Harta Karun Lezato [Part 7]
“Daku tahu dimana bilik suami Larra dibunuh.” Pemuda berkata separuh berbisik. Mata Rossa bulat dek pernyataan yang terlalu mengejutkan. Apakah yang cuba disampaikan oleh Pemuda kepadanya ini? Dia tahu siapa pembunuhnya? Biar betul.
Pemuda menatap mata Rossa. Renungannya dalam sekali. Cuba untuk menyusun ayat seterusnya dengan paling baik agar Rossa tidak berasa bertambah pelik. “Daku tahu kerana semalam daku mengambil upah menghantar bunga ke bilik Larra. Jika benar tekaanku, bilik itu di dalam menara di sana..” Pemuda menunjuk ke arah salah satu satu menara yang berwarna merah terang.
Mata Rossa memandang menara merah yang berada di timur kota. Hanya satu menara merah. Tidak syak lagi tentulah itu menara merah yang dikatakan si Pemuda. “Di sanalah Lezato dibunuh. Daku pasti..” si Pemuda berkata dengan yakin. Rossa terpaku. Apakah yang sedang difikirkan di benak si Pemuda? Mungkin dia tahu sesuatu. Jadi?
“Jadi apa yang dikau mahu lakukan?” soal Rossa. Menanti jawapan daripada Si Pemuda. Moga-moga pemuda tidak akan mengatakan sesuatu yang gila. “Daku mahu menyiasat. Daku mahu tahu siapa pembunuh kejam itu. Dikau mahu sertaiku?” soal Si Pemuda.
Soalan itu mendebarkan hati nurani Rossa. Benar jangkaannya. Pemuda memang gila. Tiada manusia waras akan berkata demikian kepada gadis yang baru dikenalinya. Rossa cuba mempertimbangkan soalan Si Pemuda. Mahukah dia menyertai si pemuda dalam angan-angan nya mencari pembunuh Lezato?
Rasa ingin tahunya meluap-luap memaksanya berkata ya kepada Pemuda. Akan tetapi akal fikirannya membentak menghalangnya mengikut pekerjaan gila si Pemuda. Dia bakal mempertaruhkan masa depannya dengan membuat keputusan yang satu ini. Sama ada menyesal seumur hidup tidak mengikuti pemuda mencari jawapan misteri ini atau sebaliknya.
“Cuba tanya mata hati dikau.. Apa yang dirasakannya sekarang ini..” Pemuda memberitahu. Seakan memahami kemelut dalaman di jiwa Rossa.
Rossa memejamkan matanya. Dia membayangkan mata hatinya sedang berdebat dengan otak nya akan baik buruk keputusannya kelak. Mata hati liat memberitahu bahawa tindakan Rossa tidak akan membawa keburukan kepada dirinya.
Akhirnya otak mengalah dan membiarkan mata hati menguasai pemikiran Rossa. Rossa membuka matanya kembali dan memandang tepat kepada Pemuda yang sedia memandang matanya. Rossa mengangguk.
“Daku mahu ikut.” Pemuda berasa lega. Dia menghulur tangan kepada Rossa. Rossa menyambut huluran tangan Pemuda dan mereka berdua menyusup ke tengah-tengah orang ramai yang masih gempar dengan pembunuhan Lezato dan dengan pantas menuju ke arah Menara Merah. Ada misi yang menjadi hidangan makan malam untuk mereka berdua.
salam...cik farah,
ReplyDeletecerita yg sangat menarik..saya akan ikuti sambunagn cete ini..
p/s: menara merah? dalam cete tu, lokasinya kat mana tu.?
suspen..
p/s: kat Kota Silhoutte.. dah baca part2 yg sebelom ni dah? hehe..
ReplyDeletethanks sbb baca..
Salam ziarah dari Pak Karamu
ReplyDeletewslm pak karamu.. thanks sbb ziarah.. :)
ReplyDelete