Imbas sejenak: Resume 2010 VS Resume 2017

Salam Readers!

Baru-baru ini FH diminta menghantar resume kepada tempat FH berkhidmat sekarang (Hospital Sultan Ismail), jadi FH mengambil kesempatan ini untuk buat resume yang baru. Bila FH tengok semula, ya ampun rasa nak gelak pun ada dengan resume yang mula2 sekali FH sebarkan sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir pada tahun 2010 (Masa ni transkrip dah keluar tapi belum konvo).

RESUME 2010

Halaman 1

 

Halaman Dua

Halaman Tiga

Komen terhadap diri sendiri pada 2010, resume terlalu panjang, banyak perkataan dan skema. Nampak tak menarik dan tak membuatkan orang rasa nak baca. 

Sekarang cuba kita bandingkan dengan resume terbaru di bawah pula. FH dah buat secara minimalis menggunakan aplikasi Piktochart. Bagi FH memang sangat mudah dan terdapat ribuan ikon untuk diletakkan dalam resume kita bagi nampak lebih menarik dan eye-catch. Tapi FH masih mengekalkan hanya dua warna sahaja, hitam sebagai tulisan dan terdapat warna kuning. Jadi ia tidak nampak terlalu fancy.  

FH juga hanya masukkan info yang relevan sahaja yang lebih spesifik kepada kerjaya FH sekarang selaku Pegawai Dietetik dan Klinikal Instructor.



 RESUME 2017
Perbezaan terbesar antara dua resume ini ialah, gaya tudung FH. LOL. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines