Harta Karun Lezato [Part 11]

“Manusia tidak pernah tidak memikirkan apa-apa.” Ujar Pemuda memerlinya. Larian Rossa terhenti. Begitu juga Pemuda yang terkejut dengan perbuatannya yang tiba-tiba. “Mungkin daku terlalu banyak berfikir tapi hanya satu sahaja yang terlintas dalam fikiran daku sekarang ini..” Rossa berkata.
“Apakah dia?” Pemuda menekan lagi. “Tentang nama dikau wahai Pemuda.. Daku belum tahu nama dikau lagi.” Rossa berkata sambil menyisir rambut panjangnya dengan sikat yang entah muncul dari mana.
Pemuda mengeluh. “Hanya itukah yang menganggu pemikiran dikau? Namaku yang menjadi pengacau jiwa dikau? Masih banyak lagi persoalan dunia yang sepatutnya dikau fikirkan. Bukannya namaku yang entah apa-apa.” tingkah Pemuda. Rossa mengangguk sambil memandang si Pemuda. “Iya.. Hanya namamu yang aku sedang fikirkan. Salahkah??”
Pemuda membiarkan soalan Rossa tanpa sebarang jawapan. Desiran angin bayu membuatkan Rossa berasa dingin. Baru dia sedar dia kini dalam kepekatan malam entah di ceruk mana bersama Pemuda hanya kerana akalnya yang yakin dengan arah yang dituju mereka.
“Apa yang ada pada nama? Kerana nama manusia berbunuhan. Kerana nama anak tidak diakui keturunannya..” Pemuda mula berfalsafah lagi. “Tetapi nama merupakan lagu terindah yang paling digemari manusia. Semua perkara juga mempunyai nama yang diajarkan Tuhan kepada Adam di dalam Syurga..”
“Ahh.. daku tidak punyai nama. Namaku telah terbenam jauh di dasar lautan keegoan bapaku. Kini dia bukan lagi bapa ku. Isterinya juga bukan lagi ibuku. Daku kini hanya daku. Tiada nama tiada siapa-siapa..” Pemuda menyesali nasibnya.
Rossa berasa kasihan kepada Pemuda. Sekurang-kurangnya biarpun dia anak yatim piatu, ibu bapanya sempat memberi nama yang indah kepadanya. Nampaknya ada lagi orang yang lebih kasihan daripada dirinya.
“Boleh daku berikan dikau nama kalau begitu?” soalnya. Pemuda tidak berkata apa-apa. “Mulai sekarang daku akan panggil dikau Azraq. Kerana kuku kaki mu berwarna biru..” Dahi Pemuda berkerut sedikit.
“Bila kah dikau melihat kaki ku?” “Bilamana jari kakimu terdedah dek kasut yang sudah usang..” Rossa memberi jawapan. Pemuda tertawa kecil.
Rossa juga ketawa. Dia berjaya membuat senyuman kembali di wajah Pemuda yang kelihatan kusam sebentar tadi. Dia tidak suka melihat manusia bermuran durja. Maka dia selalu cuba menggembirakan mereka. “Jadi Azraq , apa langkah…“

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines