C.H.E.N.T.A
Saya tak pernah ber CINTA. Sejujurnya.. Dalam hidup saya selama 22 tahun ini tak pernah wujud sebarang rasa CINTA kepada mana-mana lelaki. Jadi sebenarnya saya ni buta CINTA. Tapi tunggu dulu. Tak semestinya bila kita tak pernah ber CINTA, maksud nya kita buta. Mungkin kita tak merasai CINTA daripada seseorang berlainan jantina tapi kita selalu ‘ber CINTA’ dengan ALLAH.. Rasulullah saw.. Mak Ayah kita.. Adik kakak kita.. Kawan-kawan kita. Tapi cukup ke dengan semua CINTA 2 tu?
Perkataan CINTA ni terletak di atas dua tembok. Di sebelah satu tembok, saya selalu hairan dengan orang yang ber CINTA. Terutama dengan orang yang ber CINTA sebelum berkahwin. Kenapa mereka begitu mabuk dalam CINTA sampai lupa kan dunia yang nyata? Dan di sebelah tembok yang satu lagi adalah orang yang single dan berpura-pura mengatakan mereka tidak lonely. Mereka selalu mengutuk orang yang ber CINTA..
Kalau dapat tengok dalam ruang discussion Single Club saya kat friendster, anda memang dapat lihat betapa manusia mengutuk suasana semasa ber CINTA. Saya sangat pelik. CINTA itu bagi saya sepatutnya indah. Kenapa penuh dengan tangisan dan kebencian? Sebab itulah saya kurang percayakan CINTA. Sebab tak ada satu pun rakan-rakan saya yang bahagia. Saya boleh jamin.. Dalam 100 % masa mereka berCINTA.. Lebih 70% daripadanya adalah masa pergaduhan dan berselisih faham. Itu bukan CINTA. Totally NOT.
Jadi macam mana saya nak percayakan CINTA ni? Tak ada orang dapat yakin kan saya yang ber CINTA itu indah. Tapi kalau dah kahwin maybe indah kot. I don’t know.. Tapi kenapa orang boleh bercerai pulak? Lagi lah saya confuse.. Saya amat berdoa agar ALLAH akan temukan CINTA yang indah untuk saya.. Kalau tak di bumi.. Di Akhirat Insya-ALLAH..
a'ah..pe isu hangat kat single club kite tu..lm x singgah..
ReplyDelete