Harta Karun Lezato [Part 1]

“Aduh..!” Kasutnya tersadung sesuatu. Hujung bajunya yang labuh telah menutup pandangannya. Akar pokok rupanya. “ Beliza.. Tunggu daku..! Daku terlanggar akar pokok ni..” Jeritnya kepada Beliza yang telah jauh dihadapan.
Beliza menoleh. “ Lekaslah! Kita dah lambat ni. Bila-bila masa saja perayaan akan bermula. Kita tak boleh lewat!” Beliza menyambung langkah derasnya.
Isk! Beliza ini! Selalu macam tu. Bila nak cepat semua pun ditinggalkan. Mata Rossa terarah kepada sesuatu yang bersinar-sinar yang bergerak. Sekumpulan manusia sedang menuju ke arah yang berlawanan dengan pusat kota . Siapa pula yang tak mahu turut serta dalam perayaan ini? Sungguh merugikan!
Dia memandang semula kepada Beliza. “Beliza tunggu…” Rosa menyambung langkahnya. Harus laju. Demi menyaingi langkah Beliza. Melihatkan dia sudah seiringan. Beliza tertawa.
“Lihat.. dikau juga gopoh seperti daku. Siang tadi dikau memerli daku. Kini kita seri..” Rossa rasa terpukul. “Dikau selalu begitu. Suka membuli daku..” Namun Beliza tidak berkata apa-apa lagi untuk membalas kata-kata itu.
Langkah mereka berdua terhenti di situ. Terpana barangkali bila memandang Kota Silhouette yang indah bermandikan cahaya. Setiap menara dipenuhi dengan pelita indah berwarna warni. Setiap tingkap bercahaya dengan memancar-mancar. Tidak pernah seumur hidup mereka menyaksikan perkara sedemikian rupa. Dimana-mana kelihatan manusia menari-nari kegirangan diiringi muzik yang tidak henti-henti. Badut-badut mencuri perhatian orang ramai dengan silap mata mereka. Manusia pemakan api menunjuk-nujuk kehebatan mereka di atas persada.
Perayaan ulang tahun Kota Sillhouette yang ke-1000 ini merupakan julung-julung kali diadakan. Tiada perayaan yang mampu menandinginya. Walaupun hari lahirnya adalah hari yang dirasakan paling menyeronokkan, tapi hari ini seperti beratus kali ganda lebih meriah daripada jamuan hari lahirnya yang dirancang Baba saban tahun.
Rossa dapat melihat mata hitam Beliza yang dipenuhi dengan lampu-lampu dari menara-menara Kota Sillhouette. Seakan bintang yang memenuhi langit malam.
“Mari Rossa. Kita sertai mereka!” Beliza menarik tangannya. Sahabat baiknya itu memang tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada perayaan itu. Rossa tersenyum. “Mari!” Dia juga tidak sabar-sabar lagi untuk merasa epal madu dan kopi ceri yang aromanya memenuhi segenap ruang kota.
“Rossa.. Ambil satu..” Beliza menghulurkan epal madu yang dicucuk lidi. Rossa memandang sepi epal madu berwarna merah di tangan Beliza.
“Warna biru ada?” Soalnya kepada wanita yang menjaga pondok epal madu itu. Wanita tua itu memerhati semua epal madu di situ. Kepalanya menggeleng. Yang tinggal hanya warna merah dan kuning. Rossa sedikit kecewa. Epal Madu berwarna biru adalah kegemarannya. Kerana resepinya termasuklah Saffron dan air embun dari Gunung Firus.
Namun wanita tua itu tersenyum. “Jangan risau..” Dia menyeluk tangannya kedalam poket dan menabur epal-epal madu itu dengan serbuk yang berkilat. Sesuatu berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines