalau time beli tiket haritu xtermasuk bagasi but nanti sy ada bawa 2 bagasi mcm mana eh ? brp kena bayar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapat harga online sama dgn harga masa beli tiket. Selagi belum check in dan dalam masa 4 jam sebelum berlepas

      Delete
    2. Hello, nak tnya. Kalau kotak perlu jugak ke ambik baggage tag?

      Delete
    3. Masuk check-in beg perlu. Masuk cabin x perlu

      Delete
  34. Sye nak tanya sis kalau kita nak bawak haiwan perliharaan seperti ayam di dalam pesawat MAS boleh tak? Kalau boleh bagaimanakah caranya?. Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole. Pakai mas kargo. X bole melalui checkin bag

      Delete
  35. Salam.. Maaf bertanya, untuk pengesahan.. Utk pendaftaran bagasi ke dlaam isi perut kapal..

    Dikira jumlah berat atau jumlah beg dan kotak.

    Cth la berat xsampai pun 40kg.. Tapi ada 6 kotak.. Masih boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi flight MAS ada 2 konsep.

      1. Konsep unit - tidak boleh melebihi 32kg (70 lb), untuk Suite Perniagaan/Kelas Perniagaan dan 23 kg (50 lb) untuk Kelas Ekonomi.
      2. konsep berat - setiap bagasi yang didaftarkan tidak boleh melebihi 32kg (70 lb), untuk Suite Perniagaan/Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi.
      * Tiada had untuk jumlah Bagasi yang didaftar masuk untuk konsep berat.

      Bagi flight Air Asia - ikut buku rules mereka.. limit 2 pcs baggage utk 1 org.

      *Experience i naik air asia so far depends dgn org yg jaga kaunter check-in tu. Klu mood dia baik or passenger x ramai..dia bagi lepas lepas jer brpa pn bilangan beg korang.

      Delete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy