Kena pukau dengan GPS

Salam readers!

FH pasti, kebanyakan kita yang memandu mesti pernah guna GPS kan?

GPS yang Global Positioning System tu.



Asalnya GPS ni projek ketenteraan untuk menambah kecekapan mengesan kedudukan askar dan lokasi kenderaan tentera, tapi selepas beberapa penambahbaikan, civilian macam kita pun boleh guna kemudahan yang ada ni.

Fungsi yang paling signifikan mestilah, navigasi dan sebagai panduan perjalanan.

Yang sepatutnya tolong orang untuk cari jalan pergi kenduri dan jalan-jalan tu.



Normally bila kita guna GPS (Bagi yang tak guna GPS tu, FH tabik spring kat dia), sebaik saja kita set destinasi, kita akan letakkan 99% kepercayaan kepada alat tu untuk beri direction kat kita nak belok, u-turn, pusing ikut jalan yang dia dah calculate.

Perasan tak, once kita dah start tu, apa jadi kat kita??

KITA MACAM KENA PUKAU (HYPNOTIZED)

Kita hanya ikut jer mana GPS suh kita pergi, sampai la jumpa destinasi.

Tapi bukan sekali dua, malahan banyak kes, bila GPS cakap the magic word

YOU HAVE REACHED YOUR DESTINATION


Ramai yang baru sedar tempat tu bukan lah yang mereka inginkan.



Ada yang sampai kat kubur baru sedar tu bukan rumah orang la.. Sampai termasuk tasik la.. Tanah kosong.. Dan tersasar jauh sangat dari lokasi yang sepatutnya.



hyp·no·sis  (hp-nss)
n. pl. hyp·no·ses (-sz)
1. An artificially induced altered state of consciousness, characterized by heightened suggestibility and receptivity to direction.
2. Hypnotism.
3. A sleeplike condition.

Kita seolah-olah bertindak luar sedar sepanjang tempoh tu. Padahal kita tengah bawa kereta bukan nya terbaring di atas sofa dan mendengar bisikan atau tengok loket yang bergantung ke kiri dan ke kanan.

Suara GPS tu macam suara bisikan Pakar Psikologi yang membawa kita melalui pengembaraan penerokaan alam minda kita. Dalam kes GPS ni, pengembaraan ke destinasi lah.



Ok. Pening.

Bagi FH, penggunaan GPS ni memang sangat bermanfaat dan entri ini tidak bermakna FH mengutuk orang yang guna GPS. Jangan salah anggap ye.

Ini cuma interpretasi FH mengenai situasi bila pengguna GPS bergantung sepenuhnya kepada GPS dalam mencari destinasi. Bagi FH, jika kita ni seorang pemandu, ada baiknya jika kita menambah skill memahami peta dan jalanraya di mana-mana pun kita berada.

Sekarang ni pun banyak Apps yang jadi GPS kita masa memandu. Tapi akal dan pengetahuan manusia dapat mengalahkan 1000 apps yang ada.

Jangan sampai perkara yang sepatutnya membantu dan memudahkan, tambah menyusahkan. 

*Peace*

Wallahua'lam



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines