Exile by Khadijah Hashim

Baru sahaja menghabiskan novel yang sangat menarik ini. Saya fikirkan karya yang tajuk asalnya dalam BM iaitu Di Ruang mu Aku Di Sini telah diterjemah dengan cemerlangnya oleh Adibah Amin

Ini bukan novel baharu. Novel terjemahan ini sendiri bertarikh cetakan tahun 1995. Sudah lebih 10 tahun.. Hendak mencari gambarnya dalam google pun tidak ketemu.

Menelusuri helaian mukasurat dalam novel ini umpama melayari sebuah percutian di United Kingdom selama 4 musim. Saya amat menggemari novel-novel yang terperinci sebegini. Setiap perincian tentang apa yang berlaku di sekitar watak diceritakan dengan jelas. Terbayang bayang bagaimana kosongnya jiwa Yahya pada awalnya dan padang rumput yang meluas. Tiada sebarang rujukan sebenarnya untuk membayangkan rumah ladang di Scotland. Tapi hanya teringat pada gambar PAdang Rumput Prairie di semasa di buku Geografi tingkatan 3.

Yahya memang terasing di rantau orang walaupun hatinya milik keluarganya di Malaysia. Sarah seorang yang misteri dan berjiwa bebas. Sayang sekali wataknya kekal misteri hingga ke akhir mukasurat. Penceritaan Khadijah Hashim tidak pernah menggagalkan saya untuk memahami pengembangan watak di dalam novel ini. Malahan saya jelas sekali dengan konflik dalaman Eswani yang sedang enak di rumah mewahnya di Damansara tapi hatinya betah untuk membiarkan suaminya sendirian di Scotland.

Watak Datuk Malik dibiarkan kekal dalam genggaman taksub kepada duniawi dan tidak berkembang ke akhir cerita. Mungkin sesetengah watak harus di biarkan sahaja identiti hingga ke akhir cerita. Sebenarnya saya kurang tertarik dengan sikap Yahya tersangat fobia dengan kemunculan orang-orang Datuk Malik yang akan mengganggu gugat ketenteramannya. Saya kira Eswani lebih cekal dalam menghadapi tekanan daripada Datuk Malik daripada suaminya sendiri yang rela menjadi pelarian.

Plot dikembangkan dengan begitu menarik tapi saya sedikit tergamam dengan pengakhiran cerita yang seolah-olah dibuat dengan mendadak. Umpama seseorang yang sedang seronok mandi tapi tiba-tiba sahaja air di tangkinya sudah habis. Begitulah saya yang belum puas menikmati keindahan bahasa (mungkin faktor Bahasa Inggeris yang menjadi penambah perisa) dan juga ingin mengetahui kesudahan Sarah yang tiba-tiba sahaja muncul kembali tanpa sebarang petanda.

Jika anda ingin bercuti di UK.. saya menyarankan anda membaca novel ini. Pasti anda lebih jelas Kastil mana yang anda ingin lawati semasa musim panas mahupun musim bunga. Novel ini secara langsung telah mengingatkan saya kepada sebuah pepatah Melayu ; Hujan Emas di Negeri orang.. Hujan Batu di Negeri Sendiri..

Terima Kasih kepada penulis yang membantu imaginasi saya tentang Scotland dan Kota London.. Juga kepada penterjemah yang amat kreatif. (Need I say more about them? huhu..)
Wallahua'lam..

Comments

  1. Perghhh...

    TaWw x buddy??hehe...Tetiba terinGat Tym kita kn buat Sinopsis tym dulu2...haha=D...ap2pun..u mk me want to go thr!!yezzaa...

    ReplyDelete
  2. haha..
    wait.. going where?? Scotland or the time we were in uniforms and white plain shoes..??
    hahaha..

    ReplyDelete
  3. mmm...both Farahh!!haha....best lg jd kecik cam dulooo..kn basuh kasut putih...n then bg dia putih2 ckett..haha

    ReplyDelete
  4. Both...Mmmm....hehe..best lg jadi Kecikk...Ingat lg Zaman pakai kasut Puteh then kn basuh tiap2 minggu..pastu bg dia putih2 ckett...gunaaaa cecair pemutiHh...haha..lol

    ReplyDelete
  5. haha.. and when kasut tu still basah dan esok hari sekolah.. kita cuba keringkan guna iron atau letak belakang peti ais.. dan iron stokin supaya cepat kering.. hohoho...

    ReplyDelete
  6. Syah: kurang pasti la saya.. tp buku tu terbitan DBP.. so kalo pegi DBP nye kedai buku tu mungkin boleh dapat.. Sbb kat situ la gedung terbesar buku2 novel BM kat KL ni.. dan juga sebarang buku2 terbitan DBP sendiri.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines