Semoga Allah ampun kan dosa mereka.

~Ya Allah.. Ampun kan dosa sekalian makhluk Mu... Jangan sampai kami rasa tertindas, kerana bila tiba waktu itu, kami khuatir kami akan doakan yang tidak baik untuk Hamba2 Mu..~

.......................................................................................
.....................................................

Famous sekejap adik saya bila beliau hantar emel kpd Harakah Daily.

Kami dah tak sanggup lagi nak baca macam2 ayat kasar yg digunakan terhadap beliau.

Jadi blog nya di tutup seketika.

Bagi saya, kemarahan mereka tidak bertempat.

Adakah kerana adik saya tidak mengucapkan terima kasih kpd kerajaan boleh di anggap sebagai lupa daratan?

Harus di tegaskan di sini.

Di Mesir, ada banyak lagi pihak yang terlibat dalam urusan penghantaran pulang pelajar ke Malaysia.

Yang barangkali jarang sekali di sebut dalam media arus perdana.

Harus kah saya kata kan lagi bahawa tanpa 'unsung heroes' ini, mustahil Ops Pyramid boleh dilaksana kan dgn jaya nya?

Ohh.. Mesti ramai lagi org marah dgn saya kalau saya cakap macam ni.

Saya bukan anti-kerajaan. Bukan penyokong pembangkang. Dan bukan ahli mana2 persatuan. Ibu bapa kami juga bukan ahli mana2 parti politik.

Sempit betul pemikiran kamu semua ini.

Isu nya di sini, berkenaan adik saya tak selit kan nama kerajaan Malaysia dlm surat pembaca nya kpd Harakahdaily.

For God's sake,

People,

cuba bersabar dan bersikap terbuka.

Kalau anda terus-terusan mencarut dan berkata macam-macam terhadap adik saya, anda tidak sedar bahawa jatuh lah maruah anda. Orang Islam bukan begini.. Atau kamu bukan Islam?

Adik saya bukannya tidak berterima kasih kepada kerajaan tapi beliau hanya cuba menyuarakan terima kasih kepada pihak lain yang turut membantu semasa krisis di Mesir.

Tak obvious lagi ke?

Kalau buta mata sebab tak dapat membaca, saya kasihan.. tapi bila buta mata hati sebab tak dapat nampak kebenaran, saya lebih bersimpati.

Wahai sekalian..

Daripada membuang masa menohmah kami bermacam2.. Cari lah pekerjaan lain yg lebih berfaedah. Kami tak akan luak dek kutukan dan cacian kamu. Yang kami cari, keredhaan Allah.. Oleh itu, berhenti lah kamu jika itu juga yang kamu cari.

Wallahua'lam..

Comments

  1. Tak habis lagi isu ini? Sensasi sungguh!

    ReplyDelete
  2. does your sister blog? would you mind sharing her link?

    ReplyDelete
  3. Sis,

    http://arfahmawaddah.blogspot.com

    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines