Bermalam di Tanjung Piai Resort, Pontian
Salam Readers!
Bagaimana hujung minggu anda? Kali ini FH nak cerita tentang percutian FH di Pontian. Well, basically Tanjung Piai which is the Southern most part of mainland Asia.
Setelah kami tetapkan yang kami mahu ke Tanjung Piai, FH mula lah mencari penginapan yang sesuai untuk kami bertiga. Asalnya ber-empat tapi Kak Aishah tak dapat ikut pula sebab ada hal. Dalam Booking.com, ada la beberapa hotel dan motel di sekitar kawasan Pontian dengan harga yang menarik dan murah. Tapi FH macam tak berapa yakin je macam rasa sesuatu yang kurang je. Jadi bila FH terdengar daripada kawan FH yang lain, ada resort atas air di Tanjung Piai, FH apa lagi, cepat-cepat lah google. Cuma, agak kecewa sebab tak banyak gambar di Google dan juga di Facebook mereka.
Konsep resortnya menarik. Dia sangat dekat dengan Tanjung Piai National Park, dan suasana tenang je. Lebih kurang 300m dari Tanjung Piai National Park.
Ketibaan kami pada 1.45 pm |
Kami tiba awal sedikit pada hari Jumaat tu, dengan harapan boleh lah check in awal. Sekalinya staf yang bertugas untuk urusan receptionist tu pergi solat jumaat pula. Jadi pukul 2.15 pm baru kami dapat masuk bilik.
Bilik Kami. Standard Room. RM250 untuk satu malam bersama Breakfast |
Ada 1 katil Queen dan 1 katil Single jadi ruangnya memang besar dan selesa. |
Setelah lepak beberapa jam, lepas Asar kami pun keluar semula hendak ke Tanjung Piai National Park. Rupa-rupanya dia benarkan masuk paling lambat pada puku 4.30 je. Like seriously, terpaksa lah buat muka kesian jadi dia bagi masuk pada pukul 5.50pm tu dengan syarat jangan lengah-lengah berjalan.
Berjalan di celah paya bakau. |
Sempatlah juga tangkap beberapa keping gambar. Kami tak pergi ke spot paling hujung yang ada glob tu, sebab kawan FH takut dengan monyet. Jadi kami ke platform satu lagi. Ada FH upload video kat instagram.
Bila dah puas bergambar, mula lah lapar kan. Singgah ke pekan Kukup kejap cari berus gigi sebab resort tak sediakan berus gigi. Yang ada, sabun mandi je. Lepas tu kami ternampak satu kedai tepi jalan ni yang nampak menarik. Apa lagi, singgah lah untuk dinner. Perut masing-masing dah bising kan...
Di Jalan Besar Serkat, menuju ke Tanjung Piai kalau kita dari Kukup, dia di sebelah kanan |
Cari #fhmakanapa di Instagram untuk lebih banyak gambar makanan |
Makan punya lah banyak, bila balik ke resort, inilah pemandangan kami. Quite nice the view is. Agak relaks dan angin laut yang segar. Suprisingly bau laut dan bau masin dia tak berapa kuat.
Kami pun tidur dengan nyenyak nya pada malam itu. Esok hendak ke Simpang Renggam pula untuk kenduri kahwin. Tapi sebelum tu, masa breakfast agak menarik juga. Boleh pilih nak roti bakar, atau nasi goreng. Tapi FH pilih, nak roti bakar dan telur separuh masak. Pilihan airnya pula teh O ataupun Kopi O yang dua-dua rasanya sedap.
Morning walk di sekitar resort selepas breakfast |
Secara keseluruhannya berpuas hati la dengan resort ni. Kami boleh tidur dengan nyenyak malam itu tanpa gangguan. Pagi tu air takde sekejap rupanya sebab pekerja lupa buka pam. FH tengok, ada juga disediakan banyak ruang untuk barbeque kalau anda datang dengan keluarga ataupun syarikat. Harga dia berbeza hujung minggu dan hari biasa. Kalau hari biasa, bilik FH tu harganya RM174 je.
Bilik air dia pun ok, tak kotor dan jubin masih baru. Sebenarnya, di kafe resort, ada pilihan kalau kita nak makan seafood. Tapi kami sengaja nak makan di tempat lain.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi di:
Facebook : Tanjung Piai Resort (Official)
Telefon : 07-696 0011
Platform di hujung resort. |
Tanjung piai pemandangan dia memang cantik dan menarik, bangga jadi Anak Jati Pontian Johor
ReplyDeleteAlright.😁
DeletePenghuni tetap Tg Piai setiap bulan 12
ReplyDeleteKena pergi ni!
ReplyDeleteNice place. Pernah duduk sini pada tahun 1998. sekarang dah besar. Teringin kesana lagi dengan anak anak. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, resort ni dulu kecil je sekarang dah lagi cantik. Saya pernah duduk resort ni sekitar tahun 1998. dah agak lama. Kini semua anak dah besar, saya ingat nak bawa mereka ke sana pula
ReplyDeleteSelamat bercuti ke sana tuan... =)
Delete