Pilihan: Cinta Sebelum/Selepas?
Cinta itu asyik.
FH selalu bertanya kepada diri sendiri.
Wujudkah sebuah percintaan yang begitu tulus tanpa gangguan nafsu. ?
Dalam konteks ini, FH maksudkan, bercinta sebelum berkahwin. Dah banyak FH perhatikan pengalaman dari rakan-rakan yang bercinta. (Untuk rekod, FH belum pernah bercinta. Tapi suka dekat orang tu adalah sikit-sikit.) Macam-macam tragedi yang berlaku, juga kebahagian yang lahir, cuma kebanyakan masanya, FH tidak berapa setuju dengan jalan yang mereka pilih.
Percintaan itu, bagi FH bersulam antara emosi, akal fikiran, dan gelora nafsu. Ya. Saya pernah cuba sekali dua untuk bereksperimen dengan perkara ini, mungkin bukan lah benar-benar bercinta. Berhubung rapat dengan seseorang. Paling tak sangka, itu pun boleh buat kita bayangkan perkara-perkara aneh.
“……Wala Taqrabu Zina..”
Dan kerana apa wujud istilah bercinta selepas kahwin itu lebih manis? Kerana segala yang asyik2 boleh dilakukan tanpa di tulis dalam kitab amalan di bahu kiri. Sementara bila bercinta tanpa ikatan perkahwinan yang sah, memang indah, tapi ada ‘bayaran’ yang mahal baginya.
Cuba katakan hanya sekali, masa tengah sedap2 berpegang tangan dengan kekasih tu, tak pernah terlintas pun dalam hati, yang perkara itu salah. Nauzubillah bagi mereka yang tak rasa bersalah. Istighfar itu bagus untuk menghapuskan dosa.
Lagipun, fikrah manusia itu bersih hatinya.
Siapa yang tak mahu jadi baik? Tapi macam mana nak jadi baik kalau perkara tak baik lagi seronok?
FH selalu ada kawan yang berilmu agama tinggi, tapi tewas dengan godaan syaitan. Ilmu berlambak, sebut je hadis apa, semua dia tahu, tapi bila dah mesra tu, lain macam pula gatalnya.
FH rasa aneh bila tengok keadaan macam itu. Okey, kalau orang yang tak solat, tak tutup aurat, FH faham kalau dia macam tak ada pedoman dalam soal hubungan yang tak halal. FH sangat tak faham ustaz-ustaz yang rajin jadi imam solat terawih, bagi ceramah sana sini, ajar orang mengaji, boleh jadi manusia paling keji dalam soal ini.
Jadi apakah pegangan kita dalam perkara ini? Manusia kan nak rasa disayangi. Rasa diberi perhatian, di kasihi dan juga di cintai? Ingat ustaz ustazah yang dekat Darul Quran fakulti pengajian agama tu tak ada hati dan perasaan ke?
FH rasa kasihan pula dengan manusia yang terlalu dambakan kasih sayang sampai gadaikan maruah pada lelaki. Haa.. Dalam kes macam itu, maksudnya dia dah salah anggap. Seks bukan bererti cinta. Kalau tidak, tak akan wujud pekerjaan pelacur.
Berbalik dengan percintaan selepas kahwin.. FH akui, sangat cemburu dengan insan-insan yang berjaya mengawal diri dan nafsu. Tak pernah bercinta, lepas tu kahwin, tak kenal pun dengan bakal pasangan, Alhamdulillah, berkat usaha mereka, Allah berkati perkahwinan dan kekal ke akhir hayat.
La.. Ramai juga yang bercinta sakan sebelum menikah, ke sana sini macam belangkas, ambil gambar pre-wed mesra tak ingat. Lepas itu kahwin, bahagia je sampai ke anak cucu. ?
Bagus kah macam itu?
FH tiada jawapan.
Sekarang ini, FH perlu fokus pada jalan yang perlu FH pilih.
1) Adakah FH perlu bercinta sebelum kahwin demi mendapat kepastian tentang keserasian dengan pasangan? (Ingat: sifat yang ditunjuk dalam percintaan hanya 1% dari sifat sebenar)
2) Adakah FH perlu bertawakkal, dan isi borang Baitul Muslim, dan biar jodoh itu ditentukan Allah?
Atau..
3) FH buat dunno.. Lepas itu bila semua member dah beranak pinak, baru lah FH fikir pasal jodoh?
:::Monolog dalaman terkeluar:::
Ko ni FH... tak habis2 la cerita pasal jodoh ni..
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...