10 FAQ (Frequently Asked Question) tentang Pembedahan Laparoscopy
Salam Readers,
Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan kepada entri berkaitan Laparoscopy. Selama 3 tahun lebih sejak FH menulis tentang pengalaman FH pada tahun 2013, memang ada banyak soalan yang ditanya oleh readers. Jadi FH kumpulkan di sini beserta jawapan ya.
[Disclaimer: FH menulis atas kapasiti sebagai orang yang pernah menjalani pembedahan. Segala penyataan di sini telah dirujuk kepada sumber yang sah dan jika ada sebarang maklumat yang bercanggah, mohon dimaklumkan dan sebarang komen adalah digalakkan.]
1. Sakit Tak?
Oh ini paling ramai tanya. FH rasa sebab kebanyakan kita tak pernah bersalin ataupun ini pembedahan kali pertama ataupun tak pernah masuk hospital dan menjalani sebarang rawatan selama ni.
Jawapan FH: Ya dan Tidak.
Harus diketahui, kita akan diberi General Anaesthetia (Bius secara penuh satu badan) sepanjang tempoh pembedahan. Jadi, memang takkan sedar langsung dan tak sakit langsung. Sedar2 je kat perut ada beberapa jahitan di tempat tebukan. Kita tidak akan sakit semasa pembedahan. Tapi, ya kita akan sakit juga selepas itu:
i. Sakit di bekas jahitan.
Rasa pilu-pilu gitu bila dia gesel dengan kulit. Tapi lepas tu dia jadi gatal sebab proses penyembuhan luka sedang berlaku. JANGAN GARU. Kena self control.
ii. Sakit semasa period yang pertama.
Ada yang beri feedback ni pada FH. Tapi kalau anda memang biasa ada period pain, itu memang kes anda sendiri. Tidak semestinya period pertama selepas surgeri akan sakit yang teramat.
iii. Sakit pinggang.
Lenguh nak mati. Berlarutan selama beberapa minggu. Jadi pilihan yang terbaik, jumpa lah physiotherapy.
iv. Sakit badan.
Berangin satu badan. Rasa sengal-sengal je.
2. Sedar ke tidak?
Tidak sedar sebab dia bius penuh seluruh badan.
3. Buat pembedahan di mana?
Popular juga soalan ini. FH sendiri macam dalam artikel sebelum ini, dah maklumkan buat di Pusat Pengajian Klinikal UiTM Kampus Sungai Buloh. Bagi yang sukar hendak ke sana. boleh cuba beberapa pilihan yang ada:
Hospital Kerajaan (Mana-mana hospital besar yang ada Pakar O&G. Selalunya hospital negeri)
Hospital Universiti (PPUM, PPUKM)
Hospital Swasta (Yang ada Pakar O&G)
Pasti kan anda mempunyai surat rujukan daripada mana-mana doktor yang membuat saringan. Kalau hendak ke hospital kerajaan/universiti, kena dapatkan surat rujukan klinik kerajaan juga.
Ini juga berkaitan dengan soalan seterusnya.
4. Berapa kos rawatan?
Kos rawatan ni julat dia besar. Caj yang dikenakan termasuk surgeri, bilik dan ubat-ubatan boleh jadi semurah RM1200 sehingga berbelas ribu.
Of course, hospital kerajaan/universiti lebih murah. Lebih-lebih lagi jika ada GL. Kalau insurance anda dapat menanggung bil di hospital swasta, ia lebih selesa.
5. Macam mana boleh tahu ada cyst?
Cyst ni, bukan setakat tekan-tekan kat perut terus tahu benda tu wujud di kawasan rahim kita. Melainkan saiz dia betul-betul besar. Untuk tahu dia ada ke tidak, kena buat scan yang macam orang mengandung tengok baby tu.
Gambar dari Google |
Bila scan, doktor boleh anggarkan saiz dia. Menerusi anggaran saiz ni, doktor akan decide perlu buat pembedahan atau tidak. Kalau saiz dia besar dari 5cm, baru dipertimbangkan untuk pembedahan. Kedudukan dia pun tak dapat dipastikan menerusi scan ni, bila doktor buat laparoscopy dan masukkan camera, baru tahu posisi sebenar dia di mana.
6. Cuti berapa lama?
FH dulu dapat MC dua minggu.. 14 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Ini standard bagi pembedahan laparoscopy. Bagi laparotomy (open surgery), 30 hari.
7. Pemeriksaan susulan (Follow-up)
Contoh jahitan di perut. Gambar dari Google. |
Selepas MC habis, doktor sepatutnya akan buat pemeriksaan susulan untuk periksa tempat jahitan kita tu.
JANGAN DEFAULT APPOINTMENT.
Apa yang berlaku, ada di antara anda yang tak pergi jumpa doktor tu semula sebab alasan hospital tu jauh la dan sebagainya. Sebagai alternatif, cari klinik yang terdekat dengan anda dan ceritakan situasi anda kepada doktor tersebut. Untuk sekadar periksa luka, dia patut boleh buat.
8. Saya takut.
Okey ini bukan soalan tapi lebih kepada luahan perasaan. Malam-malam sambil anda scroll google dan terjumpa blog FH, ada yang whatsapp dan cakap dia takut. Omaigod FH pun rasa takut juga dulu. Fikir bukan-bukan. Alhamdulillah ada adik teman dan doktor yang bertugas malam tu hensem. (Hahahahaha). Jadi ketakutan tu hilang sikit.
Anything, jalan terbaik mengatasi ketakutan dan kerisauan ialah banyakkan berselawat. Ingat yang kita sedang merawat tubuh badan amanah Allah ini supaya dapat hilangkan penyakit.
9. Saya malu
Ini luahan yang banyak juga. Nanti masa operation tu doktor lelaki lah. Nurse lelaki lah. Hurm, susah juga nak beri respon kalau malu. Sekali lagi, berbalik kepada niat kita. Masa FH dulu, dua-dua pakar O&G memang lah perempuan, tapi pakar bius nya dua-dua lelaki. Yang angkat stretcher pun lelaki. Nak buat macam mana kan, situasi macam ni berlaku. Sekarang ada pilihan, nak sembuhkan penyakit ke tidak. Kalau anda lagi sanggup ada cyst dalam badan berbanding hilangkan dia, disebabkan malu, itu terpulang kepada anda.
10. Apa boleh makan? Apa kena pantang?
Soalan ini saya jawab dalam satu entri khas yang bertajuk:
Harap maklumat ini bermanfaat kepada anda semua. Semoga cepat sembuh!
Wallahua'lam.
Salam... Sy br jer diagnose ovarian cyst n to operate ujung thn nie InsyaAllah sbb jadual doc penuh katanya 😁. Cuma sy sedikit confuse berkenaan soya... Bila baca2 ada yg kata ia antara penyebab estrogen tinggi n naik cyst... Sama juga dgn ayam. Tp dlm entry FH ada mention soya ialah protien dan ia bantu utk proses penyembuhan selepas penyembuhan operation. So sebenarnya ada ke makanan2 yg x blh diambil utk elak cyst kembali. Tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam.
DeleteSaya cuba cari tapi tak ada jawapan yg konklusif. Asalkan makan makanan berkhasiat Insya Allah terhindar dari penyakit lain juga