Myth: Book & The Cover

COPIED FROM A FOWARDED EMAIL..

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap
mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering
mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta
mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat
dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat
benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam
Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah
dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta
kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang
sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan
Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game'
semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak
disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam
kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss,
tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah
SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar
perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca
Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk
kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang
bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan
seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh
dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya
sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda
kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak
Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca
luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya
bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu
apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is
reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ
بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو
ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا
يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes
pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap
berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan
apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman
itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam
berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi
sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk
Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat
hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes
penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan
Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki
yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang
beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi
juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa
banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia
berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر
من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan
dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." (
Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan
auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa.
Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang
memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa
mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih
sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat
diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar,
Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih
seolah meraguinya. ?

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines