Hilang Slip IMM.114 (Pas Lawatan Sosial)

Salam readers!

Bagaimana kah Ramadhan anda?

Baru-baru ni seperti yang FH pernah cerita atau bagi hint, FH telah 'out station' di Kuching selama 7 minggu. Pengalaman berada di Kuching (KCH) memang sangat seronok sebab FH sempat jalan-jalan sekitar bandar KCH sampai la FH hafal jalan kat sana.

Ahaks..

Cuma bila hari last FH kat sana, ada la 'nightmare' sikit. Tak pasal-pasal bila dah last day baru la nak cari pasal kan..

FH hilang Pas Lawatan Sosial (IMM.114). Entah kat mana pergi nya. Sumpah tak jumpa.

Perkara ni FH sedar 2 hari sebelum balik KL. Memang gelabah sangat. Geledah semua beg dan resit. FH jenis yang akan simpan resit sekurang-kurangnya 2 bulan. Tapi dalam semua resit tu, slip tu tak menunjukkan diri langsung.

Sumpah gelabah.

FH sebenarnya pernah tanya masa hari pertama sampai KCH, apa jadi kalau FH hilangkan resit tu, Pegawai Imigresen tu dengan muka serius cakap:

"KENA BUAT REPORT POLIS"

Ok... [Gigit bibir]

Masa tu niat tanya separuh serius je la. Tak sangka memang betul-betul jadi kat FH. Aiyarkk.. Clumsy me..

Jadi apa yang saya lakukan??

Disebabkan hanya tinggal 1 hari je lagi di KCH, FH tak terus pergi buat report polis dulu. FH cuba tanya Pegawai Imigresen bertugas kalau sebenarnya ada cara yang lagi mudah.

Flight FH balik KUL masa tu pukul 1435 , jadi pagi tu pukul 1000, FH minta izin polis di boarding gate untuk jumpa dengan Pegawai Imigresen.

Butir-butir perbualan lebih kurang macam ni lah..

FH             :    Encik, slip saya hilang. Jadi apa yang saya kena buat?
Pegawai   :    [Muka dah berubah dah masa ni. Macam gaya nak marah pun ada]
                        Macam mana boleh hilang?
FH             :    Mungkin saya terbuang slip tu.
Pegawai   :    Buang? Alasan tu saya tak boleh terima!
FH             :    Maaf encik. Sebenarnya saya tak ada alasan sebab saya memang tak tahu kat                           mana saya letak benda tu. Puas saya cari.
Pegawai   :    Macam mana boleh hilang?? Awak tahu kan benda macam ni tak boleh berlaku.
                       [Geleng kepala]
FH             :   [Kawal perasaan dan nada suara]
                       [Buat muka paling innocent]
                       Saya cuma nak selesaikan benda ni je encik. Apa saya kena buat sekarang ni?
Pegawai   :   Awak ni kerja atau belajar? Esok kerja atau ada kelas?
FH             :   Saya kerja, datang sini attachment 2 bulan. Esok kerja di Selangor
Pegawai   :   [Pandang FH]
                       (Adakah strategi muka innocent ini berjaya???)
                        .......................................
                        .......................................

                        Saya lepas kan kamu. Petang ni masa kamu kat kaunter imigresen, cari saya.
FH             :    [Riang gembira suka hati]
                        Baik encik! Terima kasih banyak encik! Petang saya datang balik.

Leganya FH bukan kepalang. Satu masalah dah selesai. Syukur tak perlu buat police report sebab mesti leceh nak kena cari police station dan kena cerita segala benda dengan detail.

Disebabkan perkara itu, FH baru la nak cari pebenda kejadah Slip IMM.114 nih????

"Citizens travelling directly from Peninsular Malaysia may produce a Malaysian identity card, or birth certificate for children below 12 years, obtain a special immigration printout form (Document In Lieu of Internal Travel Document, IMM.114) at immigration counters for social/business visits up to 3 months, and keep the form until departure."

Di atas slip tu ada tertulis:


WELCOME TO SARAWAK
(TARIKH TIBA)
Permitted to enter and remain in SARAWAK for
NINETY DAYS (90 days) from date shown above.


Nama dan IC no.

Lagi keterangan pasal Slip ni..


CARD IMM. 114
(Card In Lieu of Local Travel Document). If a Malaysian from West Malaysia intends to travel to Sabah/Sarawak, the easy way is to use card IMM. 144. This card is the alternative document for the Malaysian passport and Restricted Travel Document. This card is to be used for the purpose of Social/Business visit only. It is deemed to be a visit pass, which enables the holder to enter and stay in Sabah/Sarawak for a period not exceeding three months. This card is only valid for a single journey trip and can be obtained from the departure counters at any airport in West Malaysia on presentation of the Malaysian Blue Identity card/Birth Certificate (if under 12 years of age).


Dulu masa FH datang PLKN kat Miri, kami diminta isi borang IMM.116. Tujuan dia sama je dengan IMM.114 cuma nya dia ada 3 salinan. Slip IMM.114 rupanya lebih kurang macam resit yang printed. Jadi untuk orang yang 'clumsy' macam FH ni memang ada 'tendency' untuk misplaced slip tu kat mana-mana. 

Ahaks..

Berdasarkan peraturan, memang kena buat police report untuk melaporkan kehilangan slip tu. Atas budi bicara sesetengah pegawai, mereka akan beri kelonggaran yang FH pun tak pasti ikut kriteria apa.

Macam mana sekalipun, pegawai tu tak sewenang-wenangnya lepaskan FH. Sebenarnya kena dengar syarahan 2 minit baru dia lepaskan FH. Jadi FH 'learnt the hard way' untuk kejadian ini.

Lepas ni jangan ambil mudah dokumen perjalanan lagi.

("___")'


p/s: Lepas ni FH cerita pasal kisah excess luggage MAS Airlines pulak... 


Kawan FH yang banyak tolong FH kat Kuching. Nama dia Fizah. 
Sebenarnya tak tau kenapa nak guna simbol good ni untuk replace simbol 'peace'. 
Nampak awkward sikit kan?
But I do feel good during my time in Kuching especially having Fizah as my roommate and colleague. 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines