Fesyen yang tak berubah.

Jadi perempuan ni... kadang2 macam rumit sikit.. Percaya la.. Tak ada satu pun perempuan yang simple. Maksud aku simple ialah dalam erti fesyen.. pemikiran.. dan gaya hidup.

FESYEN
Kalau ada satu perempuan tu dakwa dia seorang yang simple.. Haram aku tak sokong.. Define SIMPLE tu please??? 
Okey.. Cuba kita imagine kejap... Nak keluar pegi kedai beli kicap... First sekali kena sarung at least sehelai baju or kalo yang suka 2 lapis.. akan sarung baby shirt kat dalam and sweater/cardigan kat luar. 
Then.. takkan pakai baju je? 
Mesti lah ade bottom nyer.. Seluar? Skirt? Sluar Pijama??? Kaen Batik??? (Errkk??!).. Then.. yg pakai tudung.. kena fikir tudung gak.. ade yg dah siap gosok or kena gosok dulu tudung or selendang yang nak di lilit tu..


Aha... So simple ke tak sebenar nya kita ni?? Punya lah banyak step sebelum melangkah kaki nak keluar rumah. Tu belum campur bedak.. lip balm.. mascara... bulu mata palsu.. (wahahaha.. seriously soo not simple). Nak ngorat Mamak Kedai Runcit ke ape??

PEMIKIRAN
Perempuan memang berfikiran kompleks. (Tolong yer lelaki kat luar sana.. Sila beri perhatian). Korang nak expect apa pada your girlfriend/mak/kakak/adik..? Memang kegemaran kami suka fikir benda bukan-bukan ni.. Dan kalo bini korang tak fikir bukan2 bila korang tak balik rumah 3 hari tu.. Ertinya bini korang hidup dalam DENIAL. Haha.. Takde nya kitorg orang perempuan nak fikir satu hala je.. Sekurang2 nya ada 2 atau 3 versi cerita dalam pikiran kitorang ni duk pikir pasal apa korang tak balik umah.. 

GAYA HIDUP
Mula2 aku tak faham kenapa Umi aku setiap tahun mesti nak tukar langsir baru.. Asal pegi Nilai 3 je nak beli langsir.. Asal nak beli langsir je.. Pegi Nilai 3. Sampai akak Nilai 3 tu pun dah cam dah keta Abah aku.. (Acah je.. Haha). Abah pulak kasik can je kat Umi melakukan PEMBAZIRAN secara terang2 an camtu. Pastu makin lama baru aku faham.. Perempuan ni CEPAT BOSAN dgn gaya hidup dia. Dalam KAMUS HIDUP orang perempuan ni TAK WUJUD/ Tak EXIST/TIADA istilah STATIK ni.

Semua mesti nak ubah. Kalo 1 helai tudung tu.. Boleh sampai 20 gaya lipatan nya. Kalo warna dinding rumah tu.. kalo boleh semua warna pelangi nak di tabur supaya tak bosan.

Macam tu lah perempuan.. It's in the blood.. Tak nak setuju lagi?? Tak ingat ke Kisah Siti Hawa yang dah teringin nak makan Buah Khuldi sebab tu satu2 nya buah yang beliau dan Adam tak pernah try lagik dalam Syurga. Haa... Skali diorang try.. Kan dah kena 'buang daerah'.

Bezanya kita dengan Siti Hawa.. Allah tak beri balasan cash.. Jadi assignment kita kat atas dunia ni adalah untuk mencari redha Allah.. Sebab dah mati nanti baru tahu sebenarnya kita ni duk kat Camp Syurga atau Camp N.....

Wallahua'lam..

Comments

  1. hey thanks for following my blog!

    an awesome post. setuju dgn kamu. sape ppuan yg ckp ppuan simple tu maksudnye die patut lahir jd laki. XD


    btw, There's a SEVEN WORDS challenge up my blog! come play~!

    ReplyDelete
  2. Kak Nani...

    huhu... thanks for dropping by..

    soalan ttg gender ni mmg x akan habis selagi kita bergelar lelaki mauhupun perempuan..

    ^__^

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines